Macam saya dengan emak saya. Siapa macam tu juga dengan emak korang? Mengaku lah. Jangan tipu. Dosa. Haha.

~~~~~~~~~~

Selepas sahaja makan, Malique mencuci segala pinggan dan cawan kotor yang diguna tadi. Tasneem duduk di bar tool sambil menongkat kepalanya dengan kedua tangan.

Dipandang suaminya dari belakang. Dah lah Malique tak pakai baju. Hanya berseluar track panjang. Haih. Hensemnya..

Dari belakang pun hensem. Siap pakai topi pula tu. Katanya biar tambah macho. Saja lah tu. Menyampah Tasneem dengar tadi.

Selepas beberapa minit, Tasneem bangun dan menapak mendekati sang suami. Sebelah tangan naik memeluk suaminya.

 Sebelah tangan naik memeluk suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tersentak Malique kerana terkejut. Dia menoleh sekejap dan mengucup puncak kepala Tasneem. Tersenyum manis Tasneem dengan tindakan Malique.

"Kan abang suruh duduk depan." Kata Malique sambil masih sibuk mencuci pinggan.

"Bosan. Abang lama dekat dapur. Haura rindu.." Adu Tasneem dengan mencebikkan bibir. Pipinya disandarkan di lengan sasa si suami.

Terbit senyuman manis di bibir Malique. Dia melabuhkan lagi kucupan di ubun-ubun Tasneem. Tersengih Tasneem apabila mendapat ciuman dari Malique.

Suka betul.

Selepas beberapa minit, Malique selesai mencuci pinggan dan cawan. Tasneem sedari tadi setia memeluk suaminya. Tak nak lepas dari Malique.

"Jom pergi depan." Ajak Malique seraya mencempung Tasneem. Terjerit perlahan Tasneem kerana terkejut dengan tindakan dari suaminya.

Pantas dia mengalungkan kedua tangannya di leher Malique. Dipandang wajah kacak Malique.

"Terkejut Haura. Abang ni." Tasneem memukul perlahan bahu Malique. Pukulan Tasneem barusan langsung tak memberi kesan atau rasa kepada Malique.

"Sayang pukul ke tadi?" Tanya Malique seraya melabuhkan duduknya. Tasneem dibiarkan duduk di atas pahanya. Dipeluk pinggang Tasneem dengan erat. Tidak dibagi Tasneem ke mana-mana.

Nak peluk saja. Rindu sangat. Satu hari tak berpeluk dan bermanja. Masa honeymoon hari tu, langsung tak berenggang. Berkepit 24 jam.

Nak pergi tandas pun kena sama-sama. Karang nanti rindu. Hm. Menyampah lah.

"I miss you, baby." Ucap Malique. Ditarik Tasneem merapat dengannya. Dicium pipi kiri Tasneem sehingga hidungnya tenggelam dalam pipi Tasneem.

Terletus tawa Tasneem apabila jambang Malique terkena pada pipinya. Terasa geli lah pula.

"Balas balik kata I miss you. Tak cakap, abang gomol sayang dekat sini." Ugut Malique tak beragak.

"Tak nak." Ingat Tasneem takut ke? Dia tak kisah. Kena gomol pun kena lah. Tasneem suka. Eh? Apa ni? Tasneem bawa-bawa Istighfar.

Hahahahah..

"Apa? Tak nak?" Mengangguk Tasneem mengiyakan.

Tanpa menunggu sesaat, Malique langsung mencium serata wajah Tasneem. Terkekek ketawa Tasneem dibuatnya. Pinggang Tasneem digeletek sehingga keluar air mata Tasneem kerana banyak sangat ketawa.

"Abang.. dah! Hahahahah.. stop, stop. A-abang! Hahahaha.." Makin galak Tasneem ketawa.

Badannya pun dah melorot jatuh ke bawah. Lagi sikit kepalanya nak terhantuk di bucu meja. Nasib Malique cepat menarik kepala isterinya dan diusap. Dicium juga.

Perlahan-lahan tawa Tasneem mereda. Malique kembali mengangkat Tasneem untuk duduk di atas paha. Dibetulkan rambut Tasneem yang agak serabai akibat dia geletek tadi.

"Penat.." Adu Tasneem dengan manja.

"Puas dah abang geletek dia." Kata Malique seraya mencium lagi pipi Tasneem seakan gayanya tidak puas hendak mencium sang isteri.

"Tadi umi call." Kata Tasneem dan Terjungkit kedua kening Malique.

"Lepastu?"

"Umi tanya kita bila nak balik sana lagi."

"Sayang jawab apa?"

"Haura cakap lah kalau ada masa nanti. Abang pun tengah busy kan? Haura sendiri pun busy. Lepastu umi kata okay." Celoteh Tasneem memberitahu. Senyum Malique melihat bibir muncung isterinya bercerita.

Tangannya naik mengusap pipi Tasneem. Selepas itu, ditarik Tasneem lebih merapat dengannya. Tasneem melabuhkan kepalanya di dada Malique. Dapat dia dengar bunyi degupan jantung suaminya.

Sungguh menenangkan diri. Terasa sangat selesa. Malique menjatuhkan beberapa kucupan di ubun-ubun sang isteri. Sisi pinggang Tasneem diusap lembut.

"I love you, abang." Ucap Tasneem tiba-tiba meluah perasaan. Terbit senyuman Malique.

"I love you more, baby." Balas Malique. Dicium lagi isterinya.


Tbc..

Main geletek-geletek lah pula😑
Makin sendu aku dekat sini😂

Semalam triple, hari ni triple👍🏻
Wah.. happy korang ya☺️

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now