Padahal tak. Dia curi-curi pandang Tasneem. Dia suka tengok Tasneem ketawa dan senyum. Nampak lesung pipit. Haih. Cair hati abe Malique.

"Mana ada. Awak lelaki pertama saya pergi mengayat dan awak lelaki pertama yang saya puji comel." Balas Tasneem pertahan diri. Memang betul pun.

Sedangkan Aedy pun dia tak pernah buat macam ni. Selalunya kalau dengan Aedy, Tasneem akan bersikap kasar. Tak macam perempuan. Aedy pun selalu layan dia kasar.

Tapi sebab itu lah dia selesa dengan Aedy. Aedy memang tak macam lelaki lain. Diaorang sama-sama ikhlas dalam berkawan. Aedy tak pernah nak ambil kesempatan.

Apatah lagi nak ada perasaan. Aedy tu banyak kali tukar perempuan. Playboy lah katakan. Tapi Aedy tak pernah lah melampaui batas dengan semua perempuan tu. Ikhtilat masih dijaga.

Kalau diaorang sama-sama. Mesti akan ada yang kata Tasneem dan Aedy macam adik-beradik. Dekat kampus dulu kecoh sebab katanya diaorang berdua ni adik-beradik. Padahal bukan. Tapi Tasneem dan Aedy endahkan saja. Lantak lah. Yang penting bukan cerita yang mengarut sampai mengundang fitnah dan memburukkan nama orang.

"Kawan lelaki kau tu?" Terjungkit kedua alis Tasneem. Aedy ke? Terletus tawa Tasneem.

"Aedy dengan saya kasar. Sebab tu lah saya kasar." Jawab Tasneem seraya memandang ke hadapan. Kakinya pula disilakan. Tersenyum kecil Malique melihatkan itu. Nampak comel saja.

Mesti Tasneem dah selesa sangat dengan dia ini. Sebab tu boleh duduk bersila selamba saja depan dia.

"Kenapa dengan aku macam ni?" Saja Malique tanya. Nak tahu juga.

"Sebab saya selesa dengan awak. Itu yang saya macam ni." Tasneem menyandarkan badannya lalu dia mengembungkan pipi dan dicucuk perlahan pipinya sendiri. Konon-konon pipi dia tu belon. Sikit-sikit pipi dia kempis.

Malique yang melihat perangai Tasneem begitu sudah melepaskan ketawa nipis. Tasneem yang mendengar suara tawaan Malique terus berpaling melihat jejaka kacak itu.

"Awak gelak? Hensem.." Puji Tasneem seraga bertepuk tangan dan duduk bersila menghadap Malique.

Malique pula dah membahang wajahnya. Walaupun dah sering kali mendengar banyak perempuan yang memujinya. Tapi ini kali pertama dia jadi malu bila ada perempuan yang puji.

Abe Malique malu woi.

Abe Malique blushing.

Ecece.. comel.

"Awak memang kerja bodyguard ke, Malique?" Soal Tasneem.

"Hm." Berdehem Malique. Tipu lah. Karang dia jawab lain, lain pula jadinya nanti.

"Ohhh.. dah lama ke kerja ni?"

"Baru je."

"Awak.." Belum sempat Tasneem menghabiskan ayatnya. Malique membidas.

"Banyak tanya lah kau ni. Duduk diam-diam. Aku cium kau karang." Mencebik bibir Tasneem.

Ugut nak cium orang pula. Cium lah kalau berani. Tasneem tunggu saja ni. Eh?

Astaghfirullah.. ingat dosa, Tasneem.

"Nak tanya pun tak oyeh." Tasneem kembali duduk menghadap ke hadapan. Tak suka lah. Malique ni tak boleh nak tanya lebih-lebih. Orang tanya tu, jawab saja lah. Itu pun susah. Tempeleng kang.

"Suka hati aku lah." Selar Malique. Saja. Dia suka tengok muka cemberut Tasneem. Sebab bagi Malique, muka Tasneem comel sangat bila cemberut macam tu. Rasa nak gomol.

Yalah, dua-dua gatal. Umi.. tengok anak-anak umi ni. Call ustaz.

Memuncung bibir Tasneem dan menjeling manja kepada Malique. Nasib hensem. Kalau tak, memang Tasneem dah lempar keluar dari kereta.

~~~~~~~~~~

Bersiul perlahan Mustaqim sambil menuruni tangga. Dia hendak keluar. Sampai saja di bawah, matanya terus tertancap pada figura umi nya yang sedang duduk di ruang tamu berseorangan.

Televisyen terbuka. Tapi umi nya tak tengok pun tv tu. Lantas Mustaqim berjalan ke arah Datin Sri Zarina. Dekat saja, langsung dikucup puncak kepala Datin Sri Zarina.

Tersentak Datin Sri Zarina. Berpaling perlahan kepala Datin Sri Zarina memandang anak bujangnya ini. Terbit senyuman nipis.

"Umi buat apa?" Tanya Mustaqim lembut seraya melabuhkan punggung di sebelah Datin Sri Zarina.

"Tengok tv." Jawabnya.

"Yeke tengok tv? Bukan tv yang tengok umi?" Seloroh Mustaqim dan terletus tawa kecil Datin Sri Zarina.

"Ada pula tv yang tengok umi. Ini anak umi nak ke mana? Hensem sangat ni." Sengaja Datin Sri Zarina mengalih topik. Tak nak anaknya bertanya lebih.

"You change topic, umi. Jangan mengelat dengan Taqim. Taqim kenal umi Taqim ni. Umi fikir tentang abang eh?" Datin Sri Zarina melepaskan keluhan berat dan mengangguk perlahan.

"Taqim pun rindu abang." Tersenyum nipis Mustaqim apabila teringat kenangan dia bersama dengan abangnya ketika mereka masih kecil.

"Dah lama kita cari abang. Tapi tak jumpa. Umi rindu sangat. Umi nak jumpa dengan abang, Taqim." Luah Datin Sri Zarina jujur.

"In syaa Allah, umi. Kita kena berdoa supaya Allah pertemukan kita semula dengan abang. Lagipun papa pun tolong kita cari abang kan? Taqim percaya yang papa mesti jumpa abang nanti." Pujuk Mustaqim seraya memeluk bahu Datin Sri Zarina dan menggosok perlahan lengan umi nya.

"In syaa Allah. Umi tak sabar." Sejurus itu, Datin Sri Zarina melentokkan kepalanya di bahu tegap anaknya.

Tetapi, tanpa mereka sedar. Ada Malique yang berdiri di luar dan mencuri dengar perbualan antara Mustaqim dan Datin Sri Zarina. Terpejam sekejap mata Malique saat mendengar luahan umi nya.

Luluh hati dia. Betul kata Dato Sri Taarif. Memang umi nya menunggu dia. Selepas itu, Malique melangkah pergi dari tempatnya.


Tbc..

Ecece.. Abe Malique blushing😚😚

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now