May jadi bungkam. Bagaimana kalau dia tak mampu nak tunaikan janji tersebut?

"Seburuk mana layanan Puan Amelia pada May, dia tetap ibu kandung May. May darah daging dia. May pernah cakap pada ibu dulu masa May kecil mama sangat baik pada May, bukan? Ibu percaya mama May orang baik, janji pada ibu cuba ambil hati mama semula ya?"

"Ibu tak boleh nak jaga May hingga ke tua, negara ini juga bukan tempat asal May. Ibu risau tentang keselamatan anak ibu ni. May... May tidak akan boleh lari lama dari mereka. Suatu hari nanti May tetap akan menghadapi mereka juga, namun masa itu May dah punya hak untuk melawan sekiranya perkara itu menyakitkan May... pinta ibu, jangan tunjuk lemah. Lawan kalau May rasa sakit. Ingat tu sayang!"

Pinta Ibu Hannah cuma satu, jangan jadi lemah!

"Ibu, terima kasih sebab dah tunaikan janji ibu untuk jaga May dengan baik. May balik sana, ya? May juga janji pada ibu May akan lebih kuat selepas ini..."

...

Dahlia Inara binti Omar Rashid
20 October 2004 - 15 Januari 2006

Maysarin mengelap kotoran tanah yang melekat pada nisan menggunakan tisu sehingga sedikit bersih dan menampakkan jelas tulisan pada batu.

Setelah itu, tangannya ligat menarik rerumput yang tumbuh kering pada permukaan tanah kubur adiknya. Usai berpuas hati, May keluarkan sekuntum mawar putih dari tas tangan lalu meletakkannya di bawah batu nisan.

Mawar putih simboliknya 'kesucian'.

Ya, sesuci anak kecil bernama Dahlia Inara yang pernah hidup tanpa dosa.

Dahlia lahir bersama penyakit komplikasi lemah jantung dan pergi menghadap Pencipta ketika usia 2 tahun. Hidupnya umpama kain putih yang bersih.

Andai masih hidup sehingga kini, usianya sekarang adalah 19 tahun.

"Dahlia, kalau kau nak tahu tujuan sebenar aku balik ni sebab nak ambil balik hati mama. Aku dah janji pada Ibu Hannah. Jadi, kau jangan jealous tau!"

"Kau rasa mama dah berubah tak? Dia dah boleh terima aku tak? Aku kira dulu dia layan aku jahat sebab dia dah ada kau, tapi sekarang kau dah tak ada. Aku rasa mungkin masa pertama kali dia pukul aku dulu, dia hanya emosi sebab kau baru meninggal. Sekarang mustahil dia nak buat macam tu lagi sebab tinggal aku sorang saja anak kandung dia."

"Kalau kau nak tahu Dahlia sepanjang 8 tahun aku hidup dengan mama dan arwah papa aku dulu, aku happy sangat bila mama selalu backup aku masa papa marah. Tak tahu lah sejak mama ada kau, mama pula yang jadi macam arwah papa. Marah aku. Tengking aku. Aku pun ada perasaan. Aku cemburu mama layan kau baik!" Tak semena-mena rasa hangat kelopak matanya menahan air mata daripada gugur. Hatinya diragut pilu mengenangkan nasib sendiri sepanjang 2 tahun didera mental oleh ibu kandung. Sakitnya seakan hendak berlari menuju ke rumah anak yatim. Ada lah lebih baik tidak punya langsung orang tua.

"Lagi aku terkilan bila dia tuduh aku pembunuh! Bunuh arwah papa dan abang. Bunuh kau. Jahat sangat ke aku ni pada mata dia? Dua-dua tuduhan tu aku tak buat Dahlia!" Air mata yang ditahan tumpah juga, amat berat tuduhan itu. Malah lebih mendalam kesannya apabila dituduh oleh ibu sendiri. May kesat hidung sehingga merah, air mata juga diseka. Tak guna menangis benda dah berlalu. Tapi, panas juga rasa hati bila mengingatkan.

"Kau sendiri tahu aku layan kau baik Dahlia. Mana mungkin aku berniat jahat pada kau! Kau meninggal pun sebab kau tertindih..." entah kenapa dia meluahkan kepada orang yang tidak mungkin boleh mendengar.

Seketika May terdiam, mindanya seakan melayar satu memori lama. "Aku jadi ragu-ragu Dahlia... Kau mati tertindih atau dibunuh sebenarnya? Aku saksi sendiri dalam bilik tu bukan hanya kita berdua tapi... aku tak yakin dia siapa. Dia lelaki, dia di antara abang-abang kita. Tapi siapa?"

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora