"Aku gurau. Nanti lunch, kita pergi." Mengangguk Tasneem.

Usai itu, Erina berlalu keluar dan menyambung semula membuat kerjanya. Sama juga dengan Tasneem. Nak fokus buat kerja.

~~~~~~~~~~

Berdebar Tasneem rasakan sekarang saat melihat doktor wanita yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya. Tangannya pantas mencapai tangan Erina untuk dipegang. Sejuk tangannya.

Erina membalas genggaman tangan Tasneem. Tahu sangat yang Tasneem sedang gemuruh dan nervous.

"Macam mana doktor?" Soal Erina. Dia pula yang excited. Tasneem hanya diam di sebelah selari menunggu kata-kata yang bakal dilontarkan doktor wanita di hadapannya ini.

Tersenyum doktor wanita itu memandang Tasneem dan Erina bersilih ganti.

"Tahniah, Puan Tasneem. Awak mengandung 5 minggu." Tergamam terus Tasneem ketika mendengar kata-kata doktor wanita itu.

Erina pula dah memeluk Tasneem. Dia bersorak gembira. Seronok.

"S-saya m-mengandung?" Mengangguk doktor wanita itu.

"5 minggu?" Mengangguk lagi doktor wanita itu. Bibirnya setia mengukirkan senyuman manis. Tumpang bahagia apabila melihat Tasneem yang bakal menimang cahaya mata.

"Rin.. a-aku pregnant. Aku pregnant anak suami aku. Tak mimpikan?" Menggeleng Erina.

"Tak. Kau tak mimpi. Aku dah cakap.. kau pregnant. Kau tak percaya aku. Sekarang kau kena belanja aku makan." Sempat pula dia minta belanja makan.

Ketawa doktor wanita itu melihat gelagat dua orang wanita yang berada di hadapannya ini.

"Eh kau. Datang sini pun jalan kaki. Butik dengan klinik ni tak jauh mana tau. Demand kau kan."

"Ofcos. Sebelah klinik ni.. ada jual nasi berlauk. Ha.. memang pekena sangat." Toya muka Tasneem memandang Erina.

Aci redah betul budak ni.

Selepas itu, banyak yang Tasneem tanya pada doktor wanita itu tentang kandungannya. Mereka juga membuat ultrasound. Mengalir air mata Tasneem melihat anaknya yang sedang membesar di dalam rahimnya.

Sungguh dia bahagia yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Cuma dia boleh berterima kasih dan bersyukur atas rezeki yang Allah bagi kepadanya dan suaminya.

~~~~~~~~~~

Petang mula menjelma, Tasneem menutup pintu butik dan dikunci. Erina berdiri di belakang Tasneem menunggu sehingga Tasneem selesai membuat kerjanya.

"Dah." Menyenget kepala Erina melihat pintu yang sudah dikunci.

"Alright. Kalau macam tu aku gerak dulu. Bye.. jumpa esok. Assalamualaikum. Btw, congrats. Aku tak sempat nak ucap tadi." Tersengih lebar Erina ke arah Tasneem.

Menggeleng kepala Tasneem melihat tingkah nakal Erina. Erina ni kadang-kadang boleh tahan nakal juga. Tapi bila sampai waktu serius, kau kena serius juga. Karang habis kena dengan dia.

Bila dia mula serius tu dah macam kena puting beliung. Kalau takda mood atau musim berdarah. Mula lah macam tsunami. Jadi kau kena hati-hati untuk dua waktu ini.

"Thank you, mak nenek." Ketawa Erina bila mendengar panggilan Tasneem buat diri dia.

Selepas itu, Tasneem dan Erina berpisah. Erina ke kiri dan Tasneem ke kanan. Masing-masing berjalan ke arah kereta mereka.

Sedang elok Tasneem berjalan, tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang. Berpusing Tasneem memandang gerangan yang menarik tangannya.

Terketat terus satu badan Tasneem saat melihat Tuan Maliki yang berdiri di hadapannya dengan wajah bengis.

"A-apa p-pak cik ni? Lepaslah." Tasneem berusaha menarik tangannya dari terus dipegang Tuan Maliki.

Diliarkan matanya memandang sekeliling. Dah petang. Area situ jadi tak ramai orang. Tuan Maliki terus menarik Tasneem ke tempat yang agak tersembunyi.

Tasneem terus menjadi takut. Dia berusaha juga ingin melepaskan tangannya. Tapi usaha dia gagal. Tenaganya tidak cukup kuat.

"Lepaslah pak cik. Saya jerit karang. Pak cik nak apa ni?" Ujar Tasneem dengam berani.

Dia tak boleh tunjuk riak takut. Nanti Tuan Maliki lagi suka. Dah lah Tuan Maliki ni macam hantu. Kejap timbul, kejap hilang. Dah kenapa?

"Jerit. Kau jerit lah. Kau ingat aku kisah?" Baru saja Tasneem ingin menjerit. Tuan Maliki lebih pantas menutup mulut Tasneem dengan tangannya.

"Eh bodoh. Kau jangan nak berani jerit. Kau nampak ni?" Dilihat sebilah pisau di hadapan wajah Tasneem.

Lagi menggigil badan Tasneem. Dilihat hujung mata pisau tersebut. Tajam.

"Kalau kau berani jerit. Aku rodok pisau ni dalam perut kau." Laju kepala Tasneem menggeleng.

Tak boleh. Anaknya. Dia tak boleh biarkan Tuan Maliki berbuat sedemikian. Air matanya laju mengalir di pipi.

"Aku nak kau dengar baik-baik. Aku nak kau ikut kata aku." Jeda seketika Tuan Maliki. Dia melihat ke belakangnya.

Ada dua orang lelaki yang berbadan tegap sedang berjalan ke arah sini. Kepala mereka pula dipanjangkan bagi melihat jika Tasneem ada di sekitar atau tidak.

"Aku nak kau bunuh Zarina kau. Kalau tak.. engkau yang aku bunuh. Dan.. aku nak kau beri aku duit." Tuan Maliki melepaskan tangannya dari terus menutup mulut Tasneem.

"Kalau duit, saya boleh bagi. Tapi untuk bunuh umi, saya takkan buat. Pak cik gila ke nak suruh saya bunuh umi saya sendiri?" Terketap rahang Tasneem menahan rasa bengangnya.

Sumpah. Lelaki di hadapannya ini memang gila.

Tergelak sinis Tuan Maliki mendengar bicara Tasneem. Dia mencekik leher Tasneem.

"Kau tak nak buat?" Menggeleng Tasneem. Dia merasakan sesak nafas sekarang ini.

"Okay.. jadi.." Tanpa kata, Tuan Maliki terus menusukkan pisau tadi di dalam perut Tasneem.

Ternganga mulut Tasneem. Dia memegang bahagian perutnya. Terasa cecair. Anaknya.

'Ya Allah, kau lindungi lah anakku.' Berdoa Tasneem di dalam hati.

Tuan Maliki memasukkan lagi pisau itu dengam lebih dalam.

Tak lama kemudian, terdengar suara jeritan yang memanggil Tasneem.

"Puan Tasneem!" Laju Rian berlari bersama rakan kerjanya mendekati Tasneem.

"Kau kejar laki tu sampai dapat!" Arah Rian kepada kawannya. Mengangguk rakan kerjanya itu.

Rian berhenti di hadapan Tasneem yang sudah terduduk di atas jalan sambil memegang perutnya. Pisau tadi masih lagi tertusuk di perut Tasneem. Tuan Maliki tidak sempat hendak mengambil.

Dia laju berlari ketika mendengar suara Rian.

"Ya Allah, Puan Tasneem." Rian menjatuhkan sebelah lututnya. Nak disentuh tak boleh.

Pantas Rian mendail ambulan meminta bantuan. Polis juga turut sama dibuat panggilan.

Rian memegang dahinya. Dia tak tahu nak buat apa.

"Rian.. a-anak s-saya. Anak s-saya. S-selamatkan a-anak saya." Susah payah Tasneem hendak berkata.

Terbeliak sedikit mata Rian saat mendengar lontaran ayat Tasneem.

"Ya Allah. Puan tolong bersabar. Jangan tutup mata. Kita tunggu ambulan."


Tbc..

Aneem😭😭

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now