Bab 13

3.2K 139 1
                                    

Naura sudah siap memakai tudung bawal diikat bawah hujungnya sahaja. Harini dia sepatutnya pergi ambil barang dia yang tertinggal di rumah arwah Mak Teh. Sebelum ni ibunya dah bawa separuh ke KL. Tinggal saki baki sahaja.

Baru sahaja dia membuka pintu dia sudah lihat satu susuk tubuh seseorang di depan rumah. Hazreen yang bersandar di motor kapcai biru. Barangkali motor dia agaknya.

"Kenapa a...awak datang sini?" gugup Naura melihat Hazreen yang sudah berdiri di depan rumah. Untungnya dia awal-awal pagi lagi dah dapat tengok muka jodoh. Tapi tak untung jugak sebab bahaya dia seorang sahaja sekarang ni.

Abang Wadi dengan Mak Long awal pagi lagi pergi ke pekan membeli barang dapur. Nanti orang kampung tengok dia dengan Hazreen tak manis pulak. Walaupun mereka berdua berada di luar rumah sekarang ini.

"Cari Wadi, dia ada?" balas Hazreen.

"Oh abang Wadi takde dia keluar dengan Mak Long pergi pekan cari barang dapur"
terang Naura. Naura sudah memulakan langkah mahu beredar dari situ dibiarkan Hazreen keseorangan. Dia perlu cepat pergi, cepat balik matahari makin naik, nanti panas terik dia berjalan kaki bawa banyak barang nanti.

"Cik adik nak pergi mana?." Wadi tiada pun tak mengapa Dhian ada pun cukup. Dia perhati Dhian macam tergesa-gesa nak mengelak dari dia.

"Er...pergi kampung sebelah nak ambik barang sikit."

"Aku teman." Kakinya mula melangkah menghampiri Naura. Tak salahkan kalau nak ringan tulang hari ini.

"Eh takpe tak payah la, nanti motor awak tu kena curi" tembak Naura dengan alasan tak munasabah. Siapa je nak curi motor kapcai orang kampung semua pakai motor Modenas dan seangkatan denganya.

Dia semahu-mahu taknak Hazreen ikut takut semua benda dia buat nanti serba tak kena.

Hazreen pandang sekilas motor kapcai buruk itu. Tersenyum nipis mendengar ayat Naura sebentar tadi. Matanya kembali tertancap kepada Naura.

"Cik adik motor tu dah buruk siapa je nak curi?" ternaik sikit keningnya. Kedua tangannya masih elok diletakkan di dalam poket seluar.

"Lain la awak cik adik, awak tu perempuan bahaya jalan sorang-sorang" ujar Hazreen sambil jari telunjuk menggaru keningnya. Boleh pulak gatal time ni.

"Tak manis kalau saya dengan awak jalan kaki sama-sama, nanti orang nampak cakap apa pulak" sambung Naura. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.

"Lagi tak manis kalau aku dengan kau naik motor sekali" penat Hazreen. Dia bukan nak buat apa pun jalan kaki sekali je. Naura ni macam Opah Som jugak.

———————————————————
Sampai sudah di depan rumah arwah Mak Teh. Jauh jugak la dia berjalan.
Kalau naik kereta nampak dekat, ye dia sengaja taknak naik kereta sebab nak jimatkan minyak. Jadi dia ambil keputusan untuk jalan kaki dengan ditemani Hazreen.

Hazreen hanya tunggu diluar seraya Naura masuk ke dalam ambik barangnya.
Hazreen melihat ada sepasu bunga ros di depan rumah yang masih berbungkus dengan plastik.

Hampir 15 minit Hazreen tunggu diluar. Dia melihat Dhian yang terjengket-jengket membawa satu kotak besar dan satu beg. Dia takde niat nak tolong mampu tengok je.

"Awak memang nak tengok je ke, mari sini tolong saya." Dah ikut taknak tolong pulak mamat ni. Hazreen terus meluru ke arah pasu bunga ros itu lalu mengangkatnya menggunakan sebelah tangan.

"Awak dah kenapa angkat pasu bunga tu ni tolong angkat kotak ni, saya nak kunci pagar" arah Naura. Lain yang dimaksudkan lain yang dibuat.

"Tangan aku dah penuh." Dia terus pusing membelakangi Naura. Hazreen hanya tergelak melihat wajah cemberut Dhian tadi. Seronok dia kenakan Dhian.

Habis sahaja Naura mengunci pagar dijeling sebentar ke arah Hazreen. Hazreen yang perasan langsung beriak kosong.

"Awak nak ambik bunga tu buat apa?, tinggal je dekat sini." Dia tidak mahu membawa balik pasu bunga ros itu. Kalau boleh biar je bunga tu layu di sini.

"Kesian bunga ni takde siapa nak jaga dia." Hazreen mula menyentuh kelopak bunga ros itu. Harum segar lagi baunya.

"Kalau kesian tu bawa la balik pokok bunga yang sana tu. Banyak tu takde sape nak jaga" Naura menunjuk semua pokok bunga Mak Teh di hujung rumah sana. Bersusun lagi bunga nak kena jaga sibuk nak bawak yang ni.

Dia taknak Hazreen bawa balik. Bunga ini hadiah yang dikhaskan untuk Mak Teh tetapi tidak kesampaian Mak Teh melihat bunga yang cantik ini.

"Bunga dekat sana tu tak cantik, bunga ni cantik." Dibelek lagi bunga ros. Kejap dihidu, kejap diusap kelopak bunga ros itu.

Naura hanya diam membatu sahaja. Berkerut dahi dia pelik dengan Hazreen.
Semua bunga sama cantik bagi dia.

"Macam tuan dia" separa berbisik Hazreen mengungkap ayat tersebut.

"Apa awak cakap?."

"Nothing."

Lagi tambah kerutan di dahi Naura. Dia yang mula tak seimbang mengangkat kotak. Beg pula disilangkan dibahu sebelah kanan.

———————————————————

Hari semakin terik, mata Naura pula sudah mengecil. Penglihatannya pula sudah samar-samar. Jalannya semakin lambat, dia hampir melorot jatuh ke sebelah kiri tetapi ada tangan yang menarik hujung bajunya di sebelah kanan.

"Kau ni betul-betul ikut arahan kan?"
Dia sudah mengah ni boleh pulak Si Hazreen ni nak soal benda pelik-pelik. Apa yang ikut arahannya.

"Muatan berat ikut kiri."

Hazreen ni ada jugak yang kena hempuk dengan dia ni karang. Dah nampak dia bawak barang berat boleh pulak dia nak bergurau. Bukan nak tolong angkat.

"Bak sini beg tu, biar aku bawak." Dia hulurkan tangannya meminta untuk Dhian memberi beg itu kepada dia.

Naura hanya mendengus perlahan. Bukan beg yang berat, kotak ditangannya yang berat. Nak mudah je mamat ni. Lambat laun dia menghulurkan jugak beg itu kepada Hazreen.

Vroom,Vroom,Vroom

Bunyi ekzos motor semakin menghampiri mereka berdua. Dengar macam banyak je motor tu. Laju sahaja tangan Hazreen menarik hujung baju Dhian untuk menukar kedudukan mereka. Dimana tadi Dhian di tepi jalan sekarang Hazreen pula yang ditepi jalan. Rasanya dua-dua tepi jalan.

Hazreen sekarang dalam keadaan mod berjaga-jaga kalau ada siapa yang menganggu mereka. Mukanya mula bertukar riak wajah bengis.

"WOOOHOOO"

Ada 3 buah biji motor yang berhenti elok mengelilingi mereka berdua. Mereka berdua tidak dapat lihat wajah penunggang motor itu disebabkan semuanya memakai helmet.

Hazreen sudah mendepakan tangan kanannya untuk melindungi Dhian. Dia takut samseng mana yang datang menganggu mereka berdua. Lagi- lagi menganggu Dhian. Salah satu daripada mereka membuka helmet. Lelaki itu terus menyebak rambutnya kebelakang sebelum dia bersuara.

"Budak JJ sudah mari."

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now