FITYMI 23

834 47 28
                                    

"Lepas tu adik punya gelabah sampai hampir nak tersembam dua kali kat pelakon tu"

Dyla menjeling kakaknya yang tengah rancak cerita tentang aib dia kat studio siang tadi. Ibu bapa mereka turut tergelak dengar cerita tu. Dyla mencebik, geram hanya diri dia yang jadi bahan ketawa kat meja makan tu jadi dia pun buat keputusan untuk balas balik.

"Eleh. Akak tu tergagap cam kaset rosak bila retis tu puji design"

"Alah benda normal la tu. Yang tak normalnya bila dua tiga kali tersadung angin. Malu-malu"

Dyla mengerut dahinya. Dia pandang ibu bapanya, "Mama, papa! Tengok akak ni" Si ayah hanya mampu tersenyum senget, tangan kanannya tengah mengumpul nasi untuk disuap. "Kerap kali lah papa tengok akak kamu ni. Dari dia lahir sampai besar panjang ni"

"Pa!"

Geram sebab ayahnya sendiri tak nak backup dia, akhirnya Dyla pandang satu-satunya harapan dia. Aisy perasan kawannya tengah pandang dia, gadis atlet tu tau apa yang kawannya nak jadi dia cepat-cepat menggeleng. Tanda dia taknak terlibat dalam hal ni. Bella nampak apa yang berlaku, makin galak dia gelakkan adiknya.

"Member sendiri pun taknak backup adik. Alolo, ciannn dia"

Akhirnya, ibu mereka buka mulut. "Dah-dah, Bella. Cukuplah tu sakat adik tu. Kang ada meja terbalik nanti" Tegur wanita tu lalu menyisip air jus lemon dalam gelas. Bella mencebik, rasa tak seronok sebab kena tegur. Tapi, bibirnya terukir satu senyuman lebar bila nampak mesej yang baru masuk dalam fonnya. Bingkas dia bangun, alat tadi dia ambil bersamanya.

"Excuse me la ye, ada client penting call untuk design baru"

Sebaik saja Bella hilang dari pandangan, Dyla lepaskan tawa kecil. "Bet 10 bucks yang call dia tu kak Mun" Parents dia turut tergelak. Wanita dalam lingkungan pertengahan 40-an itu meletakkan pinggan dia atas pinggan suaminya. "Takyah bet, memang konfem yang call dia tu Munira. Jarang akak kamu tu nak angkat call client malam-malam buta camni"

Dyla tersengih, seronok bila bukan dirinya yang jadi mangsa lawak. Dia turut mengemas pinggan mangkuk atas meja tu. "Takpe, ma. Biar adik yang basuh malam ni. Mama ngan papa pergilah tengok movie ke apa kat depan" Si bapa hanya tersenyum lembut, dia bangun dari duduknya lalu mencapai kepala anaknya. Bibirnya dilekapkan atas kepala gadis tu sebagai tanda terima kasih. Selepas lelaki tu berganjak untuk ke ruang tamu, ibunya pula cium dahi Dyla. Melebar senyuman di muka Dyla. Wanita tadi fokus pada tetamu mereka untuk seminggu ni.

"Aisy? Nak ikut uncle ngan aunty gi depan?"

Cepat-cepat Aisy menggeleng kepalanya. Dia angkat pinggan mangkuk yang berbaki atas meja makan. "Eh, takpelah. Saya tolong Dyla basuh pinggan" Wanita tu hanya mengangguk lalu mengekori suaminya untuk menonton tv. Aisy dan Dyla masing-masing mula mengemas meja dan dapur. Bila Aisy dah angkat pinggan terakhir, Dyla dah mula cuci pinggan mangkuk dalam sinki.

"Letak je situ japgi aku basuh"

Aisy menurut. Selepas dia letak semua barang tu, dia berdiri dengan janggalnya di sebelah kawannya. Mata birunya mengerling ke arah Aisy, satu tawa perlahan dilepaskan oleh dia. "Asal tercongok kat situ cam tunggul. Pergilah depan, tengok tv ngan dorang"

"Hah, takpelah. Segan aku"

Dyla sekali lagi tergelak. Kali ni lebih kuat daripada tadi. "Aisy Nazmeen? Segan? Wow, betullah dunia dah terbalik" Geram dengan gurauan kasar kawannya, Aisy merenjis kawan dia dengan air paip. Terjerit kecil si Dyla bila air tu terkena dia. "Aisy!"

"Ejek aku lagi. Bukan takat air paip tapi air dalam sinki ni jadi air mandi kau japgi" Ugut Aisy, tangan kiri dia dah hampir masuk dalam sinki. Dyla laju menepis tangan kawannya. "Selekeh lah kau ni. Yela-yela, duduklah situ kalau taknak gi depan"

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon