3 : just who is it?

36 6 25
                                    

" CUT!! Hannah, take five lagi sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" CUT!! Hannah, take five lagi sekali. " laung Zhafrul, dia mengurut pelipisnya setelah menghabiskan seharian melihat monitor. Tubuhnya yang mula terasa sakit itu diregang. Syaqiel sebagai assistant director yang paling function pun laju hulurkan botol mineral.

" Thanks. " Zhafrul meneguk air yang diberi Syaqiel.

" Semua okay ke, Zhaf? " soal Syaqiel. Kening director muda itu terjongket sebelah. Dia menutup botol air tersebut, tak memaling pada Syaqiel. 

" Okay je. " balas Zhafrul, selamba. 

" Sure? Kau tak pernah strict macam ni dekat Hannah sebelum ni. This is already the 9th takes for this scene. " duga Syaqiel pula. Belum pernah lagi dia tengok Zhafrul jadi setegas ini kepada Hannah, nakkan pulak Hannah cuma pelakon remaja yang baru setahun jagung. Zhafrul selalunya ada belas kasihan pada talent-talent baru. 

" It's about time already. Aku kerja director, bukan babysitter. " bidas Zhafrul selamba. 

Konon. Mungkin Zhafrul tak sedar lagi kenyataan itu, ataupun sebenarnya dia sedar cuma tak mahu mengaku, lelaki itu jelas-jelas terganggu dengan emel yang dia terima tempoh hari. 

@ejendontdeservetodie

Ianya akaun bodoh-bodoh yang Zhafrul wujudkan ketika dia masih lagi tingkatan 2 sebagai tempat dia berfoya-foya. Sejujurnya dia dah mula lupa pun dengan kewujudan akaun tersebut semenjak dia masuk universiti dulu, namun suatu hari dia terima notifikasi dari akaun tersebut setelah sekian lama. 

Siapa sangka, ianya ternyata merupakan surat makian yang mempunyai dia sebagai watak utama. 

Dan penghantarnya merupakan seseorang yang dia kenal.

" It's okay, Hannah. It's okay. Hannah boleh. Tarik nafas, selawat banyak-banyak. " Zhafrul mengerling pada kelibat Layla yang sedang cuba sedaya upaya untuk memberi kata semangat kepada Hannah. Wanita itu mengusap bahu pelakon remaja itu dengan penuh lemah lembut, tak ubah seperti seorang emak. 

Zhafrul sentiasa terkejut dengan betapa lemah lembutnya Layla dengan orang lain. Suara gadis itu lunak seumpama madu. Namun ketika berbicara dengan Zhafrul, nada gadis itu mendatar ataupun meninggi seperti panahan halilintar. Dan sejujurnya, Zhafrul tak kisah pun dengan layanan berat sebelah Layla. 

Kenyataan bahawa penghantar surat makian itu Layla ialah sesuatu yang dia dah sangka. 

Tetapi apa motif Layla sebenarnya? 

Dalam emel itu, Layla bahasakan Zhafrul menggunakan kata ganti diri yang ketiga. Kalau lah surat makian itu memang Layla memang nak hantarkan pada dia, gadis itu boleh saja guna 'kau'.

Ianya seumpama surat itu merupakan luahan tak puas hati Layla mengenai Zhafrul, tetapi untuk orang lain. 

Tetapi siapa? 

Layla meluah dekat siapa? 

" Layla, kau buat apa ni? " tanpa Zhafrul sedar, dia dah berada di depan manusia yang menjadi punca keserabutan kepalanya. Kedua Layla dan Hannah spontan mengangkat muka. 

Nemesis [ OG ]Where stories live. Discover now