Bab 3

157 14 0
                                    

DENGAR bunyi ketukan pintu, dengan laju Elisa membukanya. Dan-dan dia terkejut melihat Amin bersama rakan lelaki itu. Dan ada seorang gadis yang bertudung manis.

Mereka tersenyum ke arahnya.

“Ada apa Amin datang sini? Amin ada tertinggal barang ke?” soal Elisa sebelum mempersilakan masuk. Pintu dibiarkan terbuka.

Amin dan Mizan saling berpandangan. Sedang menentukan siapa yang akan memberitahu tentang rancangan mereka di dalam kereta tadi.

Amin dengan pandangan ‘Kau tolong beritahu Kak Elisa. Mizan balas dengan tatapan mata ‘Apa aku pula, kaulah. Ini rancangan kau, bukan rancangan aku’.

Melihat dua jejaka yang saling bertatapan itu membuatkan Asya menggerakkan matanya ke atas. Dari dalam kereta lagi dah bertekak siapa yang kena beritahu Elisa.

“Kak Elisa...” panggil Asya sebelum merapati gadis itu. Bibir tersenyum manis. Lengan Elisa dipegang bagaikan sudah lama mengenali.

Fokus Amin dan Mirzan kini beralih ke arah dua orang gadis itu. Bibir dikunci. Menyerahkan semuanya kepada Asya.

Elisa memandang hairan. Siapa pula gadis yang tiba-tiba mendekatinya ini? Dengan memanggil dia kakak lagi.

“Nama saya, Asya. Saya adik kepada Mizan. Kawan Amin. Malam ni Asya nak teman akak boleh?” pinta Asya dengan mata yang dikelip-kelipkan. Tanda merayu.

Salah satu kenapa Asya setuju nak temankan Elisa sebab dia bosan duduk sendiri dekat homestay. Mizan sewakan untuk dia, namun lelaki itu tinggal bersama Amin. Sudahnya, Asya tak ada kawan untuk berbual.

Mendengarkan itu, segera Elisa menatap Amin meminta kepastian lelaki itu. Dan dia menerima anggukan bukan saja daripada Amin tetapi lelaki yang dia boleh tafsirkan sebagai abang Asya.

“Errr, bukan akak tak nak tapi... ibu bapa Asya tak cari ke nanti?”

“Tak, akak jangan risau. Ibu bapa kami dekat KL. Mereka tahu kami ada dekat kampung.” Laju saja mulut gadis itu menjawab.

Terhela nafas panjang Elisa jadinya. Niat nak bersendirian malam ini. Sekali nah, datang tiga orang ni dekat rumah dia. Nak halau, tak sampai hati. Lagi-lagi gadis muda yang comel itu.

“Akak izinkan tak kami teman akak dekat sini?” tanya Asya lagi sambil membuat wajah comel. Dia nak sangat temankan gadis itu.

Mahu tak mahu, Elisa menjatuhkan kepala. Namun pandangannya ke arah Amin semula.

“Amin pun...”

“Eh tak. Amin jaga umi dekat rumah. Ni Amin balik dulu ya. Risau pula umi sendiri dekat sana,” pamit lelaki itu sebelum bergerak ke arah pintu.

Mereka menghantar kelibat lelaki itu sehingga hilang di sebalik rumah. Elisa menutup dan mengunci pintu. Bila dia pusingkan tubuh, kelihatan dua beradik itu sedang memandangnya.

“Mirzan berani ke tidur dekat ruang tamu ni?” Elisa menyoal dengan punggung dilabuhkan pada kerusi kayu yang berada di situ. Meneruskan kembali kerjanya melipat pakaian arwah pak long.

Elisa bercadang hendak memberikan pakaian yang masih elok kepada beberapa orang fakir miskin. Dia nak simpan untuk apa, lebih baik sedekahkan. Pak long pun dapat pahala juga.

Untuk pakaian yang dah tak elok, mungkin Elisa boleh buang saja. Dia tak naklah bagi pakaian macam tu dekat orang.

Mirzan melirik ke arah adiknya. Gadis itu terlihat mengangkat kening. Dia picingkan mata.

“Ala, abang tak berani tu Kak Elisa. Dari kecil sampai dah besar ni pun masih takut sendiri. Lelaki jenis apalah abang ni. Kalau ada girlfriend, girlfriend dia yang protect dia nanti,” beritahu Asya sebelum dia tertawa kecil. Pandangan si abang yang menggerunkan, tidak dipeduli.

TAKDIR TERCIPTA - CWhere stories live. Discover now