5 : nature of the swamp

38 5 9
                                    

Syaqiel dari kecik lagi mempunyai minat terhadap seni theatre

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Syaqiel dari kecik lagi mempunyai minat terhadap seni theatre. Semuanya bermula apabila dia pegang watak sebagai Pokok #3 untuk persembahan Pak Pandir dan Mak Andeh. Dengar macam watak sampah, tapi percaya lah, kalau dalam kisah Pak Pandir, tahi anjing pun boleh breakdance kat tengah stage. 

Waktu itu Syaqiel perasan satu benda. 

Seni theatre tak ada rules. 

Logik tak diperlukan dalam seni theatre, sebaik saja seseorang itu bertapak ke pentas, emosi ialah watak utama. Emosi karakter, emosi penonton. Hiburan bergantung sepenuhnya terhadap emosi manusia. Mungkin atas sebab yang sama, ramai penggiat seni ada masalah mental dan mempunyai garis logik yang tak sejajar dengan orang lain. 

Sebab itu Syaqiel mula ambil kisah tentang emosi orang di sekitar dia dengan lebih terperinci. Lagi-lagi semenjak dia melangkah ke dalam industri hiburan. 

Industri hiburan ialah hutan paya dipenuhi cendawan liar, disimbahi dengan cahaya merah senja. Sesak, suram, dan dalam masa yang sama — indah.

Longgokan emosi menggunung untuk jiwa-jiwa yang kecil; berkumpul di satu tempat.

Syaqiel suka benda tu. 

" Nah. " Syaqiel meletakkan sebiji botol kecil pada meja di mana Zhafrul merehatkan kepalanya. Direktor muda itu mengangkat muka. Dia nampak barai. Sangat, sangat, sangat, barai. 

" Mende ni, " wajah lelaki itu yang kusam diraup berkali. 

" Hangover drink. " 

Kedua kening Zhafrul terangkat, sebelum senyuman nipis zahir di wajahnya. Anggukan ringkas diberikan kepada rakan karibnya itu, sambil diselit kata, " terima kasih. "

Syaqiel menepuk belakang Zhafrul lembut. 

" Pull yourself together, Zhaf. " 

Zhafrul gelak. 

" Yelah. " 

Syaqiel senyum simpul. Dalam hutan paya ini, Zhafrul buayanya. Bukan sebab mamat ni playboy dan dah hancurkan puluhan hati wanita ( well, technically, benda tu pun boleh diambil sebagai faktor ), tetapi kewujudan dia sendiri di dalam industri hiburan membuatkan orang takkan memandang rendah terhadap industri ini.

With him in the water, people will never disrespect the swamp. 

Zhafrul buatkan industri hiburan lokal kekal relevant di mata masyarakat sehingga sekarang. Atas sebab yang sama, Syaqiel perlu kekalkan Zhafrul di dalam paya. 

" Kau taknak tanya apa jadi malam tadi? " soal Zhafrul pula. 

" Oh no, please don't. Aku lebih rela dengar Aku Budak Girl in repeat untuk 8 jam banding dengan your night life story. " laju Syaqiel menolak. Lagi sekali Zhafrul gelak. 

" Sumpah? Aku bawak aku punya bluetooth headphone hari ni. " 

Syaqiel terdiam sejenak. Dia pandang Zhafrul, Zhafrul pandang dia. Something happened last night.

" Apa dia? You slept with a fan? " 

" Ohoh, that definitely sounds like a nice plot, but no, Syaq — still your gentleman Zhaf as before. " Direktor muda itu mengeluarkan phone-nya dari kocek seluarnya lalu dihulurkan kepada Syaqiel. Dengan riak wajah yang keliru, rakan karibnya itupun menyambut huluran dia. 

Mata Syaqiel membulat. Mulutnya ternganga namun cepat-cepat ditutup menggunakan tangannya. 

" Zhaf, ini- " 

Zhafrul mengangguk selamba. 

" That email was sent to me yesterday, tapi aku tak perasan. Pagi tadi aku check baru aku perasan. " acuh tak acuh, lelaki itu menerangkan apa yang terjadi. Dia menguap sambil meregangkan tubuhnya yang lemah. 

_________________

To: @zhafrulhadi
Subject: Sponsorship Opportunity for Runaway Sidekick Project

Dear Mr. Zhafrul,

I hope this email finds you well. My name is Cassandra, and I am a representative from Sutra Company. We recently came across your upcoming film project, Runaway Sidekick, and we are genuinely impressed with the creativity and vision behind your work.

After careful consideration, we would like to express our interest in sponsoring Runaway Sidekick. We believe that your project aligns perfectly with our brand values, and we see great potential for a mutually beneficial partnership.

If you are interested, we can schedule a meeting to go over the details and address any questions or concerns you may have. Please let us know a time that works for you, and we will make the necessary arrangements.

Thank you for considering Sutra Company as a partner for your project. We look forward to the possibility of working together and contributing to the success of Runaway Sidekick.

Best regards,
Cassandra
Sutra Company

_______________

Syaqiel seumpama tak percaya. Bukannya baget untuk projek ni tak cukup ke apa, Zhafrul dah settle-kan semua benda waktu pre-recording process. Kalau pun tak cukup, mamat ni tetap akan figure things out dan kekalkan kualiti filem in top notch. 

Tetapi ni sponsorship daripada Sutra Company!

Syarikat batik lokal yang berjaya tembusi pasaran antarabangsa dan mempunyai puluhan cawangan di sekitar Nusantara!

" Aku cadang nak jumpa diorang Khamis ni. Nak bawak Layla sekali. " terang Zhafrul lagi. Syaqiel yang masih lagi dalam tak percaya menoleh. Matanya berkelip beberapa kali untuk proses input yang diberi oleh kawannya tadi. 

" Kau nak aku cakap dengan Layla pasal ni? " cepat lelaki itu menangkap. 

Zhafrul senyum kambing. 

" Please? " 

* * * * * * * * *

Ketak! Ketak!

Layla berjalan ulang-alik dari penjuru biliknya ke penjuru, giginya tak henti-henti mengetap kuku ibu jarinya. Hatinya diulit rasa gelisah. Matanya tak henti-henti mengerling pada screen laptopnya, mengharapkan apa yang terpapar di situ hilang tiap kali matanya berkedip, tetapi tidak. 

Emel itu masih terpapar di situ. 

Ianya wujud.

______________________

unknown <unknown278@gmail.com>
to me

I know your secret, my dear Iris. 

May fate let us met again in the future. 

Love, 
K. 

______________________

Ringkas, tetapi penuh dengan ugutan. 

'Iris' merupakan nama pena Layla sebagai penulis buku. Ya, Layla pernah terbitkan lebih kurang 6 buku di bawah nama itu. Untuk kebanyakan penulis, penggunaan nama pena hanyalah untuk wujudkan persona baru ataupun ruang privasi yang lebih luas. 

Tetapi tidak untuk Layla. 

Bagi Layla, 'Iris' ialah sisi gelapnya yang ingin dia lenyapkan daripada naratif hidupnya. 

'Iris' ialah untuk dilupakan. 

' Siapa? Siapa dia? Apa motif dia? ' soalan demi soalan menyinggah ke ruang fikirannya namun takkan ada satupun yang terjawap. 

Layla takut. 

Sesiapa, tolong dia. 


-TBC

Nemesis [ OG ]Where stories live. Discover now