Sado plus mengada.

Tasneem mengukirkan senyuman manis kepada semua perkerja Malique yang berada lobi. Ada juga Tasneem dengar suara-suara sumbang dekat belakang. Tapi ingat Tasneem kisah ke?

Dia buat perangai dia saja. Moto hidup dia 'Hidup aku, hidup aku. Hidup kau, hidup kau. Kubur kita beza-beza'.

Tasneem menarik nafas dan dihembus perlahan. Dia mana pernah nak naik lif. Kalau naik pun selalunya ada Mustaqim atau Dato Sri Taarif atau Datin Sri Zarina yang akan teman dia.

Tapi kali ini dia sendiri. Dengan lafaz bismillah. Tasneem melangkah masuk ke dalam ruangan lif selepas terbuka pintu lif.

Demi Malique. Dia gagahkan juga. Ditekan butang level 10.

Tanpa Tasneem sedar. Lif itu berhenti secara tiba-tiba di tingkat 8. Berganjak sedikit Tasneem ke hadapan. Pantas Tasneem menekan butang emergency.

"T-tolong. To-tolong s-saya." Tutur Tasneem dengan keadaan pernafasannya yang mula terasa sesak.

Kepalanya terasa pening.

"A-abang.." Perlahan suara Tasneem mahukan Malique.

Tasneem jatuh ke lantai lif. Dia memegang dadanya. Mulutnya pun dibuka sedikit. Dipukul perlahan bahagian dadanya.

'Abang.. Haura nak abang.' Getus hati Tasneem. Apa yang dia mahukan sekarang hanyalah Malique.

Tak lama selepas itu, pintu lif terbuka. Dapat Tasneem dengar sayup-sayup suara yang berada di luar lif.

"Sayang!" Tasneem membuka sedikit matanya melihat ke arah luar lif. Dapat dia melihat wajah suaminya yang serius.

"Boleh cepat tak?! Bini aku dekat dalam tu!" Jerkah Malique sambil matanya tunak merenung isterinya. Dia masih lagi tak dapat masuk.

"Sekejap, Tuan."

"Abang.." Perlahan suara Tasneem memanggil Malique.

"Haura, bertahan. Please.. abang merayu sangat." Lembut suara Malique ketika itu. Dilihat jemari Tasneem yang bergerak seakan menggamit dirinya untuk datang.

Malique menyebak rambutnya ke belakang. Dia bercekak pinggang.

Malique tahu Tasneem berada di dalam lif pun disebabkan Malique boleh mengakses cctv di ruangan lif vvip. Kerana itu lah Malique mengetahui tentang Tasneem.

Selepas Danial masuk ke dalam biliknya tadi beritahu yang lif vvip terhenti secara mengejut di tingkat 8. Pantas Malique bangun dan berlari turun.

Masa itu dalam fikirannya hanya lah Tasneem. Takda siapa lagi. Cuma tentang Tasneem. Hanya Tasneem.

Mata Malique langsung tidak berkalih walau sesaat dari terus memandang isterinya.

"Relax, bro." Kata Danial sembari mengerling Tasneem. Dia tahu kata-kata dia ini agak tidak masuk akal. Tapi dia tak nak Malique terlalu emosi.

Husna hanya diam di belakang Danial dan Malique. Ada juga pekerja-pekerja di situ. Semua mula berbisik.

"Haura. Haura! Cepat lah buka! Haura! Haura bertahan! Jangan tutup mata!" Malique menerpa ke arah pintu lif.

Berjaya saja pintu lif dibuka, laju langkah Malique mendapatkan Tasneem. Diangkat kepala Tasneem dan diletakkan di atas ribanya. Dicium dahi Tasneem bertalu-talu. Dilap peluh yang berada di dahi Tasneem.

"Haura.. buka mata. Abang ni." Merayu Malique. Redup pandangannya merenung wajah bersih Tasneem.

"Haura.." Serunya lagi.

Tanpa menunggu lebih lama, Malique langsung mencempung isterinya. Dibawa keluar dari ruang lif.

"Dismiss." Keras suara Danial. Pekerja-pekerja yang berkerumun tadi terus bubar ke meja kerja masing-masing.

His Love [C]Where stories live. Discover now