Datin Sri Zarina langsung memeluk tubuh tegap anaknya. Digosok belakang badan Malique.

Dato Sri Taarif terduduk di kerusi sebelah Malique. Mustaqim berdiri memerhati abang, umi dan papa nya.

~~~~~~~~~~

Perlahan Malique melangkah masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Tasneem. Kelihatan Tasneem masih lagi belum sedar.

Sudah dua jam, Tasneem masih tidak sedarkan diri. Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina sudah pulang ke rumah. Mustaqim pula disuruh Malique untuk jejak keberadaan Tuan Maliki bersama dengan Rian.

Kali ini, dia memang tidak akan melepaskan Tuan Maliki. Dia dah tak kisah Tuan Maliki itu siapa.

Malique mengorak langkah mendekati Tasneem. Usai itu, dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di sebelah katil.

Tangan Tasneem yang dicucuk dengan jarum iv drip dilihat penuh sayu. Dipegang tangan isterinya. Dicium kekura tangan Tasneem.

"Sayang, wake up. Haura abang kuat." Ucap Malique seraya mencium tangan isterinya bertalu-talu. Sebelah tangannya naik mengusap pipi Tasneem.

Dia merebahkan kepalanya di atas katil sambil tangan Tasneem masih di bibirnya. Dicium tangan sang isteri. Dipegang tidak lepas.

"Abang rindu sayang. Please wake up, baby." Tutur Malique sendirian. Dia bermain dengan perasaannya.

Sesekali matanya mengerling memandang si isteri yang masih lagi tidak sedar. Dipandang saja wajah bersih dan polos Tasneem sehingga dia sendiri ikut terlelap.

Setelah beberapa lama, Tasneem mencelikkan matanya. Dibuka perlahan-lahan. Dikerdipkan matanya bagi menghilangkan silau.

Dilihat sekitar. Dahinya berkerut memandang sekeliling. Tak lama selepas itu, dia melihat ada seseorang yang baring di sebelah sambil memegang tangannya. Tahu lah dia itu siapa.

"Abang." Seru Tasneem perlahan.

Tiada respon.

"Abang." Panggil Tasneem lagi. Sama juga. Kali ini, Tasneem melepaskan pegangan dan diusap lembut pipi si suami bagi menyedarkan Malique.

Malique yang terasa terganggu apabila ada yang mengusap pipinya langsung mencelikkan mata. Dia bingkas bangun dan merenggangkan bahagian tengkuk.

"Abang." Seru Tasneem lagi setelah Malique selesai merenggangkan lehernya.

Terhenti pergerakan Malique. Pantas dia memandang Tasneem.

"Bila sayang bangun ni?" Soal Malique seraya bangun dari duduknya dan mendekati Tasneem. Diusap wajah bersih Tasneem. Dahi Tasneem dicium dengan penuh sayang.

"Baru je." Jawab Tasneem selari memegang bahu Malique.

Mata mereka saling bertaut rapat. Masing-masing diam sambil memandang satu sama lain. Tanpa sedar, air mata Tasneem mula menuruni pipi.

"Kenapa nangis?" Soal Malique sembari mengesat air mata Tasneem.

"Baby kita tak selamatkan?" Terdiam Malique mendengar soalan Tasneem.

"H-Haura tahu?" Mengangguk Tasneem.

"Tengah hari tadi Haura pergi check dengan Erina sebab Haura rasa lain sangat. Abang pun kerap demam. Erina cakap kalau simptom ibu mengandung tak kena pada isteri mungkin kena pada suami. Memang betul. Sebab Haura tanya doktor. Haura bahagia sangat. Haura tak sabar nak bagitahu abang. Tapi.." Terdiam Tasneem. Tak mampu untuk dia berbicara lebih lagi.

Malique terus memeluk Tasneem. Disembamkan wajahnya di celah leher Tasneem. Pada masa itu, ruangan bilik wad itu hanya terdengar suara tangisan Tasneem.

Sayu hati Malique. Dia merasa seakan hatinya dirobek-robek. Sakit hati dia melihat air mata Tasneem. Sakit lagi dia melihat isterinya yang harus menanggung kesakitan yang begini.

"Haura minta maaf. Haura tak dapat nak lindungi baby kita." Mengalir juga air mata Malique yang sejak tadi ditahan.

Direnggangkan pelukan lalu dicium dahi si isteri bertalu-talu. Diseka air mata Tasneem.

"Bukan salah sayang. Kita sendiri pun tak tahu perkara begini akan berlaku." Dibelai pipi Tasneem.

"Tapi Haura gagal jaga baby kita." Tersedu-sedu Tasneem berkata.

"Not your fault, sayang." Dicium lagi dahi Tasneem.

Tasneem diam ketika Malique mencium dahi dan kedua belah pipinya. Rasa tenang sangat.

"Abang nak.. awak kuat. Jangan lemah. Abang sentiasa ada dengan Haura. Ingat lalui ini sama-sama. Okay?" Mengangguk perlahan kepala Tasneem.

"That's my girl." Digeselkan hidung mereka.


Tbc..

Sorry guys.. kadang2 begini lah kehidupan🥲

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now