Belakang tubuh gadis itu dipandang lama. Bagaikan tidak sedar, Farel Ziyan sudahpun menghambur kata kata yang begitu menyiat hati seorang perempuan. Bahu gadis itu terhincut. Hampir tak terlihat.

"Kalau kau rasa kau cantik sangat, kau cubalah. Goda aku sampai boleh!" Teriak Farel kepada Raja Maraya yang hampir hilang dari pandangan matanya.

Kata kata nya sudah melampau. Farel mengusap wajahnya kasar. Serabut! Matanya kini tertumpu pada buku teks yang terjatuh. Langsung tak dikutip oleh gadis tadi. Ah, Farel kisah apa!

Raja Maraya? Suka aku? Gurau kasar betul! Perempuan tomboi itu belajar Muay Thai di kelab organisasi Tun Akob. Berkulit sawo matang dan langsung tiada aura menyenangkan. Kasar sahaja perwatakan gadis itu.

Baru tadi, gadis yang memiliki nama Raja Maraya itu meluah rasa pada Farel. Gila? Aku masih ada taste! Tak akanlah aku mahukan gadis perwatakan kasar begitu? Mahu tak mahu, aku kena mengelak.

"Kau gila ke, Rel? Kalau Hadi tahu mampus kau" suara Raja Ummar menerjah. Farel menutup matanya rapat. Ya, itu pun satu hal. Tanpa berfikir panjang, Farel terus menerus mengucap kata benci dan makian pada gadis tadi. Tak pernah dilihat Raja Maraya sesedih itu. Teresak esak dia menangis.

"Persetankan dia orang adik beradik." beg sandangnya ditarik kasar sebelum buku teks kepunyaan Raja Maraya dihempaskan di atas meja berdekatan pintu kelas. Pandai pandai lah Raja Ummar berikan pada sepupunya itu.

Satu hingga dua langkah, Farel kembali berfikir. Kasar sangat aku buat tadi. Satu blok tengok. Ah, sial. Rambutnya diremas kasar sebelum kakinya melangkah laju semula.

Harapnya, sempat kejar. Matanya melilau mencari sosok tubuh gadis tadi. Laju pula dia berjalan. Tidak lama, kawasan courtyard yang berada di sebelah makmal sains dituju. Ada bentuk tubuh gadis yang dicarinya tadi. Dia sedang menangis kesenggukan sambil menekup mulutnya.

Tak jadi kaki melangkah, kerana ada sosok lelaki yang sudah bertinggung di hadapan gadis itu. Lelaki itu lah yang membuatkan kaki Farel kuat digam pada lantai.

"Bagi tahu aku dik, siapa buat kau menangis macam ni?" Suara keras Raja Hadi menggenggam sebelah tangan Raja Maraya. Terkejut bukan kepalang melihat Raja Maraya melangkah lemah di koridor makmal sains. Langsung, Raja Hadi menarik adiknya ke courtyard untuk bertenang.

"Aku ni buruk sangat ke, abang? Kenapa dia hina aku sampai macam tu sekali?" Raja Maraya yang menangis teresak esak itu dipandang dengan kerutan dahi. Siapa pula hina adik aku? Siapa?!

"Siapa cakap kau buruk? Kau beritahu aku sekarang, Mar!" Suara Raja Hadi seakan tertahan. Mahu menjerit, tetapi di kawasan sekolah.

"Salah ke aku berkulit gelap? Salah ke aku tak pandai bergaya? Salah ke aku ni berkelakuan macam jantan?" Terus menerus soalan tidak munasabah itu dianjurkan. Ianya menambah rasa marah dalam diri Raja Hadi. Segera Raja Hadi berdiri, mahu ke kelas Raja Maraya. Tahu, adiknya itu datang dari kelas. Sekarang, waktu rehat yang baru bermula beberapa minit yang lepas. Pasti ada sesuatu yang terjadi ketika dia masih belum keluar dari kelas.

Kelas mereka berbeza biarpun mereka di Tingkatan yang sama. Kerana itu, mereka lebih banyak digelar kembar. Kembar tahunan. Iris Twin. Hal itu juga menyebabkan Raja Hadi dan Raja Maraya begitu akrab. Bagaikan isi dan kuku.

"Abang, kau nak kemana—" kata kata Raja Maraya terhenti, mata hitamnya bersabung terus dengan mata Farel Ziyan yang menatapnya dengan wajah terkedu. Raja Hadi juga. Tak jadi melangkah, malah dia memerhatikan dua sosok yang saling bertatapan.

"Mar, kau jangan kata Farel yang.." tak dapat diteruskan lagi kata katanya kerana terlalu kecewa. Penumbuknya dikepal. Tepat di saat itu, Raja Ummar tiba. Wajah memerah Raja Hadi menarik perhatiannya.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now