Bab 10

184 16 0
                                    

Tiga bulan kemudian...

TERPISAT-PISAT mata dibuka tatkala mendengar seperti ada suara yang mengaji. Elisa menggeliatkan tubuhnya. Pandang jam yang tergantung, rupanya sudah pukul sembilan malam.

Lama juga dia tertidur tadi. Dari pukul enam petang sampailah sekarang.

Elisa tersenyum terpandangkan inai merah yang menghiasi jemarinya. Cantik betul corak-corak yang terlukis itu.

“Dah kenapa senyum-senyum?”

Seraya itu, birai katil terasa tenggelam sedikit. Tangan kasar itu naik menyentuh dahi sang isteri.

“Panas lagi ni dahi kau. Itulah aku dah pesan, jangan mandi hujan. Sekarang siapa yang susah?” bebel Iskandar lalu mengemaskan kain pelikat yang tersarung.

Tuala dibasahkan dengan air suam sebelum diperah kuat. Selepas itu, Iskandar meletakkan tuala ke dahi Elisa. Hendak meredakan panas gadis itu.

Elisa hanya membiarkan perlakuan suaminya itu. Iskandarlah yang menjaga dia dari tadi. Mungkin sebab lelaki itu sudah menjadi suaminya.

Dia dan Iskandar sudah bernikah selepas solat asar tadi. Di masjid yang berdekatan dengan hotel yang sekarang mereka tempah.

Esok pula merupakan hari persandingan mereka. Kedua-dua keluarga yang berkeras mahu mengadakan majlis persandingan itu. Ikutkan Elisa dengan Iskandar, hanya majlis nikah yang mereka mahu.

“Kalau demam kau masih tak kebah, aku batalkan majlis sanding kita esok.”

“Ala, janganlah,” pinta Elisa dengan merengek sedikit. Semua persiapan dah siap, tiba-tiba majlis kena batal pula. Bukannya teruk demam dia ini.

Iskandar menarik selimut itu sehingga ke paras leher isterinya. Tangan kiri dan kanan mengepung tubuh Elisa.

“Habis tu aku nak sanding dengan siapa esok kalau kau tak larat nak jalan? Sia-sia saja kita buat latihan jalan bawa pedang seminggu ni.”

Minggu lalu, Elisa bersungguh-sungguh mahu lalu di bawah pedang semasa majlis persandingan mereka. Siap buat latihan lagi. Kalau Iskandar memang malas nak buat tu semua.

Tapi mama pun mendesak sama. Katanya, untuk kenangan kalau anak cucu nak tengok. Lagipun bukan apa, cuma lalu pedang saja.

“Janji ya jangan batalkan majlis sanding kita?” rayu Elisa dengan mata dikelip-kelipkan. Jari kelengkeng disuakan kepada suaminya.

Bibir tersenyum saat Iskandar menyatukan jari mereka. Yeah!

Elisa terpandangkan sejadah yang Iskandar gunakan tadi. Masih elok terbentang ke arah kiblat. Terasa kelat air liur yang ditelan.

“Kau nak solat?” duga Iskandar yang dari tadi hanya memperhatikan tingkah isteri. Bibir tergores senyuman apabila menerima anggukan.

“Kau ada bawa telekung?”

“Tak ada.” Elisa tertunduk mendengar soalan itu. Jangankan bawa, telekung pun dia tak pernah ada. Sewaktu berumur 17 tahun saja dia ada. Itu pun ada orang yang sumbangkan.

Tak tahu ke mana sudah telekung itu pergi. Hanya sekali Elisa gunakan ketika waktu solat hajat untuk menduduki peperiksaan STPM.

Iskandar cuba mengingati sesuatu. Rasanya dia ada beri telekung kepada Elisa sebagai hantaran. Mungkin semua barang hantaran sudah dihantar ke rumah Tuan Rafiq.

“Kau tunggu sini. Aku pinjamkan telekung Asya sekejap.”

Lelaki itu berura-ura hendak berdiri namun Elisa segera menahan tangan Iskandar. Dia bersila di atas katil dengan bantuan lelaki itu.

TAKDIR TERCIPTA - CWhere stories live. Discover now