bab 2

68 8 0
                                    

"Cepatlah Jelita kita dah lambat ni , aku ni pengawas tau kalau aku lambat apa orang kata ." Adam mula mahu membebel.

" Aku terbangun lewat harini , kau ni dah tau lambat kau pergi je lah dulu tak payah tunggu aku."

"Dah tugas aku jaga kau Jelita."

Kata - kata Adam berjaya buat Jelita tersenyum . "Kau ni kalau bab mengayat memang kau pandai . Boleh buat orang jatuh cinta . Patutlah ramai peminat dekat sekolah ." adu Jelita

" Kau tak jatuh cinta ke dengan aku ?" Adan menjongketkan keningnya.

" Ish lambat lagi la aku nak jatuh cinta dekat kau" . jawab Jelita dengan bangga nya .

Jawapan Jelita berjaya membuat Adam terpaku , agak terasa dengan jawapan gadis itu . Cepat - cepat dia mengayuh basikalnya meninggalkan Jelita di belakang .

" Jebat Adam , kau ni tadi tunggu aku sangat ." Laju Jelita mengayuh basikalnya cuba untuk mengejar Adam .

Sampai sahaja di sekolah cepat - cepat Jelita meletakkan basikalnya di sebelah Adam . " Adam kau nak pergi mana ni laju - laju , aku baru je sampai."

" Sorry Jelita aku kena cepat ni aku nak pergi bertugas . Kita jumpa waktu rehat nanti je lah ye ." Buru - buru Adam meninggalkan Jelita .

"Adam aku ....
tanpa sempat menjawab Adam , Adam sudah bergerak ke tapak perhimpunan .

"Jelita !"

Jelita berpaling apabila mendengar nama nya dipanggil , Hana , rakan sekelasnya merangkap rakan baiknya tersenyum dan berlari anak ke arah Jelita .

"Kau tak bawa basikal ke harini Hana ?"

"Basikal aku rosak , harini papa hantar kan aku . Eh kau sorang je ke ? Adam mana , korang kan macam belangkas ."

"Adam dah pergi dulu , katanya dah lambat untuk bertugas."

"Kenapa dengan muka kau ni Jelita , kau gaduh dengan Adam ya ?"

" Eh takpun tapi mungkin tadi aku ada salah cakap , buatkan Adam kecil hati ."

" Takpelah Jelita , Adam tu sekejap saja marah nya . Dia mana boleh marah lama - lama dengan kau . Dia kan suka kau ." Akan tetapi ayat terakhirnya itu hanya didengari oleh telinga nya sahaja .

" Apa kau cakap Hana ? Aku tak dengarlah."

" Eh takda apa lah , jomlah Jelita nanti kita pulak yang lambat ."

Waktu rehat

Adam dan Syahida menunggu Jelita, Hana dan Aniq di kantin sekolah . Mereka memang rakan baik sejak mula memasuki sekolah menengah itu walaupun mereka tidak sama kelas . Adam dan Syahida satu kelas manakala Jelita , Hana dan Aniq sekelas .

Harini Cikgu Wati melepaskan mereka agak lambat untuk rehat , sampai sahaja di kantin , Jelita lihat tempat duduk di sebelah Adam sudah diduduki Syahida . Senyuman hambar diukirkan. Baru sahaja dia memasang niat untuk memujuk Adam tetapi terbantut , tidak mengapalah balik sekolah nanti pandai lah dia pujuk Adam .

Aniq yang lihat senyuman Jelita itu pantas mencuit siku Hana . Hana yang sedar akan situasi tersebut cepat mengambil langkah .

"Jelita kau nak makan apa ? Aku lapar sangat lah harini pagi tadi tak sempat sarapan" pantas menarik tangannya Jelita dan diekori oleh Aniq .

Selesai sahaja membeli makanan mereka kembali ke meja makan . Sepanjang waktu rehat Adam hanya ketawa bersama Syahida . Kemain meriah mereka berbual . Adam langsung tidak memandang ke arah Jelita . Sepanjang itu juga , Jelita hanya mendiamkan diri , nasi lemak di hadapannya hanya dikuis-kuis sahaja .

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat . Jelita buru - buru bangun dan meninggalkan kantin untuk kembali ke kelas .

Sepanjang di kelas Jelita hanya mendiamkan diri . Hana dan Aniq yang sedar akan perubahan Jelita hanya biar sehingga Jelita sejuk sendiri .

Sudah 20 minit Jelita menunggu Adam di garaj basikal . Adam tidak pernah lambat macam ni . Muka nya sudah merah menahan panas .

"Eh Jelita kau tak balik lagi ?" tegur si Aniq

"Belum , aku tunggu Adam , tapi tak nampak batang hidung si Adam ni"

"Tadi aku nampak Syahida dengan Adam di ruang belajar , Adam tak bagitau kau yang dia balik lewat ?" kebetulan Aniq membantu Cikgu Asri dan terserempak dengan Adam dan Syahida di ruang belajar .

"Oh ye ke ? Adam takda pula bagitau aku . Takpela macam tu Aniq , aku balik dulu terima kasih bagitau ."

" Sama - sama" . Aniq geleng kepala melihat wajahnya Jelita , merah sudah kulit muka gadis itu menunggu Adam. " Hai Adam , kau ni buat hal lah."

Sampai sahaja di rumah , Jelita terus merebahkan badannya di atas katil . Fikirannya kusut memikirkan Adam . Semarah itu kah Adam padanya ?

Jelita mengambil patung beruang yang diberikan oleh Adam . " Ish kau ni dengan Syahida boleh pula bergurau senda dengan aku pandang muka aku pun tak mahu ." Tumbukan demi tumbukan dilepaskan pada patung beruang tersebut , dibayangkan patung beruang tersebut ialah Adam .

Jelita tertidur keletihan selepas melepaskan amarahnya tadi , perut yang berkeroncong tidak dipedulikan . Tidurnya lagi penting buat masa ini .

Tidur Jelita terganggu kerana bunyi bising di tingkat bawah .

Setelah merapikan dirinya , Jelita turun ke tingkat bawah .

Aunty Saliha iaitu adik bondanya datang berkunjung ke rumah nya bersama anak perempuan dan anak lelaki nya , Farha dan jugak Fakhri .

Ini yang Jelita malas ni , anak aunty nya si Farha itu sentiasa tidak berpuas hati dengan Jelita .

"Jelita kamu dah bangun ? Marilah sini Aunty Saliha ada datang ni ."

Jelita mendekati adik bondanya dan menyalam tangan Aunty Saliha .

"Jelita masuk dapur dulu lah bonda , nak buatkan air."

Sedang Jelita bancuh air , Adam tiba - tiba muncul disebelah Jelita . "Hai Jelita" , senyuman kekok diukirkan , ditangannya ada Lily, kucingnya Jelita .

"Eh Adam masa bila kau sampai ? Ingatkan kau dah lupakan aku" rajuk Jelita .

"Dah lama dah sampai , aku ada dekat belakang main dengan si bulus ni ha . Maaf Jelita tadi aku tak bagitau kau yang aku lambat balik , Syahida minta ajarkan Addmath tadi."

"Takpela Adam aku dah selamat balik dah , btw kau merajuk dengan aku lagi ke ?"

"Hah ? merajuk ? Errrr mana ada eeee aku nak pergi toilet kejap la Jelita".

Jelita hanya menggelengkan kepala melihat Adam , masak sangat dengan perangai rakan baiknya itu , kalau malu ada sajalah alasan nya .

Destiny's willWhere stories live. Discover now