" Eleh kau , itu daddy aku la ." 

" Sudahla tu , Jelita dan Adam pergi lah duduk di depan . Mummy nak buat breakfast dulu " .



Selesai sahaja breakfast , mereka berempat duduk di ruang tamu .

" Adam jom pergi tengok wayang harini . Ada cerita hantu baru keluar . " Jelita mengajak Adam .

" Harini tak boleh la Jelita . Aku dah plan dengan Syahida nak ajar kan dia addmath."

" Ala Adam , kan setiap hari Sabtu kita akan keluar ."  muncungnya ditarik

" Sorry Jelita , i thought kau demam lagi harini . Syahida minta aku ajarkan , Selasa depan kitorang ada test . Next week kita pergi okay ?" Adam cuba memujuk Jelita . Tidak sampai melihat mulut muncungnya itu .

" Takpa lah Adam . Kau orang study di mana ? Rumah kau ke ? ."

" Haah , lepas zohor nanti Syahida datang sini ."

" Okaylah aku balik dulu la Adam ." Jelita meminta diri

Patung beruang pemberian Adam di tumbuk - tumbuk . " Ish kau ni Adam , semalam aku dah la terperuk je dekat rumah . Takkan la hari ini aku nak terperuk lagi dekat rumah ."

Tingggg

Seperti ada mentol yang menyala di atas kepala nya , Jelita tersenyum sinis . " Ha aku tau nak buat apa ."

Selepas zohor , Jelita bergegas ke rumah Adam sambil membawa kerja sekolah nya . Pintu rumah Adam ditolak . Sudah biasa dari kecil , jika mahu ke rumah Adam , dia tidak akan memberi salam . Main masuk sahaja rumah Adam seperti rumah itu dia yang punya .

" Eh Jelita , kau buat apa dekat sini ?" hairan Adam bila nampak Jelita masuk ke rumahnya dengan buku - buku penuh dipeluk didadanya .

" Aku nak study dengan korang lah . Kan aku tak datang sekolah haritu , homework aku banyak tau ."

" Eh , kau tu bukannya ambik subjek Addmath pon , kitorang nak study addmath hari ini ."

" Alah tak mengapa lah Adam , kau orang buat lah addmath tu , aku study math , aku takkan kacau kau orang punya ."

" Ya lah ikut suka hati kau la Jelita ." budak itu degil , kalau dia bantah sekali pon Jelita tidak akan pulang .

" Adam yang ini macam mana ? Aku tak faham la daripada tadi aku buat tak dapat jawapan ."

" Soalan yang mana Jelita ? Pelik aku kau ni . Biasanya soalan math tak pernah kau tak boleh buat . Kau demam lagi ke ?" dahi Jelita di raba , suhunya biasa sahaja .

" Entahla , aku tak dapat la jawapan dia , kau tolong ajar aku kejap ."

Syahida di sebelah Adam hanya menjeling pasangan itu . Jelita ni dah kenapa daripada tadi asyik kacau Adam . Sepatutnya hari ini dia berdua sahaja dengan Adam . Bukannya dia tidak tahu Jelita itu merupakan anak murid kesayangan  Cikgu Jamilah . Jelita sentiasa skor dalam peperiksaan math nya sehingga kan dia dijadikan mentor di kelasnya .

" Ish Jelita ni kacau daun betul lah . Ingat senang ke aku nak datang rumah minta Adam ajarkan addmath . Kebiasaanya di tolak oleh Adam ." monolog Syahida . Geram apabila Adam hanya memberi fokus kepada Jelita padahal tujuan asalnya mahu study bersamanya , bukan Jelita .

" Ah dapat pun jawapan nya . Thanks Adam , kau memang terbaik ." Jelita sengih sahaja . Bukan nya dia tidak dapat menjawab soalan math itu . Baginya soalan itu mudah sahaja . Dia cuma geramkan si Syahida yang seperti sengaja menarik perhatian Adam .  Pantang sahaja dia berborak dengan Adam , Syahida akan bertanyakan soalan .

" Aku mengantuk la Adam . Nanti kau dah siap kau kejut la aku ." Jelita meletakkan kepalanya di atas meja .

" Apa kata kalau awak mengantuk , awak balik sahaja ke rumah . Mesti sakit leher nanti kalau awak tidur di sini ." Syahida menyampuk

Jelita terus menegakkan kepala nya . Matanya dipicingkan ke arah Syahida . " Eh budak ni sengaja la tu nak berdua dengan Adam . Kau ingat aku nak bagi chance ke dekat kau ."  kata - kata tu hanya dibicara dalam hati sahaja .

" Tidak mengapa lah Syahida , saya dah biasa dekat rumah Adam ni . Kalau nak tidur dalam bilik Adam pun boleh ."

Automatik terbeliak mata si Adam . Buang tabiat ke si Jelita ni . Sejak mereka meningkat dewasa , Jelita tidak pernah tidur di biliknya . Kalau ibu bapa Jelita tiada di rumah pun , Jelita pasti akan tidur di bilik tetamu .

Syahida hanya merenung Jelita dengan riak wajah yang agak marah . Jelita seperti sengaja mahu membuatnya cemburu . Tidak kurang juga Jelita .

Adam yang melihat dua gadis saling merenung itu mula berasa hairan .

" Jelita kau tidur la dekat sofa tu dulu , nanti aku kejut kau ."

" Okay Adam ." Senyuman paling lebar diberikan kepada Adam , apabila terpandang Syahida terus dijelingnya .

Jelita dan Syahida memang tidak rapat . Mereka berlainan kelas . Lebih - lebih lagi mereka kenal  pada zaman sekolah menengah itu pun kerana Syahida sekelas dengan Adam . Tidak seperti Aniq dan Hana . Mereka berempat bersahabat sejak sekolah rendah lagi .

" Okaylah Adam , saya balik dahulu , kakak saya dah sampai . Kita jumpa hari Isnin nanti ya ."
Syahida meminta diri . Kakaknya sudah sampai untuk menjemputnya pulang .

" Okay ."

Jelita yang dengar itu hanya pura - pura menyambung tidur .

Adam mendekati Jelita . " Haih kau ni Jelita , tidur pun cantik ." kepala Jelita diusap sayang . Adam bangun lalu bergerak menuju ke biliknya . Biarkan lah si Jelita tu . Nanti dia bangun pandai - pandai la dia balik .

Apabila derapan tapak kaki Adam tidak lagi kedengaran , Jelita mencelikkan matanya . Dia memegang pipi nya yang berasa panas . Darah mesti sudah menyerbu ke pipinya . Jelita tersenyum menampakkan susunan giginya yang cantik itu .

Destiny's willWhere stories live. Discover now