Kaya si Malique ni.

Tiba-tiba, Tasneem teringat kejadian di pejabat Malique. Memerah wajahnya. Dia memegang kedua pipinya. Terasa bahang pula di dalam kereta Malique. Padahal dah buka aircond. Tapi tetap rasa panas.

Haih.

Malique perasan akan isterinya yang bertingkah agak pelik. Tangan kirinya yang bebas dari mengawal stereng kereta langsung mencari tangan kanan si isteri.

Tersentak Tasneem saat ada tangan besar yang memegang tangannya. Tenggelam terus tangan dia.

"Panas ke?" Soal Malique sambil matanya tetap fokus pada jalan raya di hadapan.

"S-sikit." Jawab Tasneem gagap.

"Aircond dah buka habis tu. Takkan panas." Kata Malique selari melihat suhu aircond sekejap.

"Tulah. Tak tahu kenapa." Jawab Tasneem cuba mengawal reaksi dan perasaannya.

Malique menarik tangan Tasneem yang dipegang itu ke bibirnya dan dicium kekura tangan Tasneem. Dilabuhkan ciuman beberapa kali di tangan sang isteri.

Terkaku Tasneem dengan tindakan romantik suaminya itu. Dia menggigit bibir bawahnya bagi menahan rasa malu.

"Don't bite your lips, baby. Nanti sakit." Tutur Malique seraya memandang isterinya sekilas dan mengenyitkan sebelah mata.

Muka dia terus bertukar warna. Merah sangat. Tasneem memalingkan wajahnya dari terus memandang suaminya. Malu lah.

Ketawa Malique dengan tingkah si isteri. Comel saja. Geram Malique tengok.

~~~~~~~~~~

Berpaling kepala Tasneem ketika Malique membelok masuk ke arah jalan hendak ke ioi city mall.

"Kita nak pergi ioi ke?" Tanya Tasneem.

"Haah." Jawab Malique sambil fokus memandu.

"Buat apa pergi ioi?" Tanya Tasneem lagi.

"Nanti kau tahu." Dikucup tangan Tasneem seraya melihat sekilas jemari Tasneem yang kosong.

Niat dia hanya satu. Mahu belikan cincin nikah untuk Tasneem. Sebab tu dia ke ioi city mall. Malique ingin memberi kejutan buat Tasneem.

Sesampai saja di ioi city mall, mereka berdua melangkah keluar dari kereta dan berjalan bersama masuk ke dalam mall. Malique menyisipkan jemari mereka bersama.

"Hilang pula bini aku nanti kalau aku tak pegang." Tutur Malique bersahaja.

Cemberut wajah Tasneem. Nak cakap aku pendek lah tu. Aku tinggi lah. Tasneem punya ketinggian 175cm. Paras model-model tu.

"Awak tinggi berapa?" Soal Tasneem ingin tahu.

"189." Ternganga Tasneem lima saat.

"Patut tinggi macam galah." Kata Tasneem seakan berbisik. Tapi, Malique dengar. Terukir senyuman nipis Malique.

"Tinggi kau pula?"

"175."

"Oh. Masih di bawah aku." Menjuih bibir Tasneem ketika Malique menepuk kepalanya yang berlapik dengan tudung itu.

"Nak cakap saya pendek lah tu."

"Memang pendek pun."

"Eii.." Tasneem mencubit lengan Malique. Berdesis sakit Malique. Lantas Malique merenung isterinya yang beriak selamba selepas mencubit dia.

"Aku cium kau dekat sini."

"Gatal."

"Garu lah." Hampir bertaut kedua kening Tasneem. Apakah?

His Love [C]Where stories live. Discover now