Dyla maki dirinya sebab buat perangai macam tadi. Dia ingat dia dah boleh kawal emotional outbursts dia tapi rupanya tak. Being near Aisy still triggers her. Hujung singki tu dia genggam, pernafasannya cuba dia kawal balik. Tawa pahit terlepas daripada bibirnya. Dia pun satu, gedik nak suka kat Aisy dah kenapa? Kan sendiri yang sakit.

Selepas beberapa kali dia memaki dirinya dalam hati, Dyla luruskan semula rambut dan kemaskan dirinya. Taknak nampak yang dia baru lepas mental meltdown. Puas hati dengan result dia, kakinya mengorak keluar daripada tandas tu. Lampu jalan menyinari kawasan situ. Tak ramai yang singgah R&R malam ni.

Tibanya dia di keretanya, dia perasan yang Aisy takde dalam kereta. Naik hairan (plus risau tapi dia taknak ngaku), mata birunya meliar sekeliling, cuba nak cari kelibat kawannya. Akhirnya matanya jatuh pada figura Aisy yang tengah duduk atas penghadang besi. Tanpa fikir panjang, Dyla berjalan menuju ke arah kawannya.

"Aisy?"

Bila ditoleh Dyla perasan yang Aisy tengah makan burger. Muncul perasaan annoyed dalam dirinya. Dia mental breakdown and minah ni boleh sedap-sedap melantak? Perasaan negatif tadi mula muncul semula. Tapi nampaknya Aisy tak perasan sebab dia lontarkan sengihan lebar ke arahnya.

"There you are. Meh duduk sini. View kat sini lawa"

"Takde masa. Kalau nak sampai rumah aku sebelum 12, kita kena gerak sekarang"

Senyuman Aisy masih tak lekang di mukanya. "I know that but last aku makan pagi tadi. And aku sure kau pun dah lama tak makan. So, how bout we rest for a bit. There's no harm pun" Tak sempat Dyla nak bidas balik, si Aisy sambung buka mulut. "And, don't worry. Lepas ni aku pulak yang drive. Kita lepak sini jap, oke?"

Semarah mana pun Dyla kat kawannya tapi dia still cair dengan tona suara Aisy. Senyuman dan intonasi lembut, siapa je tak cair? Perasaan negatif tadi bercampur baur dengan perasaan sayang terhadap Aisy. Tak mampu nak melawan, Dyla panjat penghadang tu untuk duduk bersebelahan dengan kawannya. Ada jarak antara mereka.

"Nah. Awal aku ingat nak belikan kau burger juga tapi teringat kau jaga makan. So, aku belikan kau pau ngan air mineral je. Hope that's okay"

Mata birunya tertancap pada plastik yang berisi dua biji pau dan sebotol air mineral. Bila cakap pasal pau, dia teringat hari yang bermulanya semua mess ni. Hari dimana dia call Aisy tanpa sengaja dan gunakan kawan dia untuk lari daripada Zain Atif. Dia masih ingat hari tu, seolah-olah macam baru semalam terjadi. Dia masih ingat betapa panasnya cuaca pada hari tu, rupa gerai cendol tu, riak wajah makcik tu bila dengar dia dan Aisy bergaduh mulut. Dia masih ingat semua tu. Bagi dia memori tu manis sebab kat situlah dia mula jatuh hati dekat Aisy.

Tapi lepas beberapa minggu, memori tu bertukar menjadi pahit. Tiap kali teringat semula mesti jantung dia rasa macam kena tikam berkali-kali. Dia naik menyampah dengan makanan dalam plastik tu. Dyla pegang tangan kanan Aisy yang pegang burger tadi lalu dia dekatkan mukanya pada makanan tu. Dia gigit makanan tu, mata birunya tajam tenung mata hitam Aisy. Bila dia menjauhkan dirinya, Aisy baru boleh bernafas dengan normal semula.

"Aku dah malas nak kisah pasal diet bagai ni" Jelas Dyla sambil mengunyah makanan tadi. Aisy masih tergamam hanya mampu mengangguk. Selama tiga tahun, dia tak pernah nampak Dyla makan benda-benda camni. Dia mula nak bangun daripada duduknya. "Kalau gitu, kau tunggu sini. Aku gi beli lain untuk kau"

Tangan Dyla menarik lengan baju Aisy, menyuruhnya untuk duduk semula. Aisy menurut saja, mukanya masih hairan dengan kelakuan kawan dia pada malam tu. "Takyah. Kita kongsi jela. Kalau kau still lapar kau boleh ambik pau ni. Aku tak minat sangat" Cadang Dyla sambil mengangkat plastik tadi. Aisy hanya mampu mengangguk saja. Dah macam burung belatuk dah Dyla tengok.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now