"Diam lah kau."

"Eh.. aku puji kau comel tau."

"Tak ikhlas." Tercengang Aedy. Tak ikhlas dia kata. Haram jadah punya kawan.

"Jom lunch. Dah masuk waktu ni." Ajak Aedy selepas beberapa minit masing-masing hanya mendiamkan diri.

Aedy masih cuti kerja. Orang baru pindah. Memang senang lenang lah dia nak merayau sana sini. Belum mula kerja di hospital lagi. Aedy ni seorang doktor pakar jantung. Macam ni-macam ni pun doktor juga.

Kadang-kadang Tasneem pun heran. Macam mana lah si budak Aedy ni boleh lepas jadi doktor. Pakar jantung pula tu. Takut-takut tak mengepam jantung tu.

"Aku ada lunch date. So.. Encik Aedy Qayyum pergi sorang ya. Tak pun ajak Erina. Single lagi tu. Try lah." Tasneem menaikkan kedua keningnya beberapa kali. Saja nak mengusik.

"Maleh aku. Lunch date konon. Dah lah. Aku blah dulu. Bye." Sejurus itu, Aedy bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik kerja Tasneem.

Terlepas tawa kecil Tasneem. Aedy ni kadang perangai macam budak. Haih. Umur dah 27 tahun. Entah bila nak ada kekasih hati yang betul-betul. Asyik tukar perempuan macam tukar baju.

~~~~~~~~~~

Tersungging senyuman Tasneem apabila dia melangkah masuk ke dalam mall dengan Malique sambil berpegangan tangan. Banyak mata yang memandang ke arah mereka.

Tapi hanya diendahkan saja. Terlebih lagi perempuan. Mata mereka semua tertuju pada Malique. Tapi ada Tasneem kisah? Korang dapat tengok saja. Aku dapat pegang. Rasa-rasa. Sentuh-sentuh. Nak lebih pun.. boleh.

Setakat tengok saja? Halah. Biasa sangat.

( Outfit Malique )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Outfit Malique )

( Outfit Tasneem )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Outfit Tasneem )

Hari ni mereka matching. Nampak sangat sepadan. Tasneem yang beria pagi tadi. Semua benda dia dah siapkan. Malique sampai bercekak pinggang sebab isterinya menggosok baju dia.

Bukan Malique tak benarkan. Cuma dia tak nak isteri dia penat. Selagi dia boleh buat. Dia akan buat.

"Ramainya orang hari ni." Gumam Tasneem perlahan. Walaupun begitu, masih dapat didengari Malique. Malique langsung merangkul bahu Tasneem dan dicium puncak kepala Tasneem.

"Memang lah ramai, sayang. Tak kira masa. Weekday ke weekend ke. Mall ni tetap ramai." Kata Malique dengan lembut.

"Abang nak makan dekat mana?" Tanya Tasneem seraya menoleh ke kanan dan mencium tangan Malique yang masih memeluk bahunya itu.

"Ikut Haura. Haura nak makan dekat mana, sayang?" Tasneem berfikir dan melihat sekitar. Takda apa yang menarik lah.

Biasa lah perempuan.. diaorang bab makan laju. Tapi bila ditanya nak makan apa. Ambil masa. Lama. Macam itu satu masalah besar bagi perempuan.

"Sayang nak makan apa?" Tanya Malique lagi bila Tasneem hanya diam.

"Em.. tak tahu. Abang lah pilih." Berkerut dahi Malique. Dia pilih? Kalau dia yang pilih nanti semua tak kena dengan Tasneem. Itu tak sedap lah, ini tak sedap lah.

"Slow-slow sayang fikir nak makan apa. Sambil-sambil tu teman abang masuk kedai kasut. Abang nak beli kasut baru lah. Haura nak juga?" Ujar Malique sembari menarik isterinya masuk ke dalam butik Tomaz.

Saja nak bagi isterinya masa untuk berfikir nak makan di mana.

"Nak." Jawab Haura dengan penuh teruja.

Sambil Tasneem mengikuti suaminya yang sedang memilih kasut. Kepala otaknya ligat berfikir di mana dan makanan apa yang hendak makan. Masih lagi belum dapat jawapan.

"Sayang." Seru Malique selepas berpusing menghadap si isteri. Terjungkit kedua alis Tasneem.

"Okay tak kasut ni?" Tanga Malique sambil menunjukkan kasut kulit yang dipegang. Tasneem ambil dan diperhati elok-elok.

"Okay lah ni. Nampak simple tapi mewah." Komen Tasneem selari memberi semula kasut tadi kepada Malique.

Malique menyambut huluran Tasneem. Usai itu, diberi kepada pekerja yang setia berdiri di tepinya sedari tadi. Sesudahnya, jemarinya menyisip di jemari Tasneem.

"Fikir apa ni?" Soal Malique. Dari tadi dia perasan yang Tasneem macam tengah berfikir.

"Fikir nak makan apa dan dekat mana." Jawab Tasneem. Dia memeluk pinggang suaminya dan direhatkan dagu di dada Malique. Sempat dia mencium sekilas dada bidang suaminya itu.

Malique menyelitkan rambut yang terkeluar sedikit ke dalam anak tudung Tasneem. Dikemaskan tudung isterinya. Setelah itu, dicium dahi Tasneem.

"Kita makan dekat marrybrown je nak? Abang terasa nak makan nasi ayam lah." Saja pancing isterinya. Mana tahu kena tekak Tasneem hari ni.

Tasneem berfikir sejenak sebelum mengangguk bersetuju. Dia pun tiba-tiba terasa nak makan nasi ayam. Bagus juga suami dia sebut marrybrown.

"Boleh." Malique mencium dahi isterinya bertalu-talu. Sayang betul dengan Tasneem.

Tersengih Tasneem suka kerana selalu dapat ciuman dari Malique. Hari-hari dapat. Setiap masa Malique akan cium dia. Tak pernah sekali bibir seksi Malique tu berhenti dari mencium dia. Dahi, kening, mata, hidung, pipi dan bibir Tasneem akan menjadi target Malique.

Awalnya Tasneem agak rimas. Tapi dah lama-lama. Jadi suka. Tasneem akan jadi gedik bila Malique cium dia selalu. Kalau Malique tak cium dia pula. Tasneem akan rasa hari-hari dia kosong.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now