PROLOG

51.9K 2.6K 203
                                        

DRAP!
BUNYI tapak kaki tersarung kasut kulit yang memijak ke lantai. Selangkah demi selangkah dia berjalan keluar daripada api yang sedang marak dengan tenang. Langsung tidak menunjukkan reaksi cemas atau kekalutan. Dengan berpakaian jaket kulit berwarna hitam kalis api dan seluar jeans.

Tak ubah seperti penyelamat misteri yang muncul apabila semuanya telah selesai.

Dia berjalan dengan berani menempuhi api-api yang seolah-olah sedang menghalangnya daripada terus masuk ke dalam. Disitu, dia lihat Brayan dan Nayra telah terbaring di atas lantai dalam keadaan lemah.

"Tolong... Sesiapa sahaja tolong selamatkan dia..."

Suara itu merayu-rayu lagi. Penuh lemah dan sayu. Disebabkan permintaan itu juga, dia keluar untuk memberi pertolongan.

Sebaik sahaja berdiri di hadapan muka lelaki itu, dia berhenti. Dengan kedua belah tangan yang diseluk ke dalam poket. Kepala menunduk melihat seraut wajah Brayan yang jelas pucat dan dipenuhi darah. Sepasang mata itu nampak berkedip-kedip ingin tertutup. Sedikit demi sedikit, akhirnya dia dapat memejam mata setelah melihat si dia muncul.

Dia tersenyum senget. Sekilas menoleh memandang Nayra yang turut sama pengsan. Kemudian kembali menunduk memandang Brayan. Tubuh dibongkokkan sedikit dengan kedua belah tangan menyentuh lutut.

"Finally, Brayan. You become a real man." Pujinya. Masih lagi tersenyum seperti tadi. Seolah-olah bangga dengan apa yang dia lihat di hadapan mata. Brayan yang dia kenal semasa kecil dahulu sudah membuktikan kepada dia mampu menjadi lelaki dewasa yang kuat dan berani melawan segala-galanya.

"Izinkan aku gantikan tubuh kau sekejap." Pinta si dia. Tubuh kembali menegak. Mata dipejam. Dia mendongak kepala seakan-akan sedang menyerahkan tubuhnya untuk masuk ke dalam tubuh Brayan yang tidak berkutik itu. Samar-samar bayangannya hilang.

Dan tiba-tiba...

"HUH?!" Nafas dihembus dengan kuat. Bagaikan roh baru merasuk ke dalam tubuh badan. Kelopak mata Brayan yang tadinya tertutup terus terbeliak luas. Kesakitan ditubuh terasa seperti hilang sekelip mata. Dia yang lemah terus menjadi kuat semula.

"Nayra..."

Tanpa menunggu lama, dia terus bangkit daripada baring di atas lantai. Kepala menoleh ke tepi. Melihat Nayra yang masih belum sedarkan diri. Lantas dia terus bangun mendapatkan wanita itu lalu digendong keluar daripada bilik yang semakin hendak musnah.

"Tuan Brayan!" Suara Puan Nora Elena menjerit tatkala melihat figura Brayan keluar bersama isterinya daripada bilik yang penuh dengan api itu. Lebih membuatkan dia terkejut saat melihat keadaan Brayan yang penuh dengan darah dan lebam. Agak mustahil untuk dia memiliki tenaga untuk mengangkat seorang wanita tetapi... itulah yang dia lihat sekarang.

"Help me, puan." pintanya. Terus meletakkan Nayra di atas lantai sebaik sahaja merasakan mereka sudah jauh daripada bilik yang terbakar itu. Puan Nora Elena terus berlari mendapatkan mereka berdua. Dia panik.

"Tuan..."

"Hubungi ambulans, selamatkan diaorang." Arahnya. Memotong bicara Puan Nora Elena sebelum dia kembali rebah disebelah isterinya. Pengsan.

Puan Nora Elena tersentak. Dalam masa yang sama turut terpinga-pinga. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Mengapa tubuh lelaki itu sangat teruk? Dan mengapa lelaki itu bahasakan diri mereka ialah...

Diaorang?

Ah, sekarang bukan masanya untuk dia berfikir!

"Luthfi! Tolong saya sekarang!"

THE SPLIT : BRAHMSWhere stories live. Discover now