Bab 8

162 16 0
                                    

SUDAH sebulan berlalu, Elisa masih saja terkenangkan pertemuan yang sangat memalukan itu. Dan dia bersyukur kerana dalam masa sebulan itu, dia tak berjumpa lagi dengan lelaki bernama Iskandar.

Duduk di balkoni bilik, langit yang cerah itu menjadi tatapan. Elisa terasa dirinya sangat kesepian walaupun Puan Erina selalu mengajak dia berbual.

Entahlah, dia tidak selesa tinggal bersama keluarga itu. Elisa lebih selesa tinggal di kampung.

Tak semena-mena, ada enam buah pesawat pejuang yang terbang tinggi di langit. Kata Elriq, rumah mereka berhampiran dengan pusat latihan bagi tentera TUDM. Lagipun ayah berpangkat jeneral, tidak jauh untuk berulang-alik dari rumah itu ke pusat latihan.

Tapi bunyi itu menyakitkan telinga Elisa. Tangan naik memeluk tubuh. Tak pening ke kepala kapten yang ada dalam pesawat itu? Dahlah berpusing-pusing dekat langit.

Tok! Tok! Tok!

Dengan rasa malas Elisa menuju ke pintu biliknya. Tak tahu siapa gerangan yang mengetuk pintu bilik itu.

“Nak apa?” soalnya sebaik saja terpampang wajah Elriq. Kening dijongketkan. Lelaki itu hanya tersengih-sengih. Menayangkan barisan gigi hadapan yang putih.

“Ibu suruh akak turun.”

Elisa yang hendak melangkah keluar, segera ditahan oleh Elriq.

“Eh, ibu suruh akak pakai baju kemas-kemas. Baru turun ke ruang tamu,” ucap Elriq. Dia hanya mengikuti arahan daripada sang ibu.

Kening dijongketkan sebelum mata bergerak ke bawah. Merenung baju yang tersarung di tubuhnya.

Elriq buat muka lalu menggeleng perlahan. Gila nak bagi kakak dia turun dengan pakaian tidur? Sah-sah gadis itu belum mandi lagi. Rambut pun serabai.

“Yalah.” Pintu ditutup dan Elisa mendengus geram.

Almari dibuka lalu dikeluarkan baju yang agak sopan pada matanya. Seterusnya, Elisa pergi ke dalam tandas.

Beberapa minit kemudian, dia keluar dari tandas. Berdiri di hadapan meja solek dan rambut pun diikat kemas. Dia malas nak mandi bila matahari dah terpacak atas kepala.

Selesai saja, Elisa terus turun ke ruang tamu. Apa sebab Puan Erina meminta dia untuk berpakaian kemas? Bukannya ada tetamu pu...

Terhenti langkahnya sebaik saja tiba di ruang tamu. Kelihatan Puan Erina sedang berbual dengan seorang wanita.

‘Aunty Lin?’ bisiknya dalam hati.

“Hah turun pun anak ibu ni. Adik sini, salam Aunty Lin,” panggil Puan Erina dengan lembut. Ruang di sebelahnya ditepuk. Meminta gadis itu untuk menyapa rakannya.

“Assalamualaikum, Aunty Lin.”

Elisa tunduk menyalam tangan wanita itu. Senyum kepura-puraan diberikan. Masih kekok dengan Puan Melinda walaupun wanita itu sering datang ke rumah mereka.

Kadang dia terfikir. Puan Melinda ni tak kawan lain ke?

“Waalaikumussalam,” jawab wanita itu dengan tersenyum lebar.

TAKDIR TERCIPTA - CWhere stories live. Discover now