6 : deal with the devil

36 5 16
                                    

Janggal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Janggal. 

Tersangat janggal. 

Layla campakkan pandangannya ke luar tingkap kereta, sikit pun dia tak menoleh mahupun pandang ke depan untuk tengok jalan. Dia cuba hilangkan susuk Zhafrul dari pandangan mata, walaupun mamat tu elok je tengah drive dekat sebelah dia. Dia refuse. 

Hari ni ialah hari di mana Zhafrul akan sign contract dengan sponsors. 

Syaqiel kata Layla pun kena ikut memandangkan diorang partner untuk projek Runaway Sidekicks jadi nak tak nak, dia ikut jelah. Lagipun dia tak perlu pun sembang dengan Zhafrul, dia cuma kena sembang dengan klien. 

Niat dia adalah untuk pergi sendiri, tetapi Syaqiel insist untuk dia pergi dengan Zhafrul. Kata Syaqiel, Layla kena juga ikut cakap dia untuk made up salah dia dulu waktu dia terlukakan mamat tu masa gaduh dengan Zhafrul dulu ( ingat lagi pulak tu, fikir dah let go ).

Layla tahu Syaqiel cuma nak dia berbaik balik dengan Zhafrul.

Tapi apa lagi yang dia kena buat? 

Layla dah minta maaf dah hari tu, di tempat kejadian pulak tu, tetapi situasi di antara mereka tetap.. janggal. Gadis itu pun siap kurangkan lagi menempek dalam set, atau lebih tepatnya, dia cuma elak daripada jumpa Zhafrul. Macam omputeh kata, the only crime is to get caught. 

" ..kalau kau nak pasang lagu, pasang jelah- " 

" -no, thanks. " laju Layla menolak. 

Nampak tak? Layla cuba. 

Bukan salah dia situasi janggal di antara mereka berdua ni berterusan. Syaqiel patut faham yang Layla tak pilih untuk semua ni berlaku. 

" Hah.. " Zhafrul lepaskan keluhan yang membuatkan spontan kedua bahu Layla terhinjut. Makin melekat mata dia pada cermin kereta, kalau boleh dia nak melompat je keluar dari kereta. Mak, dia nak marah aku lagi ke? 

Lampu merah. 

Zhafrul tak cakap apa, terus connected Spotify dia pada tablet kereta dan mula pasang playlist dia. Tak ada sebarang progresif untuk situasi mereka.

Cuma kenyataannya, baru hari ni Layla tahu music taste dia dengan Zhafrul lebih kurang sama.  

* * * * * * * * * *

Sebaik saja mereka sampai ke cafe tempat pertemuan, mereka disambut oleh representative daripada Sutra Company, Cassandra. Orang Sabah, cantik orangnya. Cuak lah juga Layla sebab dia tak pernah lagi terima sponsorship daripada syarikat besar, tetapi alhamdulillah ( disebabkan Zhafrul ) semuanya berjalan lancar. 

" Thank you for your time today, Encik Zhafrul, Cik Layla. " 

" Thank you for having us too. " Cassandra dan Zhafrul berjabat tangan. Walaupun mereka berjabat tangan untuk beberapa detik, lelaki itu sempat lagi kenyit mata pada representative of Sutra Company. Habis blushing minah tu dibuatnya. 

Layla kat tepi juling mata. 

Pantang nampak perempuan lawa. 

" Oh, yeah, Cik Layla. " gadis itu mengangkat muka apabila namanya dipanggil tiba, " Kalau cik tak busy, boleh tak cik tunggu kejap? Our CEO is actually on his way here, he would love to meet you. " 

Kening Layla terjongket sebelah. Jarinya ditunding sendiri ke mukanya dengan bingung. CEO Sutra Company nak jumpa aku? A nobody like me?

" Saya? Eh, cik mungkin silap kot. Dia mesti nak jumpa Zhafrul. Zhafrul yang femes, saya biasa-biasa je. " dalih Layla.  

" Tak, Cik Layla. Bos saya memang teringin nak jumpa dengan Cik Layla. " tegas Cassandra. 

Layla terkesima. Terlalu terkesima sampaikan dia akhirnya berpaling pada Zhafrul meminta kepastian. Lelaki itu pula dengan muka selamba hanya menjongket kedua bahunya, acuh tak acuh menerima berita yang baru didengar. 

" As for Encik Zhafrul, he said that as he has no further business with you, so you can be on your way. He wish to not bother you anymore. " 

Air muka lelaki itu langsung berubah. 

Muka selamba berganti dengan muka bengang. 

' Mamat tu nak suruh aku berambos? ' gumam hati kecil Zhafrul. Senyuman sinisnya meleret. Dia mula rasa betapa kelakarnya CEO syarikat ini, dia yang offer contract dengan aku, dia pulak suruh aku berambos.

" It's okay, Miss Cassandra, bagitahu bos awak yang saya tak kisah kalau dia nak kacau saya macam mana pun. Lagipun Cik Layla datang dengan saya. " 

" Aku boleh je balik sendiri. Kau bukan banyak kerja- " 

" Aip. " Zhafrul meletakkan jari telunjuknya di depan bibir Layla, memotong kata-kata gadis itu sebelum dia sempat habiskan ayatnya. 

" Bapak aku ajar kalau bawak anak dara orang keluar, kena hantar balik sampai pintu rumah. "

Layla terkedu. 

Lidahnya kelu seribu. 

Buat beberapa detik, mata mereka bertembung namun detik-detik itu terasa seperti setahun lamanya. Bahang mula memenuhi pangkal lehernya. 

" B-By the way, lama lagi ke bos awak nak sampai? " Zhafrul laju menukar topik.

Dia mengalihkan pandangannya daripada Layla, tangannya mengusap ubunnya sendiri. Sesiapa pun boleh nampak bagaimana telinga lelaki itu ikut merona merah, tetapi Layla tak perasan benda tu. Layla pun ikut blushing juga masalahnya. 

" Rasanya kejap lagi dia sam- " 

 Kata-kata Cassandra dipotong oleh bunyi loceng pintu masuk cafe tersebut, menandakan terdapat pelanggan baru yang melangkah masuk. Spontan ketiga-tiga mereka menoleh ke pintu cafe. 

Berdiri di situ ialah seorang lelaki berketinggian lebih 6 kaki, pakaian penuh karisma, dengan rupa paras yang elok dijaga. Sesiapa pun melihat dia boleh tahu bahawa dia seorang berada. Pandangan matanya meliar, dan langsung matanya berhenti pada kelibat Layla. 

Senyuman lebarnya terukir. 

" Iris! "


-TBC

Nemesis [ OG ]Where stories live. Discover now