Bab 6

167 18 1
                                    

NAFAS terhela panjang. Dia kembali lagi ke dalam bilik ini. Beg dihempaskan ke atas katil.

“Ayah tak benarkan Elisa tinggal bersendirian di rumah ini. Kalau jadi apa-apa, ayah takkan maafkan diri ayah.”

Itulah dia kata-kata yang keluar daripada mulut seorang ayah yang kononnya tak mahu si anak tinggal di rumah usang itu.

Ternaik hujung bibir Elisa. Senyuman sinis.

“Haih, 20 tahun aku tinggal dekat sana, tak ada juga luka dekat badan aku ni. Cakap sajalah malu kalau aku tinggal dekat sana,” ucap Elisa lalu menghempaskan tubuh ke atas tilam.

Mereka baru saja tiba dari menziarahi kubur pak long. Ikutkan hati memang Elisa nak tinggal sana terus. Tapi haih, kena paksalah pula untuk ikut ke KL.

Mahu tak mahu, dia terpaksa ikut semula. Gila tak nak ikut, mahu kena heret dengan beberapa orang pengawal Tuan Rafiq yang turut serta bersama mereka.

Baru saja nak pejamkan mata, pintu sudah diketuk bertalu-talu. Elisa mendengus geram. Rambut dikusutkan. Argh, dia streslah! Tak henti-henti nak kacau dia.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Ya, sekejap,” laung Elisa tatkala orang itu mengetuk pintu bagai hendak pecah.

Elisa memeluk tubuh setelah pintu dibuka. Terpapar di matanya sang abang yang sedang tersengih-sengih. Dari semalam dia tak nampak kelibat Edrian.

Tup, tup, hari ini muncul depan dia. Adalah tu yang dimahunya.

“Adik busy tak malam nanti?” Sengihan masih tak pudar.

“Malam bila?” Malam ada banyak. Malam ni, malam esok, malam lusa, tak pun malam tahun depan. Seraya itu Elisa tunduk memandang jemari.

“Ala, malam ni. Busy tak? Abang ada nak minta tolong sikit.” Edrian garu kepala. Tolonglah cakap tak sibuk pun.

Elisa buat gaya seperti sedang berfikir. Dagu diketuk-ketuk. Walhal, setiap malam dia tak sibuk. Saja nak bagi lelaki itu rasa jengkel terhadapnya.

“Tak kut. Kenapa tanya?” soalnya dengan mata yang dipicingkan. Kenapa dia terbau sesuatu yang kurang enak ya?

Bersinar-sinar mata Edrian. Nampak peluang dia semakin cerah dengan gadis itu. Ala, dia bukan ambil kesempatan pun.

“Macam ni...”

Wah macam penting saja apa yang lelaki itu hendak katakan. Elisa menutup mulut yang terbuka. Kononnya dia tengah mengantuk.

“Dengarlah apa yang abang nak cakap ni.”

Elisa buat gaya tangan seperti mempersilakan Edrian untuk terus berbicara. Kasihan pula dengan diri sendiri kerana terpaksa berdiri di muka pintu itu.

Nak kasihan dekat lelaki itu? Lambat lagi.

“Abang nak ajak adik untuk pergi mess night. Abang tak ada pasangan malam ni. Bolehlah ya,” rayu Edrian berserta mata dikelip-kelipkan.

Dahi berkerut sebaik mendengar rayuan itu. Dia ni tak adalah bodoh sangat sampai tak tahu apa itu mess night. Tapi...

“Mess night tu apa?” Dengan dahi yang berlapis Elisa bertanya. Nanti dia main ikut, rupanya pergi tempat lain.

Edrian menggaru kepalanya. Alahai takkan mess night pun adiknya ini tak tahu? Kalau itu pun tak tahu, apatah lagi tatatertib dekat majlis nanti.

“Tu acara untuk makan malam bagi tentera. Ala, adik ikut abang jelah.”

“Sekejap, awak tentera ke? Saya tak percayalah.” Elisa buat muka tak percaya.

TAKDIR TERCIPTA - CWhere stories live. Discover now