𝘒𝘦𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 | 1

85 6 0
                                    

(Notes for old reader: Sya tukar beberapa nama wataks okeh? Plot masih tidak ditukar ;] )


HAFSYA Raifa mencelikkan matanya apabila bunyi loceng dari telefon bimbit miliknya berbunyi. Dia bangun dari baringannya dengan mamai lalu mengambil telefonnya yang berada diatas nightstand untuk menghentikan alarm. Gadis itu memandang kosong telefon tersebut.

6.00 A.M

Hafsya mencampakkan telefon itu di atas katilnya sebelum dia mengangkat punggung dan membuka langkah kearah bilik air untuk mengambil wudhuk.

SETELAH selesai, dia membentangkan sejadah dan menyarungkan kain telekung untuk menunaikan solat subuh.

❦︎

GADIS itu keluar dari kereta Myvi miliknya lalu mengorak langkah untuk masuk ke dalam Fiore Cafe.

Dan seperti biasa, dirinya seperti diperhatikan.

Ehem, sambung

Bagaimana Hafsya memiliki kafe itu? Kafe itu sebenarnya milik arwah ibunya dahulu tetapi selepas arwah ibu Hafsya meninggal dunia, serta merta kafe itu menjadi milik dia. Abangnya? Puan Alisya pernah memberi tawaran kafe itu kepada Hasif Rais, iaitu abangnya tetapi Hasif awal-awal sudah menolak kerana mahu fokus kepada universiti dahulu.

Namun, tidak sempat abangnya mahu menamatkan pengajiannya, tragedi gelap itu berlaku.

Setelah Hafsya masuk ke dalam kafe, matanya dihiasi dengan satu susuk tubuh yang sedang mengelap meja.

"Assalammualaikum." seusai memberi salam, tindakan susuk tubuh gadis itu berhenti lalu memandang kearah Hafsya.

"Waalaikumussalam Miss Haf!" balas gadis itu sambil tersenyum manis. Hafsya membalas senyuman manis itu dengan mengukir senyuman nipis.

"Mana kakak you, Tasya?" soal Hafsya kepada gadis yang bernama Tasya itu atau nama panjangnya, Natasya Syakeela. Hafsya melabuhkan punggung disalah satu meja yang berdekatan dengan Natasya. Dia membawa keluar telefon bimbitnya dari beg tangannya lalu dia memasukkan kata laluan.

"Talia demam panas pula. Dia kirim salam and minta maaf dekat miss," balas Natasya sambil menggaru pipinya dengan janggal.

"Lah, macam mana boleh demam? Mandi hujan ke apa?" tanya Hafsya lagi sambil menyilangkan kakinya dan menongkat dagu. Matanya melekat pada wajah pekerjanya pula.

"Iya Miss, dia TERmandi hujan semalam. Si Talia pergi tolong ambil kucing tengah jalan. Tasya dah cakap biar Tasya yang ambilkan tapi dia dah pergi ambil dulu. Ish, Ish, ish." Tasya menggelengkan kepalanya apabila mengingatkan perkara semalam.

Hafsya mengangguk perlahan sambil membuat mulut berbentuk "o" tanpa bunyi. Matanya melekat pada skrin telefonnya semula. Dia sebenarnya sedang membaca berita terkini.

Ketika dia sedang scroll kebawah, satu berita menarik perhatiannya.

Seorang warga asing ditemui meninggal dunia akibat dibunuh.

Lagi sekali? mukanya berubah sedikit pucat.

"Miss tengok apa tu? Muka tu pucat semacam." Hafsya mengalihkan pandangan kearah Natasya. Hafsya memandang skrin telefonnya lagi

𝐇𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐅𝐀Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ