BAB 3✨

4.4K 189 11
                                    

Hanan termenung saja memandang pasangan dua sejoli yang berada di atas pelamin. Kini Bella sudah sah menjadi isteri kepada Adam. Yang tinggal cuma Hanan Auliya saja yang masih single.

"Hanan, kau tak nak makan ke?" soal Ayana.

"Kejap lagi lah. Tak ada selera pula rasanya nak makan," jawab Hanan.

"Bila member kahwin je tak ada selera. Dah memang tradisi kau ke macam mana?" soal Ayana lagi.

"Entah. Aku pun pelik dengan diri aku. Setiap kali korang kahwin, aku selalu jadi macam ni," kata Hanan.

"Kau ni dah macam fobia pula. Fobia dengan perkahwinan member." Hafiz pula menyampuk.

"Makanlah sikit, Hanan. Nanti kau lapar," pujuk Fazlin pula.

"Kejap lagi lah. Aku tak lapar lagi ni."

"Nah, makanlah. Aku ambil banyak tadi. Kalau kau taknak makan nasi, makan kuih tu." Tengku Fahrin menolak pinggan yang berisi kuih kepada Hanan.

"Makan tu, Hanan. Sekurangnya, isi sikit perut kau yang tengah kosong. Pagi tadi pun kau breakfast dengan biskut je. Kau kan tak suka susahkan kami. Jadi kau makan, kalau tak kami yang susah nanti," bebel Ayana.

Dia kenal sangat perangai Hanan yang jenis tak suka susahkan sahabat sendiri. Tapi Hanan tu tak sedar yang dia akan susahkan sahabatnya kalau dia tak makan.

"Bising betul korang ni. Yalah aku makan. Tapi aku tak nak makan kuih. Cut sugar. Kuih tu manis. Aku pergi ambil nasi kejap," kata Hanan.

"Acah jelah kau ni. Semalam kau makan juga kuih seri muka yang mama Bella buat tu," kata Ayana pula.

"Tu semalam. Aku cakap hari ni." Hanan mula mengatur langkah ke arah meja yang yang tersusun dengan makanan.

Hanan hanya mengambil satu senduk nasi dan seketul ayam masak merah. Cukup untuk dia alas perut saja. Nanti sahabatnya akan bising kalau dia tak makan. Lagi pula dia memang tak ada selera hari ni.

Hanan mengatur langkah untuk kembali ke meja. Sampai saja di meja, dia melihat sosok tubuh yang sangat dia kenali. Lelaki yang sangat dia tak suka waktu universiti dulu.

"Eh Hanan. Awak pun ada," tegur lelaki itu.

Hanan hanya tersenyum dan melabuhkan punggungnya di kerusi. Sengaja dia mengabaikan lelaki itu.

"Wah, sombong betul awak sekarang." Lelaki itu berkata lagi.

"Baguslah tu kalau sombong," balas Hanan sinis.

Ayana dan Fazlin ketawa kecil mendengarnya. Setiap kata yang keluar dari mulut Hanan, jarang tak padu. Mereka tahu Hanan tidak sukakan lelaki itu. Sama seperti mereka.

"Makin cantik awak sekarang Hanan," kata lelaki itu lagi.

"Saya tahu. Ramai juga cakap macam tu dekat saya. Sejak tamat belajar, awak orang ke seratus yang cakap macam tu dekat saya. Terima kasih atas pujian. Ada apa-apa lagi ke Encik Muzafir?"

"Sorry, saya rasa awak tak suka saya ada dekat sini. Saya minta diri dulu." Muzafir minta untuk berpamit dari situ.

"Tahu pun orang tak suka," kata Hanan perlahan. Tapi dia yakin Muzafir masih boleh dengar apa yang dia kata tu.

Lelaki itu hanya tersenyum kelat sebelum dia melangkah pergi.

"Savage Hanan! Aku suka," kata Ayana.

"Hanan kalau dengan Muzafir, memang savage. Musuh paling ketatlah katakan," kata Fazlin pula. Dua lelaki di situ hanya diam memerhati isteri mereka. Kalau isteri mereka pun tak sukakan lelaki itu, maknanya si Muzafir tu memang suka buat hal.

Aku Pertama Dia TerakhirWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu