Bab 29 ~ Sedap ~

2K 152 40
                                    

"BILA babah boleh merasa pegang baby ni?" soal Dato' Hamizan, menegur anak bongsunya yang sedang sibuk menaip artikel yang harus diterbitkan tidak lama lagi.

Sejuk hatinya melihat Adra tidur berlapikkan bahu Auliya. Tiada yang lebih membahagiakan orang tua, melainkan dapat berkumpul lagi seperti dulu kala. Sejak masing-masing sudah menginjak dewasa, ianya tidak semudah dahulu.

"Erm, adik dengan Leith plan lagi setahun dua..." Auliya menjawab segan. Dia hanya pernah bercerita soal 'anak' saat bersama Leo.

Dato' Hamizan terdiam seketika, sebelum mengangguk dan tersenyum senang.

"So, babah kena kuat sampai waktu tu tiba... Adik nak anak-anak adik tuntut banyak hadiah daripada atuk diorang."

Sang bapa mengangguk bersemangat. Menantikan hari manis itu tiba.

"Insya-Allah, babah cuba."

Dato' Hamizan meramas lembut tangannya. Cincin di jari manis, dia pandang. Teringat akan wanita yang berhempas-pulas mengandungkan serta melahirkan zuriat-zuriatnya.

"It's good to know that you have a plan. Perancangan dalam membangunkan keluarga sangat penting. Supaya bukan anak je, pasangan pun tak tersisih. Getting pregnant without a plan is quite terrifying for women. Walaupun babah tahu, Allah ciptakan wanita kuat. Rancang atau tak, diorang tetap ada sifat keibuan yang kuat."

Taipan Auliya terhenti. Wajah dialih menghadap babahnya.

"Waktu bonda nak lahirkan adik, bonda pernah luah dekat babah. Bonda takut dia terabaikan bang long dengan kak ngah lepas lahirkan adik. Sebab tu babah suka bila tahu adik dengan kak ngah plan untuk masa depan korang."

Pintu wad terbuka, menampil kehadiran Azzad dan Leo. Usai bersalaman, Leo terus duduk di lengan sofa, sengaja hendak bertenggek di sisi isterinya. Wanita itu nampaknya sedang menulis berkenaan prestasi atlet badminton baru-baru ini di Kejohanan Badminton Remaja Dunia.

"Babah ada nak makan apa-apa tak? Leith boleh belikan."

Dato' Hamizan sekadar menggeleng lemah. Hatinya berbunga. Hikmah terbesar selepas dia diduga dengan sakit adalah dapat menyaksikan keluarga kecilnya menyatu kembali.

"Bang long bila nak bawa calon isteri jumpa babah?" Azzad pula menjadi sasaran.

Azzad menjongket bahu. Belum pasang niat untuk menjejaki fasa itu. Baginya, biar lambat. Asalkan tidak tersalah pilih. Kerana memilih isteri sangat penting. Itulah insan yang akan mencorakkan kehidupan dia dan anak-anaknya kelak.

"Bang long tak sempat nak fikir lagi, babah. Tengok adik-adik dapat suami baik, mungkin bang long kena baikkan diri dulu kut."

Jelingan berhantu Auliya dipos laju tepat ke wajah tak berperasaan abangnya.

"Bang long dah cukup baiklah!"

Leo sekadar tersenyum melayan perangai setiap seorang daripada mereka. Namun, dek teringat akan satu persoalan yang pernah menjengah minda, Leo turut membuka mulut.

"Kenapa kenalan rapat Auliya panggil dia Ifa?" soalnya seraya menanti jawapan daripada Azzad, antara insan paling rapat dengan isterinya.

Mata Auliya dan Azzad tak berkedip buat beberapa detik. Krik krik. Mereka juga tak pasti akan jawapan di sebalik kuiz itu.

"Oh, tu sebab adik tak boleh sebut 'Auliya' dengan 'Haifaa' waktu kecik. Auliya jadi Ayiya, Haifaa pulak jadi Apipa. Sebab tu bonda ajar adik sebut Ifa. So, lekatlah gelaran tu sampai besar." Tenang Dato' Hamizan menjawab, mewakili Azzad yang masih blur.

Supporter Belakang Tabir ✔Where stories live. Discover now