Bab 26

12.3K 1K 229
                                    

"CUACA yang baik, angin yang segar... Memang patut aku ajak kau keluar. Kalau tidak mesti kau takkan dapat rasa suasana macam ni." Katanya sambil tersenyum-senyum melihat ke langit. Disaat orang sekeliling sedang berlari-lari mencari tempat untuk berteduh kerana rintik-rintik hujan mula turun, manakala kami berdua pula masih tenang berjalan di sepanjang jalan.

Kalau aku ikut lari sekali, pasti si Brahms ini akan tarik aku semula. Cuaca baiklah sangat. Awan pun mendung. Angin juga kuat sehingga membuatkan rambutku serabai saat ditiupnya. Rasa-rasanya tak lama lagi hujan lebat akan turun. Alamatnya mandi hujanlah aku hari ini.

Mata pun dah macam panda. Muka masih lagi mengantuk. Bila agaknya aku boleh balik ke rumah?

"Daripada tadi kita asyik berjalan. Awak tak rasa penat ke?" Soalku. Kepala lutut rasa nak tercabut. Takkan mamat ni tak rasa apa-apa?

"Tak! Aku belum puas jalan-jalan." Balasnya, selamba.

Aku mengeluh. Terus kaki berhenti melangkah. Daripada berdiri terus aku duduk mencangkung di atas tanah. Berehat daripada berjalan buat seketika.

Malah, Brahms juga ikut sama berhenti. Kepalanya menunduk melihatku dengan muka berkerut.

"Siapa suruh kau berhenti?"

"Saya dah penatlah. Dari pukul 5 pagi tadi kita tak berhenti berjalan. Kem askar pun tak teruk macam ini, awak tahu tak?" Rungutku. Lutut yang terasa lenguh diketuk-ketuk perlahan.

"Jangan katakan kem askar, kem pengakap waktu sekolah dulu pun tak sampai sejam kau berjalan dah boleh pengsan." Ejek Brahms. Dia berpaling ke lain.

Terus kepalaku melangut ke atas. Mata membulat. Terkejut. Bagaimana dia tahu tentang itu? Memang waktu sekolah dahulu aku pernah menyertai kem pengakap di hutan. Dalam perjalanan masuk ke hutan itu aku diserang pening dan terus pengsan kerana keletihan.

"Awak ada sekali masa tu?" Aku menyoal, tidak percaya.

"Aku memang selalu ada. Kau aje yang tak perasan." Kata Brahms, perlahan. Kemudian dia terus duduk di atas jalan, membelakangiku. Bahu ditepuk-tepuk. Seolah-olah menyuruh aku untuk naik ke atas belakang badannya.

"Naiklah. Aku bawa kau sampai depan sana." Kata Brahms.

Langsung aku geleng kepala. Dah gila ke? Dekat sini ramai orang. Nanti orang fikir aku patah kaki pula.

"Takpalah. Saya rela jalan sendiri. Buat malu aje kalau orang tengok." Ujarku. Terus bangkit tatkala merasakan lenguh semakin berkurangan. Tanpa menunggu Brahms dibelakang, aku melangkah terlebih dahulu ke hadapan.

Dia menjuih bibir.

"Apasal kau tak nak naik?" Soal Brahms, dia bangun dari duduk di atas tanah. Berjalan lebih laju untuk mengejar langkahku yang semakin jauh. Dia memandang aku disebelah.

"Saja." Ringkas aku membalas tanpa memandang wajahnya. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.

"Saja?" Dia mendecik penuh sinis.

"Ke sebab kau takut Brayan cemburu?"

"Brayan atau awak, awak tetap dia dan dia tetap awak. Jadi tiada sebab awak nak cemburu pada diri sendiri. Saya bukannya curang dengan lelaki lain sekarang."

Kepalanya terangguk-angguk mengiyakan kata-kataku.

"Betul juga cakap kau. Tapi... aku tetap anggap dia orang lain walaupun tubuh yang sama. Jadi sekarang aku rasa macam kau tengah curang dengan dia, dan aku adalah orang ketiga."

"Kalau awak rasa macam tu, kenapa ajak saya keluar?"

"Sebab kau aje kawan yang aku ada sekarang." Katanya. Memandang ke hadapan.

THE SPLIT : BRAHMSWhere stories live. Discover now