Bab 53

1.8K 92 2
                                    

"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah." Habis sahaja memberi salam. Lantas mereka menadah tangan untuk berdoa. Pagi lagi mereka dikejutkan Opah Som menyuruh mereka menunaikan solat Subuh. Masing-masing letih, nasib baik tak terlajak.

Dhian mengaminkan doa yang diucap Hazreen tadi. Lelaki itu memusingkan badannya ke belakang, laju Dhian menghulurkan tangan untuk bersalam. Hazreen menyambut tangan Dhian, gadis itu mengucup lembut belakang tapak tangan Hazreen.

Hazreen duduk menghadap Dhian di belakang. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya. Sudah sampai masa dia ceritakan semuanya.

"Hanneef Luthfan adik kembar saya, dia satu-satunya adik saya. Kami berdua hidup dengan penuh kasih sayang mama dengan abah" cerita Hazreen. Dhian mendengar cerita suaminya dengan tekun.

"Tapi lepas abah meninggal, Hanneef pula menghidap kanser paru-paru. Kami terpaksa berpisah, mama tinggalkan abang dengan opah. Hanneef pula dibawa ke hospital dekat KL." Disapu tubir matanya yang mula bergenang.

Flashback

"Man taknak duduk sini!!!" merayu Hazreen sambil kedua belah tangannya memaut sebelah kaki Puan Hizarah.

"Heh tak mo, macam ni.... Mama bawa adik pergi KL, nanti mama balik lah" pujuk Puan Hizarah. Dia memegang kedua-dua belah bahu Hazreen dan suruh anaknya berdiri.

"Man taknak duduk dengan orang tua tu." Ditunjuknya Opah Som yang berdiri di belakang mereka. Opah Som mampu senyum nipis mendengar ayat budak kecik ni. Kalau Hazreen ni anak dia dah lama dia ikat dekat pokok, mulut tu  disumbat dengan cili api.

"Heh, jangan cakap macam tu tak baik tahu. Nanti Opah Som jaga Man dekat sini, jangan susahkan opah ye.." Teruk betul mulut anaknya, rambut Hazreen diusap lembut. Hazreen mengenggam kuat baju Puan Hizarah seperti tak mahu dilepaskan.

"Mama pergi dulu sayang." Puan Hizarah mencium dahi Hazreen sesaat sebelum tangan Hanneef dicapainya dan terus menuju ke arah kereta. Hanneef tertoleh kebelakang melihat Hazreen berlari ke arah mereka.

Hazreen berlari mengejar langkah mamanya tetapi sempat dihalang Opah Som. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan. Baru bulan lepas abah tinggalkan dia sekarang mama dan Hanneef pula. Dia tolaknya tubuh Opah Som itu kebelakang dan terus berlari mengetuk pintu kereta di bahagian Hanneef.

Hazreen cuba membuka pintu kereta tetapi pintu sudah dikunci. Hanneef di dalam sudah menangis, dia pun turut bersedih kerana dia terpaksa berpisah dengan abangnya.

Kereta bergerak dengan pantas meninggalkan perkarangan rumah. Hazreen mengejar kereta itu sehingga akhirnya dia terjatuh di jalan raya. Dia tak tahu kenapa dia kena hadap semua benda di usianya 10 tahun. Opah Som pergi ke arah Hazreen yang sudah terduduk sambil menangis. Diangkatnya Hazreen bawa masuk ke dalam. Kesian dia lihat Hazreen menangis, tapak tangan pula berdarah akibat terjatuh.

"Kami berdua tak tahu apa-apa, abang merungut sebab abang fikir mama lebihkan adik lebih dari abang. Opah Som selalu pujuk abang, bagi abang semangat supaya jangan cakap bukan-bukan pasal mama." Hazreen menundukkan wajahnya, tak nak Dhian melihat mukanya sekarang.

"Setiap cuti sekolah abang melawat Hanneef. Kami jarang berhubung, sebabkan jadual belajar dengan training abang padat" terang Hazreen. Tak pernah sekalipun dia tidak melawat adiknya. Walaupun sibuk dia tetap melawat Hanneef.

"Satu hari, Hanneef cerita dia ada kenal dengan sorang budak perempuan, dia kata dia dah tak sunyi sebab ada kawan. Hanneef gembira, tak pernah dia bosan cerita dengan abang apa yang dia buat dengan budak perempuan tu." Dhian tahu budak perempuan itu adalah dirinya.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now