FITYMI 18

706 32 17
                                    

"Whoa.."

Aisy mengangkat kepalanya daripada bonet kereta untuk tengok apa yang buatkan kawannya boleh kagum sangat. Mata hitamnya melirik ke bangunan di depan mereka. Bangunan-bangunan fakulti dan kampus kolej baru mereka ni gah dan nampak mewah. Termasuk bangunan dorm mereka, nampak macam apartment mahal. Kemudian Aisy pandang semula ke muka teruja milik AJ, sekuntum senyuman terukir di mukanya.

"Beg-beg kau ni nak aku campak tepi jalan ke cemana"

Dengar ayat perlian daripada Aisy buatkan AJ kembali ke realiti. Dia jeling kawan baiknya lalu mengorak langkah mendekati gadis berambut panjang tu. Di hujung rambut Aisy dah diwarnakan magenta. Katanya dia test dulu kalau peraturan kolej tak ketat mana, dia akan fully dye rambut dia. AJ angkat beg roda dan beg tepinya lalu membontoti Aisy ke bilik mereka. Nasib baik bangunan tu ada lift, kalau tak pengsan diorang nak naik tingkat 5 dengan bagasi berat ni. Cukuplah dia nak turun dari flat rumahnya pun dah mengah.

Tibanya mereka berdua di depan bilik baru mereka, Aisy dan AJ tiba-tiba diam semacam. Mereka berdua tau apabila diorang melangkah masuk dalam bilik ni, diorang dah makin dekat dengan alam baru. Mereka bukan lagi budak sekolah dan sesungguhnya mereka gugup dengan thoughts tu. Aisy angkat kad matriks dia lalu lekapkan kad tersebut pada permukaan reader RFID di daun pintu bilik tersebut. Satu bunyi bip kuat menandakan pintu itu dah tak berkunci. Aisy pandang AJ, perasaan nervous dia makin menjadi-jadi.

"Ready?"

Gadis tomboy tu mungkin perasan kawannya gugup tak tentu pasal, jadi dia hadiahkan senyuman lembut kepadanya. Senyuman favourite Aisy. "With you? Always"

Dengar ayat tu dan ditemani dengan sekuntum senyuman rare daripada AJ, perasaan gugup dalam diri Aisy mula menghilang dan digantikan dengan satu perasaan hangat. Dia membalas senyuman kawan baiknya lalu memutarkan tombol pintunya. Dia tak perlu nak cakap kuat-kuat untuk bagitau orang yang AJ ada untuknya dan dia ada untuk AJ, orang luar boleh nampak betapa eratnya hubungan mereka. Aisy yakin tak ada apa pun dalam dunia ni (kecuali mati) yang boleh putuskan hubungan mereka berdua.

Or so she thought.

Aisy duduk kaku di meja study dia sambil perhatikan AJ mengemas barang-barang dia. Dah dua hari selepas hari terbuka tu berlangsung dan sepanjang dua hari tu AJ tak balik-balik ke biliknya. Ni first time dia balik tapi dengan tujuan lain, bukan untuk jumpa Aisy.

"Kau nak pergi mana?"

AJ tak endahkan soalan tu, tangannya ligat sumbat baju-baju dia masuk ke dalam beg dia. Tak ambik masa pun untuk lipat elok-elok, nampak sangat dia nak blah dari situ secepat mungkin. Tak puas hati dirinya dipalau, Aisy terus lagi bertanya. "Kau nak tukar bilik ke? Aku tak sure warden bagi sebab kita dah nak setengah sem dah" Ujarnya sambil tergelak kecil, cuba nak ringankan situasi tu tapi macam tadi AJ masih memekakkan telinga.

Bila AJ dah siap kemas dan bangun untuk menapak ke pintu, Aisy makin baran. Dia bengang dengan perangai pasif kawannya. Dia bengang kenapa diri dia dipulau sampai macam tu sekali. Jadi, dia naikkan suara dia. "Oh, so nak bagi aku silent treatment la ni. Aku tau kau tak suka aku tapi takkan kau nak palau aku because of that stupid kiss??!"

AJ berhenti berjalan. Dia berdiri di depan pintu tu lama, tak bergerak langsung. Tak lama lepas tu, dia lepaskan nafas berat. Jantung Aisy seakan-akan rasa berkecai bila dia tengok muka AJ yang dingin tu. Di bawah matanya ada lingkaran gelap, disebabkan nangis ataupun tak cukup tidur Aisy tak pasti. Muka kawannya pucat, seakan mayat hidup. Namun walaupun fizikal kawannya tu tampak tak bermaya, api amarah dalam matanya jelas kelihatan. "A stupid kiss?"

Aisy menelan liur bila dengar nada suara AJ. Kasar dan dingin. Selalunya dia dengar AJ gunakan ton suara tu pada orang lain tapi bila ton suara tu dituju pada dirinya sendiri buatkan Aisy susah nak bernafas. AJ memalingkan mukanya ke arah Aisy, jelingan dia setajam pisau. "Of course you'd thought so"

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now