5

15.2K 1.5K 196
                                    

                         TUK! TUK! TUK!
PEN ditangan diketuk pada meja berkali-kali. Tubuh belakang bersandar pada kerusi mahalnya. Dokumen yang bersepah di atas meja langsung tidak disentuh walau sedikit. Otaknya serabut. Terganggu. Adakala rasa macam nak meletop. Rasa nak tepis segala benda yang ada di hadapanya. Namun, dia tetap dapat mengawal perasaan sendiri sebelum dirasuk hantu. Tatkala anak mata Brayan hanya merenung ke arah skrin monitor menayangkan rakaman CCTV yang sedang berjalan. Tajam sekali saat tumpu melihat Nayra yang sedang berdiri di tepi jendela. Pun sedang termenung.

"Kalau saya boleh percayakan awak, takkan awak tak boleh percayakan saya?"

Kata-kata Nayra kembali terngiang-ngiangkan di fikirannya. Asyik berulang ayat yang sama hingga buatkan dia rasa tertekan. Sedangkan Tangan masih mengetuk pen. Mata tetap merenung ke arah skrin tanpa berkelip.

"Kau perlukan aku..."

"Perlukan aku..."

"Aku tahu kau perlukan aku, Brayan..."

Terasa ada bisikan halus diseluruh ruang bilik kerja itu. Adakala diselit dengan gelak tawa jahat yang sedang mengertawakannya. Angkuh. Seolah-olah sedang mendesak, memaksa Brayan untuk merayu pertolongan daripada si dia. Bahkan Brayan geleng kepala. Tidak! Dia tidak akan menurut pada suara itu. Terus pen ditangan dilepaskan. Kini bergerak menggosok leher.

Jelas, dia tidak selesa dengan situasi ini. Mukanya juga tampak berkerut. Dahi berpeluh-peluh biarpun suhu Dibilik agak sejuk. Jantung mengepam dengan laju seolah-olah dia baru sahaja lepas berlari beratus-ratus meter. Perasaan ini. Dia pernah rasa perasaan ini!

"I can't stay away from you Nayra... I can't..."Gumam Brayan seorang diri. Gelisah mula membelenggu jiwa. Kepala menggeleng daripada tadi. Permintaan Nayra itu terlalu berat untuk dia tunaikan. Tetapi... dia tidak mahu Nayra menganggapnya hilang percaya.

"Haish!" Brayan pejam mata. Kini tangan naik mengetuk kepala berkali-kali. Perlahan.

"Kenapa dengan aku ni? Bukannya lama pun. Seminggu aje... dia takkan lari daripada kau pun. Dia dah jadi milik kau, Brayan. Tiada apa yang kau perlu takutkan lagi... dia percayakan kau." Ujar Brayan, bermonolog sendirian. Memberi nasihat kepada dirinya untuk kekal tenang dan berfikiran positif.

Lantas dia menarik nafas dan dihembus semula dengan perlahan. Kelopak mata kembali terbuka. Nayra yang masih terlihat diskrin monitor itu dipandang semula.

"Cuma seminggu sahaja Brayan... Cuma seminggu." Kata Brayan lagi.

Kalau ikutkan pada masa sekarang, seminggu itu sekejap sahaja. Pejam celik pejam celik, sedar-sedar sudah berbalik pada hari Isnin. Jadi mungkin tiada masalah jika dia memastikan CCTV ini dalam masa seminggu.

Kepala mengangguk.

"Baiklah. Aku akan percayakan kau, sayang... Tapi aku harap kau tak hancurkan kepercayaan aku..." Gumamnya. Ada keluhan berat dibibir.

"Aku buat semua ni untuk kau sahaja..."

Lantas dia pun bangun dari kerusi, saat dia hendak berpusing ke belakang tanpa sengaja belakang tangannya melanggar botol ubat yang berada diatas meja sehingga jatuh ke lantai. Penutupnya terbuka. Habis semua pil itu bertaburan di lantai.

Sebelah tangan kanan Brayan Naim meraut muka.

“My god..." dia terus mencangkung, mengutip botol dan pil tadi satu per persatu. Namun perbuatan itu tergendala sekejap ketika anak mata terpandang tulisan pada botol ubat itu. Ubat yang dia dapat semasa menjalani rawatan mental dahulu. Untuk memastikan bahawa Aryan tidak lagi kembali ke dalam hidupnya.

THE SPLIT : BRAHMSWhere stories live. Discover now