Bab 44

1.8K 80 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Hazreen mengelap peluh yang menitik di atas dahinya. Matanya mengecil pabila terkena sinaran cahaya matahari.

"Yuuuhhuu...abang hot cuci kereta ke?." Dhian menyakat Hazreen yang sedang mencuci kereta Wadi. Dia yang duduk di bawah pokok mempelam hanya memerhati sahaja suaminya tidak berbaju sambil tangannya mengunyah buah rambutan.

Hazreen menjeling ke arah Dhian yang tersenyum nakal. Ada saje nak kenakan dia. Ingat dia rajin sangat nak cuci kereta Wadi, kalau tak disebabkan dia kalah lawan badminton dengan Wadi semalam takdenya dia nak tolong.

"Abang hot nak nombor boleh?" usik Dhian lagi. Matanya tak lepas dari melihat tubuh badan suaminya yang tegap, tambah pula peluh merinik jatuh. Fuuhh hensem, hensem, hensem.

"Sorry la abang hot dah berpunya. Cari orang lain." Balas Hazreen, dia mula memerah span yang direndamnya tadi lalu dia sambung lagi mencuci kereta.

"Mesti cantikkan isteri abang hot." Suka dia bila dapat sakat Hazreen. Dhian usap perutnya yang sikit memboyot.

"Cantik? biasa je abang tengok." Boleh pulak isterinya ajak borak. Dia tak tahu ke suaminya ini tengah kepanasan, dia senang duduk tempat redup.

"Mesti macam bidadari untung abang hot dapat isteri cantik, baik, bersopan santun, manis..." Puji Dhian diri sendiri, bukan selalu dapat puji diri sendiri. Hazreen yang mendengar sudah meluat.

"Ceh, Opah Som lagi lawa" kata Hazreen perlahan sebelum dia mengadu sakit tatkala beberapa biji rambutan terkena badannya. Dia melihat Dhian yang berubah riak wajah bengis. Dengar la tu apa dia cakap tadi.

"Apa ni dinda baling dekat abang sakit tahu tak!!." Dia cuba melihat belakang badannya yang sakit. Sudah la dia tak pakai baju main baling-baling pulak.

"Awak ingat saya tak dengar apa awak cakap tadi." Dhian mencapai lagi buah rambutan, kulit rambutan itu digigit dan dibuang ke tepi.

"Kalau ye pun marah, tak payah baling-baling. Ni siapa nak kutip semua ni?." Jari telunjuk Hazreen menunjuk biji rambutan yang jatuh di tanah.

"Abang kutip." Tak kuasa dia nak kutip, dia yang sarat mengandung mana larat nak bongkok badan kutip satu persatu biji rambutan itu. Ada suami depan mata baik suruh je.

"Buat sepah tahu, kemas tak tahu." Hazreen memandang sepi biji rambutan tadi. Kejap lagi dia kutip, dia mula menyambung kerjanya.
Dhian tertancap pada Wadi yang baru sahaja keluar dari rumah dengan membawa bakul yang berisi kain.

Terkedek-kedek Wadi mengangkat bakul yang penuh dengan kain basah. Diletakkan disebelah keretanya.

"Man nah kerja seterusnya" ujar Wadi. Dia mula membetulkan pinggangnya. Baru dia tahu kenapa maknya selalu sakit belakang. Tak sangka angkat bakul ke ampaian lenguh macam ni. Kalau setiap hari dia buat sado badannya tak payah nak pergi gym.

"Serious aahhh Wadi....kau suruh aku!!." Ini denda ke buli orang. Tahu la dia kalah semalam tak payah nak suruh dia buat semua kerja rumah bagai.

"Ye la, takkan nak suruh mak aku. Mak aku sakit kot dekat dalam, santai je lepas kau cuci kereta kau sidai kain pulak." Kesian pula tengok maknya sakit, lebih baik dia suruh Hazreen tolong sidaikan dah alang-alang dia dan Dhian balik sini.

"Kau jangan nak jadi firaun sangat memerintah sana sini, tolong aku sekali" kata Hazreen. Dia bukan bibik kena buat semua kerja. Memang tak dia nak suruh Dhian, lebih baik dia ajak Wadi.

"Abang Dhian nak lagi." Dia tunjuknya rambutan terakhir ke arah Hazreen. Wadi menggaru kepala lihat Dhian dengan perut besarnya.

"Dah banyak awak makan, kang nanti banyak sangat awak tercekik" Wadi berpaling memandang Hazreen. Bodoh sungguh kawannya bagi alasan. Dia ingat Dhian tu budak kecik tak boleh beza yang mana satu biji dengan isi.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now