Bab 2

173 17 0
                                    

MATA yang tak dapat dilelapkan, kini terbuka luas. Elisa menatap siling biliknya. Hati tiba-tiba menjadi tidak enak. Perlahan tangan naik mengusap dada.

“Hish kenapa aku rasa tak sedap hati pula ni? Jantung aku rasa macam laju saja berdegup. Ada apa-apa ke?” katanya pada diri sendiri.

Jam yang tergantung di dinding, diperhatikan. Sudah pukul dua pagi. Tubuh malas hendak bangkit, tekak pula rasa haus. Mahu tak mahu, Elisa terpaksa akur dengan permintaan tekaknya.

Rambut yang panjang, diikat terlebih dahulu. Nanti ada pula makhluk yang mengaku sebagai kawannya. Uish seram!

Pintu bilik dibuka perlahan. Tak mahu mengeluarkan bunyi bising. Takut pak long dia fikir rumah kena masuk pencuri pula.

Ruang dapur dituju. Cepat dia minum air, cepatlah dia masuk ke dalam bilik. Sebab dalam kepala sudah terbayang pelbagai jenis makhluk hah! Seganas-ganas dia pun, takut juga dengan makhluk yang satu itu.

Selesai menghilangkan dahaga, Elisa menapak menghampiri biliknya. Namun langkah terhenti di hadapan bilik pak longnya. Hati seakan-akan menyuruh dia untuk melihat keadaan lelaki itu.

Elisa akur. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik itu. Selagi hati tak tenang, dia takkan dapat tidur.

“Pak long tengah tidurlah.” Dia berbicara sendiri. Melihat keadaan pak long yang terlelap itu, Elisa memutuskan untuk tidak mengganggu pak longnya.

Namun dia perasan sesuatu. Dengan perlahan, Elisa merenung bahagian dada Encik Rizal. Hatinya bagaikan sudah dipalu dengan sesuatu yang keras.

Tiada pergerakan pada dada lelaki itu. Tidak seperti pada pukul sembilan malam tadi. Elisa sempat memastikan pak longnya baik-baik saja sebelum masuk ke dalam bilik.

Tapi kini, dada pak longnya tidak lagi naik, mahupun turun seperti biasa. Tubuh Elisa sudah mula menggigil.

Tak mungkin. Tak... mungkin....

Perkataan yang berulang kali bermain di fikiran Elisa. Bagaikan sedang menghantar sesuatu untuk menyedarkan dia.

Dengan pandangan mata yang dah kabur, Elisa mendekati susuk tubuh itu.

“Pak... long...” Nada Elisa turut berubah. Jantungnya semakin berdegup dengan hebat.

“Jangan main... main macam ni... Elisa... tak suka... Pak long...” panggilnya lagi. Bahu sudah terincut-incut menahan diri daripada tidak menangis.

Tubuh pak long masih panas. Hanya bahagian kaki yang sudah pucat seperti sebelum ini. Mungkin... pak long masih ada harapan.

Itu yang Elisa fikirkan. Tangan menyeka air mata yang mengalir. Dia tak boleh menangis. Sekarang, keadaan pak long yang paling utama.

Elisa mencapai telefon di atas meja yang berdekatan dengan katil. Telefon Nokia yang sudah lama lelaki itu gunakan. Sebelah tangan lagi menggenggam erat tangan Encik R izal.

Nombor Amin segera dihubungi. Elisa terpaksa mencuba lagi apabila panggilan itu tidak dijawab. Hanya Amin yang boleh membantunya untuk membawa pak long ke hospital.

“Amin, pak long tak sedarkan diri. Tolong akak... Kita... hantar pak long pergi hospital sekarang." Tak lama itu, panggilan dimatikan.

Elisa bergerak mencapai fail yang berisikan kertas serta bil-bil hospital pak longnya.

Tok! Tok! Tok!

Kaki melangkah keluar dengan segera. Mesti Amin yang ketuk pintu. Pada masa itu, hilang rasa ketakutan Elisa. Yang tinggal hanyalah rasa risau dan bimbang terhadap pak longnya.

TAKDIR TERCIPTA - CWhere stories live. Discover now