15

9.3K 1K 164
                                    

                 WAKTU MALAM, di gerai kerang bakar memang penuh orangnya. Terkenal dengan sos Thai dengan ramuan rahsia tersendiri, memang sedap! itulah penyebab lokasi ini menjadi tumpuan pelancong datang untuk merasa. Mujur Mel sempat sampai awal dan booking meja untuk mereka duduk nanti.

Sementara menunggu kehadiran Elly dan Nayra, dia tunduk melihat telefonnya. Tiada sebarang mesej mengatakan mereka dah sampai. Masih dalam perjalananlah tu.

"Ini kerang bakar yang adik pesan." Kata si pekerja itu. Meletakkan mangkuk kerang bakar bersaiz besar ke atas meja. Bersama air yang dipesan.

"Terima kasih, cik." Ucap Mel. Dia menyimpan telefon ke dalam beg semula.

Pekerja itu sekadar tersenyum sebelum berlalu pergi ke meja sebelah. Ada seorang lelaki duduk di meja, memakai hoodie. Agak pelik kerana dia asyik tunduk ke bawah. Malah tudung hoodie juga ditarik menutup kepala, menyukarkan dia untuk melihat wajah si pemuda tersebut.

"Encik nak makan apa?"

"Air kosong sahaja." Pesannya.

Pekerja itu mengangguk dan pergi.

Mel yang tidak sengaja mendengar mengerut kening. Haih, datang kedai yang ramai orang dan cuma pesan air kosong? Baik minum dekat rumah aje. Lebih ramai di luar gerai itu yang beratur hendak menikmati kerang bakar.
Jenis manusia penting diri betul!

"Err... maaf encik. Tapi, bos saya kata. Kalau sekadar nak minum air kosong sahaja tak bolehlah. Sebab kami ada ramai lagi pelanggan yang beratur nak makan. Atau encik nak bungkus?"  Pekerja itu kembali datang ke meja lelaki berbaju hoodie itu. Ada rasa serbasalah dihati.

"Kalau macam itu, bolehlah. Bagi saya satu." Katanya. Sambil menolak sekeping wang kertas bernilai lima puluh ringgit.

"Duit kecil tiada ke?"

"Ambil aje. Tak perlu baki."

"Betul ke ni?" Pekerja itu kedengaran agak terkejut.

"Ya. Tapi tolong jangan letak kerang tu banyak sangat."

"Baik, encik." Pekerja itu akur sebelum melangkah pergi bersama duit ditangan.

Mel bersandar pada belakang kerusi. Ada keluhan dibibir. Sekejap anak mata tunduk melihat ke jam. Lama lagi ke mereka berdua nak sampai? Dah 10 minit berlalu.

"Mel!" Sapa suara itu.

Panjang umur. Dia kenal suara yang memanggil itu. Sebaik sahaja kepala melangut, dia lihat Elly dan Nayra sedang melangkah menuju ke mejanya. Siap tersengih-sengih dengan muka tak bersalah kerana lewat.

Mel buat-buat tayang muka masam.

"Korang ni lambatlah. Habis sejuk kerang ni tau!" Rungut Mel.

"Alahai, sorrylah..." Kata Elly.

Sampai sahaja di meja. Elly dan aku terus melabuh punggung di kerusi. Beg tangan yang dibawaku taruhkan ke tepi. Wah! Hampir meleleh air liur melihat kerang bakar yang terhidang di hadapan mata. Sudah lama juga aku tak menikmati makanan seafood ni. Perut pun pandai juga berkeroncong waktu ini, pasti sudah tidak sabar untuk diisi.

"Sedapnya!" Belum makan lagi, aku sudah memuji. Tengok pun dah tahu sedap.

"Kan? Aku tahan aje tau nak makan sebab tunggu korang."

"Kami bukan saja-saja lambat. Engkau tahulah rumah Tuan Brayan tu dekat mana? Jauh daripada sini. Bukan senang nak keluar sesuka hati dari pintu gerbang tu. Macam-macam sekuriti dia soal tadi. Sampai Nayra kena tayang mesej suami dia yang dia dibenarkan keluar." Ujar Elly. Sempat lagi merungut tentang hal yang terjadi tadi.

THE SPLIT : BRAHMSWhere stories live. Discover now