BAB 8

7 3 0
                                    

Majlis sambutan kepulangan Aryana telah tamat. Ramai tetamu beransur pulang setelah jam 11:30 malam. Hanya beberapa orang tetamu yang masih berada di situ untuk sesi seterusnya, iaitu mesyuarat Neraca.

Seramai empat orang ahli tertinggi organisasi Mozex dibenarkan hadir dalam majlis ini. Tiada perlanggaran syarat yang dilakukan oleh ketua organisasi itu dan kerjasama dianggap sebagai sahabat sehingga tarikh yang ditetapkan.

"Ary. Kahwinlah dengan aku. Aku tak nak jadi bujang terlajak. Mata aku tak pernah tipu pilihan jodoh aku," Mozex merengek sambil melentokkan kepalanya di atas bahu kiri musuhnya itu seperti kanak-kanak.

Aryana pula santai sahaja, sedangkan ahli Neraca yang lain bersiap siaga untuk melindungi Aryana sekiranya berlaku kes penculikan lagi. Bukan sekali Mozex melakukan hal itu. Sejak kecil lagi dia sudah berjaya membawa lari Aryana ke rumahnya untuk diajak berkawan. Dia seorang yang segan berbicara dengan orang lain kecuali jika dia benar-benar selesa.

Hanya Ling, Suhaimi dan Datuk Taha yang mengetahui hubungan sebenar dua ketua organisasi itu. Termasuklah kejadian permusuhan antara mereka. Semuanya hanyalah lakonan demi menutup keahlian sebenar Mozex daripada bapanya, Mozex III. Tiga orang ahli tertinggi organisasi itu dibawa atas tujuan kesaksian sebagai bukti Mozex tidak membelot organisasinya sendiri.

Kepala Mozex tepuk-tepuk. "Tahniah. Anda berjaya jadi bujang terlajak."

"Ceh, dia pun sama. Kata orang, dia pun single," lentingnya.

"We're perfect together. You're a wisher. I'm an eyes catcher. No one can escape from us. Hot guys in this kingdom," katanya dengan bangga.

Aryana mencapai segelas minuman lalu dia minum seteguk sebelum berbicara. "Tak semudah itu untuk jadi sempurna kalau ada halangan yang tak sudah."

Mozex melihat lima jadi tangan kirinya yang diangkat ke atas. "Beri aku masa lima bulan. Tak. Tiga bulan." Dua jari dilipat dan tinggal tiga jari yang tersisa.

"Jangan terlalu berharap. Nanti kau menyesal," pesan Aryana sambil berbisik.

Gelas pada tangan kanan Aryana dirampas lalu dia meneguk semua minuman itu. Gelas diletakkan di atas meja. Dia pula sudah tertunduk seperti orang lemah.

"Sampai bila?" soal Mozex kepada Aryana.

"Jangan lari daripada takdir kalau kau tak nak lebih sakit."

Buku lima digenggam. Hatinya terasa perit. Aryana mengangkat tangannya sebagai isyarat kepada ahli Neraca untuk pergi dari situ bersama-sama ahli organisasi Mozex. Mereka menerima arahan tanpa membantah.

Kini, hanya mereka berdua di ruangan mewah ini. Tubuh Mozex dipeluk untuk menenangkan jejaka yang kesedihan itu. Dia tidak pernah benar-benar bermusuhan dengan Mozex kerana jejaka itu satu-satunya sahabat yang dipercayainya sebelum dia mengenali ahli Neraca.

Mereka terpaksa berpisah disebabkan pekerjaan bapa masing-masing pada suatu sama dahulu. Anak seorang anggota polis tidak wajar berkawan dengan anak seorang penjenayah kerana akan timbul isu besar  yang melibatkan maruah antara kedua-dua pihak.

"Tujuh tahun kau tinggalkan aku seorang di sini. Tujuh tahun bukan sekejap. Aku tak boleh bayangkan kau ada kekasih lain. Aku tak tahu apa aku akan buat kalau aku jumpa orang tu. Macam-macam aku fikir tapi aku tetap tak boleh ke sana untuk jumpa kau," katanya sambil menangis.

Kepala Mozex diusap. "Sebab itu aku datang sini untuk ambil kau."

Mozex pantas melihat wajah Aryana. "Ambil aku?"

"Aku perlukan kehebatan kau untuk jatuhkan Tan Sri Yusman. Anak dia pun akan ikut sebab dia sendiri tak tahan dengan penindasan ayahnya terhadap rakyat. Lagi pun, dia cucu atok."

"Tapi macam mana dengan ahli yang lain?"

"Kampung Salam tu kampung halaman ayah kau. Apa salahnya kalau mereka bergabung dengan Neraca untuk pertahankan tempat yang sama? Mustahil ayah kau tak setuju sebab Neraca bukan orang kerajaan."

"Tapi ayah aku tak pernah jumpa abah kau. Macam mana?" tanya Mozex sambil mengelap air matanya pada tisu yang diambilnya.

"Culik dia. Bawa jumpa abah aku." Ibu jari tangan kanan dinaikkan.

Morex membalas dengan gaya yang sama. "Nice idea. Hoi, nanti tak pasal-pasal aku pula kena sebat!"

Aryana ketawa manakala, Mozex pula bersandar pada sofa. "Mengantuk. Air apa yang kau minum tadi?"

"Ubat tidur."

"Menyesal aku tanya sebab aku dah tahu jawapan kau. Cepatlah bawa aku pergi meeting sebelum aku lena."

Aryana berdiri. "Jalan sendiri."

NERACADove le storie prendono vita. Scoprilo ora