𝘒𝘦𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 | 1

Start from the beginning
                                    

"Ada kes bunuh lagi, Tasya," balas gadis itu dengan perlahan namun masih didengari oleh Natasya.

"Ada kes bunuh sekali lagi? Serious lah miss?" Hafsya mengangguk lalu dia berikan telefonnya kepada pekerjanya.

Setelah selesai baca berita itu, Natasya duduk disebelah majikannya lalu berikan telefon tersebut kepada Hafsya kembali.

"Ni mungkin pembunuh yang sama dengan kes bunuh yang sebelum ni."

"Apa yang buatkan you fikir macam tu?" Hafsya berkerut.

"Miss ingat tak cara pembunuh tu bunuh dia punya mangsa sebelum ni? Kalau tak silap, berita tu ada bagitahu cara dia bunuh?" gadis itu diam seketika. Dia mencuba untuk mengingat kembali.

'leher dikelar dan mata mangsa seolah-olah dicucuk oleh senjata atau barang yang tajam.'

"Leher kena kelar and mata kena cucuk?" Natasya memetik jarinya.

"Yup! That's it! Cuba miss baca keadaan dia?" Hafsya membaca info yang tertera.

'Xiu Ling seorang warga asing yang berumur 35 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang sama seperti mangsa yang sebelum ini, Muhammad Khaizuran. Leher dikelar dan kedua belah mata seolah-olah dicucuk oleh senjata atau barang yang tajam. Suspek masih belum ditemui.'

"Cuba baca komen pula." Hafsya hanya akur.

Faris745_
Kenapa aku rasa mcm pembunuh yg sama?

Daf1qa._
Mesti pembunuh yang sama ni. Tengoklah luka-luka tu!

R4Z1Q_.
Clean gila suspect tu buat kerja! Aku rasa dari 5 bulan lepas lagi!

"Serious lah tak tau lagi siapa suspect?!" membulat mata Hafsya.

"Yuppie. The suspect is still unknown."

"I hope I'm not the next target." Gumam Hafsya. Natasya melepaskan tawa kecil.

"Sama. 3 bulan lepas, uncle Tasya pula yang kena bunuh," ujarnya perlahan. Membulat mata Hafsya.

"Serious lah?!"

"Yup!--"

"Oi! Bila nak buka kafe?!"

❦︎

SETELAH Hafsya memboloskan diri kedalam kereta Myvi miliknya, dia mengunci pintu keretanya lalu menghidupkan enjin tanpa mengendahkan mata yang memerhatinya.

Ding!

Matanya pantas memandang beg tangannya yang berada di tempat duduk penumpang disebelahnya.

Dia mengambil beg tangan itu lalu membawa keluar telefonnya. Beg tangannya itu diletakkan kembali di tempat penumpang.

Hafsya membuka kata laluan dan ada satu pesanan dari nombor yang tidak dikenalinya.

Private Number
Drive elok2
I'm watching from afar

Dahi Hafsya berkerut seribu. Gadis itu menaip.

You
Who are you?

Dan... Tiada respon.

Eeeehh, ghisau aku. Dah lah malam-malam buta. Hafsya berdecit apabila menerima pesanan itu. Dia menekan 'block'.

Selepas itu dia menyimpan kembali telefonnya kedalam beg tangan miliknya lalu dia memulakan pemanduannya.

Rumahnya sedikit jauh dari kafe miliknya jadi dia memasang lagu Dirgahayu dan beberapa lagi lagu untuk menghilangkan suasana yang sunyi dan hening itu.

Dia masih tertanya-tanya.

Apa salah arwah ibu bapanya dengan pembunuh tersebut?

Selepas lebih kurang 20 minit perjalanannya ke rumah, akhirnya dia sampai juga.

Dia mematikan enjin dan mencabut seatbelt. Hafsya membuka pintu keretanya lalu keluar dari Myvi tersebut.

Hafsya pantas berjalan kearah pintu rumahnya dan mencabut heels miliknya. Gadis itu membuka pintu lalu masuk ke dalam rumahnya.

"Assalammualaikum.." walaupun dia hanya duduk berseorangan, dia wajib memberi salam.

Harap tak ada orang sahut.

Hafsya terus membuka langkah ke biliknya yang di tingkat atas. Dia hanya menaiki lif.

Selepas dia sampai di tingkat 2 dimana biliknya berada, Hafsya mengorak langkah masuk ke biliknya.

Gadis itu menutup pintu biliknya sebelum dia melabuhkan punggung diatas katil lalu terus baring terlentang. Kakinya dibawah katil.

Dia hanya fikirkan dua benda sahaja.

Siapa pembunuh tu?

Siapa yang mesej aku tadi?

Dia melepaskan keluhan kecil. Hafsya masih mencari abangnya yang menghilangkan diri selepas tragedi gelap itu terjadi. Walaupun sudah 8 tahun, dia masih berusaha untuk mencari Hasif dengan bantuan sahabatnya.

Dan mencari siapa perancang kematian ibu bapanya.

Hafsya masih berfikir..

Jikalau dia menemui siapa dalang disebalik kematian ibu bapanya..

Patutkah dia menghukumnya atau pun tidak?

...........

"Ini bukan sebarang permulaan, sayang."

........

One chap completed! :> vote and comment!





(P/S: novel ni slow update tau ;) sbb Sya busy dgn netball. Busy tambahan, handball)

𝐇𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐅𝐀 [HIATUS]Where stories live. Discover now