FITYMI 10

871 40 5
                                    

Aisy: Tunggu aku kat faucet

Aisy: nanti aku kutip kau

Dah hampir 10 minit mesej tu dihantar dan bayang si atlet tu Dyla still tak nampak. Keluhan kasar terlepas daripada bibir dia. Beberapa orang yang baru habis morning jogging mereka berhenti di water faucet berdekatan untuk mengisi botol air mereka. Tapi of course, ada je mata keranjang yang sibuk nak usha dia. Dyla hanya pakai sleeveless blouse berwarna biru laut dan sepasang seluar palazo berwarna hitam serta cardigan biru royal. Pakaian tak menonjol mana tapi bila dah lawa camni memang jadi tarikan.

Tak sempat dia nak buka mulut untuk sound lelaki-lelaki yang duk usha dia dari tadi, tangan kanannya digenggam dari belakang. Bila dia toleh, muka Aisy dengan satu senyuman lebar menyapa mata birunya. "Maaf lambat. AJ punya toaster buat hal"

Anak mata biru milik Dyla melirik ke arah tubuh Aisy. Dari kepala hingga ke kaki. Gadis atlet tu mengenakan tshirt warna beige berserta jacket letterman berwarna maroon dan sepasang jeans hitam. Bau peach menerpa masuk ke dalam rongga hidung gadis kacukan tu. Daripada nak marah terus tak jadi.

"Macam-macam la korang dua ni. Jom, aku dah lambat nak gi kelas ni"

"Yes ma'am"

Mereka berdua pun berjalan menuju ke bangunan kolej mereka dengan tangan berpaut. Sepanjang perjalanan mereka, Dyla perasan ada beberapa pelajar kat situ yang pandang mereka berdua berkali-kali. Mungkin dorang ada nampak post pasal dia dan Aisy? Yela, sebelum-sebelum ni kalau dia berpeluk dengan kawan-kawan dia takde pulak orang nak pandang-pandang macam ni.

"Nak dengar sekali?"

Dyla menoleh ke arah gadis di sebelahnya. Aisy tengah hulurkan salah satu bud airpods miliknya kepada Dyla. Tanpa banyak soal, gadis berambut blonde tu ambil dan pakai benda alah tu pada telinganya. Bunyi riff gitar menyapa telinganya. Tak lama kemudian, rentak dram dan bass turut sertai gitar tadi. Kedua-dua keningnya terangkat kerana terkejut. Sah ni genre rock, not her cup of tea usually tapi ni exception.

"... Lagu apa ni?"

"Holiday by Green Day" Jawab Aisy, bibirnya makin melebarkan senyuman dia. "Why? Sedap?"

"Not bad. Dia bagi aku rasa macam nak skip kelas dan pecahkan kereta orang"

Aisy tergelak dengar jawapan Dyla. Gadis bermata biru tu daripada nervous dengan pandangan orang luar terus jadi selesa bila dengar kawannya tergelak sebegitu. Mindanya tak lagi fikirkan pendapat orang pada diri dia, tapi kini dia fokus pada Aisy saja.

Selepas tamat 3 lagu daripada band yang sama, akhirnya mereka tiba di bangunan department fashion. Dyla menarik keluar airpod daripada telinganya lalu hulurkan semula kepada pemilik asalnya. "Nah, thanks sebab teman aku gi kelas" Ada lagi 5 minit sebelum pensyarah dia tutup pintu, so better dia cepat.

Tak sempat dia nak pusing dan berjalan masuk ke dalam bangunan tu, Aisy sempat pegang bahunya lalu hadiahkan satu kucupan lembut pada pipi kirinya. Bila Aisy menjauhkan dirinya, dia perasan yang muka kawannya memerah. "Azimat so kau tak rindu aku" Selorohnya sambil mengenyit mata ke arah gadis yang terkaku lidah itu. "I'll see you at 1, pumpkin. Goodbye"

Sebaik saja Aisy ucap selamat tinggal, dia memusingkan badannya kemudian berlalu dari situ. Dyla masih membatu di situ. Mindanya masih lagi cuba nak proses apa yang jadi tadi. Sehinggalah salah seorang classmate dia panggil dia untuk masuk kelas sebelum lecturer mereka bar kehadiran dia.

Ni semua palsu je.

Dyla cuba nak sedarkan diri dia.

-

"Kemain eh korang dua flirt-flirt kat kampus"

Dengar kata-kata tu keluar daripada bibir Farra buatkan Aisy berhentikan video di laptop dia. Earbud dia keluarkan untuk fokus pada kawannya. Gadis berambut panjang tu hanya tersenyum senget, tangannya masih laju menulis points yang ada di video tu.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now