BAB 2

3.3K 152 9
                                    



TIBA di rumah Ashraff atau alongnya, Hawa terus masuk dan menghempaskan dirinya ke sofa.

"Macam penat je dik?" Tegur Sofiyya. Kakak iparnya, isteri kepada along.

Hawa mengeluh. Dia memandang Sofiyya sebelum duduk bersila mengadap kakak iparnya.

"Kak long, adik ni nampak macam kentang ke?" Tanya Hawa dengan serius.

Sofiyya yang terkejut dengar soalan Hawa itu sudah ketawa terbahak-bahak.

"Tchh. Kak long. Adik serious ni." Hawa sudah muncungkan bibirnya. Nasib baik kau kaklong, kalau tak ada jugak yang kena sepak ni kang.

"Kenapa adik tanya macam tu?" Tanya Sofiyya setelah tawanya reda. Baginya Hawa sangat comel. Dengan wajah ala-ala Janna Nick yang putih melepak cuma versi rendah dan chubby sikit bahagian pipi. Hawa tidak berisi cuma pipinya tu, macam pau. Tinggi Hawa pula cuma 156cm.

"Bos adik tu. Dia kata adik ni macam kentang. Dia nak PA yang ala-ala model katanya." Ujar Hawa. Dia kembali duduk menyandar ke sofa.

"Aik PA? Kata jadi exec? Macam mana boleh jadi PA?" Tanya Sofiyya hairan.

Aduh mulut aku ni. Apahal yang laju sangat ni. Hawa menepuk mulutnya.

"Kaklong jangan bagitahu along ye. Hawa dapat je jadi exec tu cuma kena ganti PA yang cuti bersalin 2 bulan." Hawa mengggosok kedua dua tapak tangan seperti meminta tolong. Dia tahu kakak iparnya boleh diharap.

"Okay laa kak long janji tapi adik kena tolong kak long jaga Ayyash weekend ni. Kak long nak dating dengan along. Boleh?" Kata Sofiyya sambil menaikkan keningnya. Sistem barter, fair and square.

Urghhh malasnya! Namun Hawa terpaksa bersetuju dengan permintaan kak longnya, kalau tak confirm Ashraff tidak benarkan dia bekerja di situ.

🦋🦋🦋

Malam itu semasa Hawa turun untuk makan malam seperti biasa. Makan adalah perkara paling dia suka cuma malam ini dia seperti tidak berselera.

Kata-kata Irfan masih terngiang-ngiang di telinganya. KENTANG.

Aku kena diet ke? Gemuk sangat ke? Tapi aku boleh pakai size S. Cuma banyak kena ambik M laa sebab nak pakai longgar. Ke sebab pipi aku bulat? Hawa memegang pipinya. Memang dari kecil pipi Hawa bulat walaupun dia sudah jaga makan namun pipinya langsung tidak beri kerjasama.

"Dah kenapa adik termenung? Pipi tu kenapa?" Tanya Ashraff bila melihat Hawa memegang pipinya. Ashraff merupakan abangnya yang sulung dan berusia 34 tahun.

"Eh tak laa along. Adik teringat sesuatu tadi." Laju tangan Hawa mencedok nasi dan lauk. Sedang dia mencedok lauk, dia berhenti.

"Kenapa pulak?" Tanya Ashraff lagi. Pelik kelakuan adiknya malam ni. Kena sampuk?

"Ishh kentang." Gumam Hawa perlahan bila ternampak kentang dalam lauk kari ayam itu. Dia menolak kentang itu ketepi. Terus dia teringat si Irfan. Urghhh benci!

"Interview tadi macam mana? Dapat?" Tanya Ashraff bila melihat Hawa tidak menjawab soalannya.

"Dapat. Esok dah boleh start kerja along."

Please along, jangan laa tanya lebih lebih. Doa Hawa dalam hati.

"Adik dah biasa ke jalan nak pergi kerja tu? Ke nak along hantar?"

"Tak payah laa along. Adik boleh je pergi sendiri. Tadi drive pun senang je jalan dia. Tapi along sementara tu adik nak pinjam dulu kereta tu eh."

ID untuk Hawa [C] ✅Onde histórias criam vida. Descubra agora