Tergelak Malique menengok Mustaqim yang takut akan Tasneem.

"Kau gelak apa bang? Bini kau ni ganas weh." Tak puas hati kena gelak dengan Malique.

"Dengan aku tak pun. Elok je dia manja." Hampir nak tersedak Mustaqim. Manja? Dipandang Tasneem dengan reaksi yang cukup tidak dia percaya.

"Kau manja kak? Serius lah?! HAHAHAHAHA." Kelakar pula Mustaqim rasa bila dengar yang Tasneem ni manja.

Menyepet mata Tasneem melihat dan mendengar suara kekehan Mustaqim. Suka betul tu. Tasneem mengambil satu roti bun yang telah dipotong lalu disumbat ke dalam mulut Mustaqim. Terdiam terus Mustaqim.

Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina mengemam bibir. Tahan dari terletusnya tawa.

"Puas hati aku. Gelak lagi." Tasneem menepuk-nepuk tangannya bagaikan mahu membuang habuk di tapak tangannya.

Sesudah itu, ditarik tangan suaminya untuk duduk. Sempat Malique mencium puncak kepala uminya dan diberikan senyuman manis.

Mustaqim mengunyah roti yang disumbat Tasneem tadi. Dia membuat muka menyampah apabila Tasneem memandangnya.

Tasneem menjelirkan lidahnya dan matanya pula dijulingkan ke atas. Puas hati tengok Mustaqim tengah tahan geram dengan dia. Malique memerhati saja isteri dan adiknya itu. Terbit senyuman kecil bila melihat keakraban mereka berdua.

~~~~~~~~~~

M's Golden

'Tok tok tok'

Malique mengangkat kepalanya apabila pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar. Malique melaung memberi izin kepada si pengetuk untuk masuk.

"Hai." Sapa Husna sambil mengukirkan senyuman manis.

Tetapi, Malique hanya menayangkan wajah mendatar kepada gadis itu. Langsung takda secalit senyuman di bibirnya. Tak macam bila dia dengan Tasneem.

Setiap masa tersenyum. Walaupun Tasneem hanya duduk diam tak buat apa-apa.

Husna melangkah masuk ke dalam. Selepas itu, dia berjalan mendekati Malique.

"Buat apa dekat sini?" Tanya Malique senada sembari menyambung membuat kerjanya semula yang sempat tergendala sekejap.

Husna menarik kerusi yang berada di hadapan Malique dan menghenyakkan punggungnya di kerusi itu. Dia menongkatkan kepalanya dengan tangan sambil tersenyum ke arah Malique.

"Saja. Dah lama tak sembang dengan kau. Berdua." Jawab Husna.

Malique mengerling sekilas wajah gadis itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu pada Husna. Something fishy.

"Oh." Pendek saja balasan Malique. Dia tengah malas nak layan orang ni. Apa lagi orang tu bernama Husna.

"Boleh aku tanya?" Malique menjatuhkan kepalanya sekali membenarkan.

Husna duduk bersandar di kerusi dan menyilangkan tangan serta kakinya. Dia menatap tepat wajah jejaka kacak di hadapannya ini.

"Dah berapa lama kau kenal dengan isteri kau?" Soal Husna tidak berselindung dan itu membuat Malique menghentikan segala perlakuannya.

Dia memanggungkan kepala merenung wajah Husna.

"Kenapa?" Soalan dibalas soalan.

"Saja nak tahu."

"Tak payah sibuk urusan aku."

"Tapi aku kawan kau."

"Itu tak bermakna kau boleh tahu semua perkara tentang aku. Know your limit." Tajam mata Malique merenung wajah Husna.

Kalau ada laser. Agak-agak Husna ni dah terbelah empat. Berani-berani betul nak tanya soalan tu. Biarlah Malique tu.

Malique dah besar lah. Bukan budak-budak.

"Tapi kau tahu aku suka kau. Kau tahu aku tunggu kau. Kenapa kau kena kahwin dengan perempuan lain? Kenapa kau pilih dia? Kenapa bukan aku? Kenapa kau buat aku macam ni, Malique? Kau saja nak seksa perasaan aku ke?" Bertubi-tubi soalan Husna beri pada Malique.

Dia memang sudah lama memendam perasaan pada Malique. Sejak dari awal mereka berkenalan lagi.

Tapi Malique tak pernah pandang dia. Walaupun sekali. Dia nak sangat Malique pandang dia. Dia nak kan perhatian Malique. Dia nak Malique balas perasaan dia. Dia tahu yang Malique tahu dia ada perasaan pada lelaki itu.

Dia nak Malique.

Tapi Malique seakan tak pernah nampak dia. Tak pernah nampak dia wujud.

Malique menyandarkan belakang badannya di kerusi. Dia menatap tajam wajah Husna. Memang dia tahu yang Husna ada perasaan padanya. Tapi dia endahkan saja.

Dia ingat bila dia tak layan perasaan Husna. Husna akan buang perasaan pada dia. Tapi Malique silap.

"Tapi kau juga tahu yang aku takkan balas perasaan kau. Kenapa kau tak buang perasaan kau pada aku?" Sinis suara Malique bertanya.

"Sebab aku berharap sampai ke hari ni yang suatu hari nanti kau pandang aku dan balas perasaan aku." Jawab Husna dan membalas pandangan tajam Malique dengan berani.

Malique melepaskan tawa sinisnya. Dia menggelengkan perlahan kepalanya.

"Kau boleh dapatkan lelaki yang lagi bagus dari aku. Move on. Aku suami orang."

"Susah, Malique. Aku nak kau." Malique melepaskan nafas lelah. Dia memicit perlahan pelipisnya.

"Get out." Halau Malique selamba. Wajah Husna langsung tidak dipandang.

"Malique.."

"I said GET. OUT." Tanpa kata, Husna akur. Dia bangun dari labuhannya dan melangkah keluar dari bilik pejabat Malique.

Sempat dia memutarkan kepalanya ke belakang untuk memandang Malique.

Keluar sahaja Husna, Malique melepaskan keluhan. Dia memusingkan kerusi kerjanya dan memandang suasana luar. Dipandang bangunan-bangunan tinggi yang berdiri kukuh dan megah.

'Only Haura in my heart. My Haura. My Zawjati.' Getus hati Malique sambil memegang dada kirinya.

Tersenyum Malique saat membayangkan senyuman manis Tasneem. Hilang sedikit rasa pening dan penatnya.


Tbc..

Haih🙂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن