Rasa macam salah masa saja datang. Haih. Menyesal betul.

~~~~~~~~~~

Zaki datang menghampiri Tuan Maliki yang sedang duduk berseorang di kedai mamak. Tuan Maliki yang ketika itu sedang sarapan langsung mengangkat kepalanya memandang gerangan yang baru saja duduk di hadapannya.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Tuan Maliki dengan nada tidak mesra.

Sinis ketawa Zaki mendengar soalan Tuan Maliki. Dia menggelengkan kepalanya.

"Sarapan. Sama macam kau." Jawab Zaki bersahaja. Dah lama dia mengenali Tuan Maliki ini sejak dari dia berumur 15 tahun. Jadi dia kenal sangat siapa Tuan Maliki.

Tuan Maliki mengendahkan Zaki. Dia menyambung makan semula. Malas nak melayan. Zaki merenung saja Tuan Maliki. Ditolak isian dalam mulutnya menggunakan lidah. Dia tahu apa yang Tuan Maliki sedang lakukan sekarang.

"Mal, aku tahu apa yang kau tengah buat sekarang. Berhenti pergi tempat lama kau. Kau tak serik ke keluar masuk lokap? Dan aku tahu yang kau tengah cari bekas bini kau dan anak-anak kau. Tak payah kacau diaorang. Masing-masing dah bahagia lepas kau tinggalkan keluarga kau tu." Ujar Zaki panjang lebar.

Terhenti perlukan Tuan Maliki yang ingin menyuap roti canai ke dalam mulutnya. Dia panggungkan kepala memandang Zaki.

"Kau tahu ke mana diaorang?" Soal Tuan Maliki ingin tahu.

"Kalau aku tahu pun, aku takkan bagitahu kau." Tuan Maliki merenung Zaki dengan pandangan tajam. Nampaknya Zaki tahu keberadaan bekas isteri dan anak-anaknya.

"Zaki. Kau tahu. Bagitahu aku dekat mana diaorang." Terlepas tawa Zaki. Dia menggelengkan kepala dengan masih tertawa.

"Dalam mimpi. Jangan harap. Aku ada lah juga terserempak. Hidup diaorang baik sangat. Nampak sempurna. Bahkan lagi baik dan sempurna dari kau. Kalau kau rasa, diaorang hidup menderita, merana dan tak bahagia lepas kau tinggalkan diaorang. Kau silap." Jelas Zaki panjang lebar.

Memang sesekali dia ada juga terserempak dengan Datin Sri Zarina atau Mustaqim atau Malique. Dia kenal dan dia tahu yang Malique pernah berpisah dengan Datin Sri Zarina. Tapi dia tetap cam Malique.

Tuan Maliki mengangguk memahami. Nampaknya Zaki tahu. Tapi dia tak nak bagitahu.

Zaki ni bukannya senang untuk bocorkan rahsia orang. Kalau Zaki tak nak beritahu. Dia sendiri akan cari tahu.

~~~~~~~~~~

Tasneem mengintai suaminya yang sedang baring di sofa di ruang tamu. Mencebik bibir Tasneem. Tadi kata nak teman dia buat kek. Lepastu tidur pula.

Nak tak nak, Tasneem buat kek seorang diri saja lah. Nak kejutkan, kesian. Mesti Malique penat. Lagi-lagi Mustaqim baru saja balik dua jam lepas. Letih Malique nak melayan budak tak cukup umur tu.

Tergelak Tasneem apabila teringat bagaimana Malique melayan Mustaqim tadi. Macam nak tak nak saja.

Selepas hampir dua jam berada di dapur. Akhirnya siap juga kek yang dibuat Tasneem. Siap berhias lagi. Tersenyum lebar Tasneem melihat hasil kek buatan tangan dia sendiri. Rasa puas hati.

Setelah itu, Tasneem mengambil pinggan kecil lalu kek itu dipotong dan diletakkan ke dalam pinggan yang diambilnya tadi. Kek yang selebihnya diletakkan di dalam peti.

Tasneem membawa pinggan yang berisi itu ke ruang tamu. Dilihat Malique masih lagi terlelap. Penat sangat ni.

Dekat saja, langsung Tasneem meletakkan pinggan itu di atas meja dan menghenyakkan punggungnya di tepi Malique. Dipandang wajah Malique yang sedang lena. Hensem.

Tasneem mendekatkan wajahnya dan dicium dahi dan kedua pipi suaminya. Tersenyum Tasneem apabila dapat mencium suaminya. Rasa bahagia. Selalu Malique yang cium dia. Kali ni bagi chance.

"Abang.." Seru Tasneem dengan lembut. Dibelai wajah Malique.

"Abang.." Diseru lagi. Tapi tak berganjak. Berdecit Tasneem. Penat sangat ke suami dia ni? Dia dapat penat buat kek ni. Takkan Malique tak nak rasa.

"Abang.." Tasneem mengejutkan lagi. Siap digoyangkan badan suaminya. Masih kekal sama. Terlepas keluhan Tasneem.

"Abang ni.. tadi dah lah janji nak teman Haura buat kek. Tapi abang tidur. Bila Haura dah siap, abang tidur juga. Tak nak rasa kek Haura buat ke?" Omel Tasneem perlahan. Monyok wajahnya.

Malique membuka sedikit matanya untuk mengintai wajah kesayangannya. Dapat Malique lihat wajah monyok sang isteri. Lantas dia mencelikkan mata.

Tasneem yang baru sahaja ingin bangun dan bergerak ke sofa lain. Terhenti langkahnya saat lengannya dipegang Malique. Berpaling Tasneem memandang Malique yang menyunggingkan senyuman kepadanya.

"Merajuk?" Soal Malique. Tasneem diam.

"Abang gurau lah. Meh peluk abang." Malique mendepakan tangannya minta dipeluk. Tasneem yang melihat itu langsung memeluk suaminya.

"Haura penat.." Adu Tasneem manja.

"Abang tahu. Sorry tak teman sayang tadi." Dibelai belakang kepala Tasneem.

Tasneem menenggelamkan wajahnya di ceruk leher Malique. Dapat bau Malique memang sangat menyenangkan dia.

"Sayang buat kek apa?" Tanya Malique apabila matanya tertancap ke arah kek yang berada di atas meja. Tersenyum manis dia melihat kek itu.

"Moist chocolate." Jawab Tasneem dengar tak dengar.

"Abang nak rasa. Boleh?" Tasneem meleraikan pelukan dan mengangguk.

"Mesti lah boleh. Haura buat untuk abang." Malique bangun dari baringannya. Direnung wajah Tasneem.

Tasneem mengambil kek coklat itu lalu diberi kepada Malique. Malique menggeleng tidak mahu.

"Nak suap." Pinta Malique.

"Okay. Abang komen tau. Kalau tak sedap cakap. Nanti Haura tahu apa yang tak okay. Boleh Haura ubah." Kata Tasneem. Malique menyelitkan rambut Tasneem ke belakang telinga.

Pipi Tasneem yang ada kesan tepung disapu lembut untuk menghilangkan kesan itu.

Tasneem menyuap sesudu kepada Malique. Malique mengunyah sambil tersenyum memandang wajah Tasneem. Comel.

"Sedap tak abang?"

"Kurang manis lah sayang." Berkerut dahi Tasneem. Kurang manis? Dia rasa manis dah. Tasneem merasa pula kek coklat itu.

"Manis je." Balas Tasneem. Tak lama selepas itu, Tasneem membesarkan matanya apabila Malique bertindak mencium bibirnya.

"Baru lah rasa manis. Sedapnya.. pandai isteri abang buat kek." Malique menjungkitkan kedua alisnya.

Tasneem mengemam rapat bibirnya. Dia yakin yang mukanya sekarang mesti dah bertukar warna.

"Makan sendiri. Tak nak Haura suap dah." Tasneem meletakan pinggan kek itu di atas paha Malique. Terlepas tawa Malique. Ditarik Tasneem merapat dengannya dan dipeluk pinggang ramping Tasneem.

Dikucup pipi kanan Tasneem bertalu-talu dan digeselkan hidung di pipi Tasneem. Rasa geli lah pula bila jambang Malique terkena pipi Tasneem.

"Sayang ni marah ke saja nak buat comel? Geram abang." Kata Malique sambil menyuap kek ke dalam mulutnya.

Selepas itu, disua pula kepada Tasneem. Tasneem pun buka saja lah mulutnya.

"Haura buat banyak tau. Ada lagi Haura simpan dalam peti." Mengangguk mengerti Malique. Mulutnya masih mengunyah.

Sedap lah pula. Tasneem merenung saja wajah suaminya. Selepas itu, dia memeluk Malique dan melentokkan kepalanya di dada Malique.

Malique membiarkan isterinya. Dicium ubun-ubun Tasneem dan diusap rambut lembut Tasneem.


Tbc..

Esok saya busy lagi🤪
Sepanjang saya busy, saya akan update sehari sekali👍🏻
Kalau saya tak update, harap maklum🤣

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz