Tak lama selepas itu, Malique berhenti dari berpusing. Diletakkan isterinya perlahan-lahan di bawah. Dipegang kepala Tasneem dan diurut sekejap.

"Pening lagi?" Menggeleng Tasneem.

"Aku suka kau panggil aku abang." Lebar senyuman Tasneem. Lantas dia kembali memeluk suaminya.

"Saya boleh panggil awak abang. Tapi awak stop lah 'kau-aku' tu." Kata Tasneem sambil mendongak merenung suaminya.

Malique menunduk membalas pandangan kekasih hatinya ini. Dikucup pantas dahi Tasneem. Tersengih suka Tasneem dibuatnya.

"A.. abang cuba." Makin lebar lah senyuman Tasneem. Lesung pipit dia pun makin dalam.

"Comelnya.." Tasneem mengeratkan pelukan mereka.

Malique menggoyangkan badan mereka berdua ke kiri dan ke kanan. Sungguh dia cakap, dia sangat merasa bahagia.

Dia bersyukur kerana Tasneem yang menjadi isterinya. Kalau bukan Tasneem, belum tentu dia akan merasa sebahagia ini.

~~~~~~~~~~

Tasneem mengangakan mulut apabila Malique hendak menyuapnya. Kata Malique biarlah dia yang suap Tasneem makan. Sebab tadi Tasneem dah susah payah masak.

Barang sepah tadi pun Malique yang kemas. Seronok Tasneem.

Malam ni, Tasneem masak simple saja. Sardin dan telur dadar. Itu pun dah cukup buat mereka berdua. Lagi satu, masing-masing penat dan tak sempat nak beli barang dapur.

Apa yang ada saja di dapur tadi Tasneem masak. Malique pun tak kisah.

"Haura nak lagi ke?" Tanya Malique seraya menyuap dirinya.

Tasneem menggeleng tidak mahu. Dah banyak dia makan. Sampai tak sedar dah dua kali tambah. Mungkin sebab penat sangat sampai rasa lapar.

"Okay. Aku- eh, abang habiskan yang ni." Mengangguk Tasneem. Dia menuangkan air di dalam cawan Malique.

"Saya tunggu abang habis makan." Malique mengerling isterinya sekilas. Selepas itu, dia merapatkan wajahnya dengan wajah Tasneem lalu digeselkan hidung mereka.

Memang dah jadi habit Malique. Dia suka gesel hidung dengan Tasneem. Lagi satu dia suka tengok lesung pipit Tasneem. Comel.

Tersengih senang Tasneem. Dia mencium pipi Malique sekilas.

Selepas beberapa minit menunggu Malique menghabiskan makanan. Akhirnya habis juga. Tasneem menghulurkan cawan kepada Malique. Tapi Malique tak ambil. Dia nganga kan sedikit mulutnya minta disuap minumnya itu.

Tasneem yang memahami terus sahaja mendekatkan cawan di bibir Malique. Sesudah itu, dilap mulut Malique apabila dilihat ada sedikit sisa air di tepi bibir suaminya.

"Thank you, sayang." Dibelai lembut rambut Tasneem.

"You're welcome." Sahutnya.

Malique bingkas bangun dari duduknya dan membawa segala pinggan dan mangkuk yang digunakan tadi. Tasneem pula membawa cawan.

Diletakkan di dalam sinki. Tasneem menunggu Malique menyudahkan mencuci tangan sebab dia nak basuh pinggan, mangkuk dan cawan kotor.

Lihat Malique sudah selesai mencuci tangannya. Lantas Tasneem ingin mengambil alih. Tetapi suara Malique menghentikan perlakuan Tasneem.

"Biar abang je basuh. Haura duduk sana." Arah Malique. Memuncung bibir Tasneem. Dia akur jua.

Baru dia tahu macam ni perangai Malique. Memang Malique tak suka susahkan dia. Dari awal mereka jadi suami dan isteri pun. Malique selalu senangkan dia. Padahal itu tugas isteri.

His Love [C]Where stories live. Discover now