bab14

72 5 0
                                    

Malaysia

Adam's Pov

Buat pertama kalinya, ruang makan itu senyap . Tiada yang bersuara. Baik Hana, Aniq atau Syahida. Ruang itu sunyi tanpa sosok Jelita. Dia yakin mereka semua pasti merindukan Jelita. Apa khabar Jelita disana? Sudah lima hari Jelita meninggalkan Malaysia tetapi Jelita masih belum menghubungi dirinya. Ada juga dia cuba untuk menghubungi Jelita tapi hanya suara operator yang menjawab. Jelita dapat tak suratnya? Dia sudah baca ke surat tersebut ? Kepalanya penuh dengan persoalan.

"Jelita ada call kau orang tak?" Adam bertanya kepada rakan-rakannya.

Kesemua mereka menggelengkan kepala.

"Aku ada juga try call Jelita, tapi dia tak jawab pun. Haritu aku dah pesan pada Jelita kalau dia dah sampai London nanti call aku. Tapi sampai hari ini dia masih belum call." Hana menjawab, dia juga hairan kemana perginya Jelita itu.

"Haah lah, kalau tengok dia punya instagram pun tiada update apa-apa. Last hari itu pun cuma gambar dia dalam kapal terbang." Aniq mencelah.

Syahida yang berada disebelah Adam terus mencebik. Senyuman sinis mula terukir , dia pasti Jelita terkesan dengan apa yang dia kata tempoh hari. Mungkin sebab itu Jelita tidak menghubungi sesiapa pun.







Malam itu, Adam baring di katilnya. Tangannya diletakkan di belakang kepala. Mindanya mula memikirkan gadis kesayangannya. Dia rindukan gadis itu. Hari ini dia pergi dan pulang dari sekolah bersendirian tanpa Jelita. Sunyi dia rasakan. Kebiasaanya dia akan berborak dengan Jelita di atas basikal ataupun berlumba dengan gadis itu. Suka melihat gadis itu ketawa mahupun marah ketika Jelita kalah apabila berlumba dengannya. Semasa rehat di sekolah juga tiada celoteh Jelita. Dia dapat rasakan bahawa mereka yang lain turut merasakan pemergian Jelita. Mereka berempat tidak pernah berpisah meskipun dia dan yang lain berlainan kelas. Dia masih ingat akan wajah sugul rakan-rakannya yang lain semasa waktu rehat tadi. Masing-masing tidak ceria dan tiada perbualan seperti mana Jelita ada sebelum ini.

Frame gambar dia dan Jelita di meja sebelah katilnya diambil. Gambar itu diambil waktu mereka berusia enam tahun semasa majlis hari lahir Jelita . Jelita di dalam gambar itu tersenyum manis memandang kamera. Wajah cantik Jelita diusap.

"Rindunya aku pada kau Jelita. Apalah yang kau buat sekarang?" frame gambar itu digenggam erat.

Tangannya mencapai telefon pintar miliknya lalu nombor Jelita di dail. Tiada nada dering yang kedengaran malah diganti dengan suara operator.

"Mana kau pergi Jelita, semua orang rindukan kau. Aku...aku pun rindukan kau." Dia sudah bersiap sedia dengan perasaan rindu ini sebelum Jelita pindah lagi tapi dia tak sangka sakitnya rindu ini sesakit yang dia rasakan sekarang.

Dia hairan ke mana gadis cantik itu pergi dan kenapa dia tidak menghubungi seorang pun kawan di sini.  Adam bergerak ke tingkap biliknya yang berhadapan dengan tingkap bilik Jelita yang dulu. Bilik itu gelap sahaja, penghuninya sudah tidak tinggal di situ. Dia masih ingat dulu dia sering berbual dengan Jelita melalui tingkap dan suka mengganggu gadis itu ketika dia buat kerja. Jelita sering memarahinya jika dia mengganggu Jelita buat kerja sekolahnya.

"Rindunya aku, nak dengar ketawa kau lagi, Jelita. Semua tentang kau, aku rindu." Keluhan berat dilepaskan.

Rumah sebelah dipandang lagi. Bukan bilik Jelita sahaja yang gelap, tetapi keseluruhan rumah itu sudah tidak berpenghuni. Tiada lagi suara riuh rendah yang kedengaran dari rumah sebelah. Air mata yang mula bertakung ditahan.

Memori tentang Jelita menjengah kepala satu per satu. Suka dan duka semuanya dia sudah pernah lalui dengan Jelita. Bahkan kalau dia bergaduh dengan Jelita sekali pun, mereka tidak pernah bergaduh lama-lama. Orang lain sering menggelar mereka seperti anjing dan kucing  kerana pantang saja berjumpa ada sahaja benda yang ingin digaduhkan tetapi pergaduhan itu tidak diambil serius. Gaduh-gaduh juga tapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu.

"Aku tak sangka kita boleh berpisah jauh sampai macam ni sekali. Aku ingat aku kuat bila berjauh dengan kau. Rupanya tak. Kau tak rindukan aku ke Jelita? Siapa saja aku ni bagi kau? Semua call aku dan text aku kau tak reply." monolog Adam di dalam hati. Sekali lagi keluhan berat keluar dari mulutnya itu. Katilnya kembali dicari.

Adam berbaring berpusing ke kanan menghadap ke tingkap bilik Jelita. Masih berharap dia dapat melihat sosok tubuh gadis cantik itu tapi hampa , wajah itu tiada disana.

"Goodnight Jelita. Aku harap esok kau reply chat aku ni." Whatsapp itu dihantar ke nombor gadis itu tetapi dia hanya melihat satu tick kelabu sahaja yang terpampar di screen telefon itu. Text yang sebelum ini juga belum dibaca. Melihat itu, dia terus meletakkan telefonnya.

"Fi Hifzillah , Fi Amanillah , Jelita . I leave you in the care of Allah ." ujar Adam lalu matanya dipejam cuba untuk tidur.











"Daddy , mummy , walid Johan ada hubungi daddy dan mummy tak ? Atau Jelita sendiri ada hubungi mummy tak ? Abang cuba call Jelita tapi langsung tak diangkat." Adam tanya ibu bapanya semasa breakfast pada pagi itu.

"Tiada pula Adam. Mungkin masing-masing busy dekat sana. Mereka kan baru pindah." Dato' Ardi menjawab.

"Tapi dah lima hari ni, daddy. Jelita tak pernah berdiam sampai lima hari. Abang dah call banyak kali. Abang dah pesan dekat Jelita supaya tak lost contact. Ni dah lama sangat ni daddy." riak tidak puas hati dipamerkan.

"Sabar abang, mungkin Jelita memang busy dekat sana. Dia pasti tengah sesuaikan diri dekat sana." Datin Julia mula memujuk Adam , kesian pula dia melihat wajah anak lelakinya itu.

"Jelita tiada sesiapa dekat sana. Kalau dia tengah susah ke macam mana? Mesti dia tiada sesiapa untuk berkongsi cerita. Kebiasaannya dia akan cari abang." Adam mula risau.

"Walid dan bondanya kan ada sekali. Kamu jangan risaulah. Dua tiga hari nanti dia pasti call abang semula." Datin Julia cuba menenangkan anaknya.

Dato' Ardi dan Datin Julia berpandangan seketika dan berbalas senyuman.

Dato' Ardi menggelengkan kepala melihat anak lelakinya itu. Apabila berkaitan dengan Jelita , anaknya itu selalu serius . Belakang anaknya ditepuk-tepuk."Abang jangan risau,nanti daddy tanyakan dekat walid kamu tu."

"Hmm thank you daddy. Abang pergi sekolah dulu ya." tangan parent nya disalam lalu pipi tua itu dikucup sayang . Sekolah dituju. Another day tanpa Jelita.

Destiny's willWhere stories live. Discover now