Malique sembunyi senyum. Dia saja cakap macam tu. Dia sendiri pun nak juga ada gambar kahwin dengan Tasneem. Dah lah diaorang kahwin koboi.

"Come." Malique memeluk Tasneem. Mereka berdua langsung melangkah masuk ke dalam bilik tidur.

Pintu gelongsor di bilik itu, Malique tutup perlahan. Usai itu, berpusing Malique memandang isterinya. Dia melakarkan senyuman buat sang isteri.

Setelahnya, Malique berjalan masuk ke dalam closet. Berkerut dahi Tasneem.

Tak lama kemudian, Tasneem melihat Malique keluar dengan membawa toto. Lantas Tasneem bangun dan menghampiri suaminya.

"Awak nak buat apa dengan toto ni?" Soal Tasneem.

"Tidur lah." Jawab Malique.

"Tidur atas lantai?"

"Hm. Kenapa? Aku dah tak boleh tidur sini?"

"Bukan.. tidur sekali lah dengan saya dekat atas katil." Tasneem memegang tangan Malique.

"Nanti kau tak selesa. Aku nak kau selesa. Pergi tidur." Kata Malique sambil membelai belakang kepala Tasneem.

"Saya jahat ya?" Tak mengerti Malique dengan soalan Tasneem yang tiba-tiba begini.

"Kenapa cakap macam tu?" Malique meletakkan toto yang diambilnya ke atas katil.

"Saya biarkan awak tidur dekat lantai sedangkan saya tidur atas katil. Saya biarkan suami saya. Sepatutnya saya sentiasa ada sisi awak." Mencebik bibir Tasneem.

"Hei.. dengar sini. Aku selesa. Aku cuma nak kau selesa juga. Kau belum terbiasa lagi. Sama juga macam aku." Pujuk Malique dengan lembut.

"Tapi.." Malique meletakkan jari telunjuknya di bibir Tasneem.

"Pergi tidur. Dah malam. Esok kau kerja, aku pun kerja. Nanti lewat bangun nak subuh." Malique menolak badan Tasneem ke arah katil.

Selepas itu, Malique mengambil semula toto tadi dan dihampar di atas lantai. Satu bantal diambil dan diletakkan di bawah.

"Good night." Ucap Malique. Sejurus itu, dia membaringkan badannya.

Tasneem masih duduk. Dia merasa bersalah dengan Malique. Selepas lima minit dia dok beerfikir, lantas Tasneem bangun sambil membawa bantal lalu berjalan mendekati Malique.

Diletakkan bantalnya si sebelah Malique. Malique yang sudah menutup matanya terus dicelikkan. Setelah itu, dipandang isterinya dengan wajah bingung.

"Tepi sikit." Tasneem menolak badan Malique untuk memberi ruang buat dia baring.

Sesudahnya, dia membaringkan dirinya di sebelah Malique. Matanya tertuju pada siling atas. Tangannya diletakkan di atas perut. Kekok lah.

Berpaling Malique memandang isterinya. Dah kenapa ni?

"Kenapa tidur dekat sini?" Tanya Malique.

"Suami saya tidur bawah. Saya sebagai isteri kena lah ikut suami." Bersahaja Tasneem menjawab.

Malique mengalihkan badannya untuk baring mengiring menghadap sang isteri. Dipandang sisi wajah Tasneem.

"Nanti kau sakit badan." Kata Malique.

"Takpa. Saya tak kisah. Suami saya pun sibuk nak tidur atas lantai. Jadi saya nak tanya lah. Tak sakit badan?" Tasneem menolak memandang suaminya. Wajah mereka sangat rapat.

"Aku lelaki."

"Ha itu lah jawapannya. 'Aku lelaki'." Muncung bibir Tasneem tak suka dengan jawapan Malique.

"Suka hati kau lah." Mengalah Malique. Malas nak berdebat.

"Okay." Tasneem mengiring menghadap suaminya. Mata mereka saling bertatapan. Mata Tasneem semakin kuyu.

"Hei." Dicuit hujung hidung isterinya.

"Hm." Sahut Tasneem. Mata dia dah berat. Nak tidur ni. Mengantuk sudah.

"Come here." Malique menarik Tasneem masuk ke dalam pelukannya.

Kepala Tasneem diletakkan di atas lengan Malique. Tangannya pula dilingkarkan di pinggang ramping Tasneem. Diusap belakang kepala isterinya.

Usai itu, Malique melabuhkan kucupan di ubun-ubun sang isteri. Tasneem langsung memeluk suaminya dan wajahnya disembamkan di dada Malique.

Wangi.

"Good night, baby." Ucap Malique seraya menepuk perlahan belakang badan Tasneem gaya mendodoi.

"Good night too, hubby." Balas Tasneem.

Sesudah itu, mereka berdua lena di dalam pelukan masing-masing. Ada katil, tidur bawah. Haih.


Tbc..

Hadoiii.. ada yang senyum sorang2 tu😂😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now