Bab 2

15.5K 1.7K 312
                                    

CADAR berwarna putih itu aku tanggalkan daripada katilnya. Dilipat-lipat menjadi kecil lalu dicampak masuk ke dalam bakul yang dibawa ke setiap bilik. Kini, tinggal satu lagi bilik terakhir dihujung sana yang belum diteroka. Lantas aku menjinjing bakul itu ditepi pinggang lalu dibawa menuju keluar dari bilik itu. Sesekali aku menoleh ke belakang melihat Brayan yang kini melakukan kerja mengemop lantai. Berpeluh juga dahinya kerana tidak membuka sebarang kipas angin. Agak panas. Aku pun rasakan benda yang sama.

Sampai sahaja dihadapan bilik terakhir. Aku meletakkan kembali bakul itu di atas lantai. Kepala menunduk mencari kunci untuk bilik terakhir. Eh? Aku dongak kepala kembali lalu memusing memandang Brayan yang masih lagi berada di sana.

"Awak!" Panggilku.

Brayan terus melangut kepala. Dia berhenti mengemop lantai. Sesekali sebelah tangannya mengesat peluh di dahi menggunakan belakang tangan.

"Ya sayang kenapa?" Soal Brayan. Mukanya berkerut.

Aku mengangkat segugus kunci itu keatas sebelum bersuara.

"Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."

"Oh, bilik tu..." Brayan menggaru kening seketika. Dia menyandarkan batang mop itu ditepi kekisi kayu sebelum melangkah menghampiriku.

"Kunci bilik ni dah lama hilang. Aku tak tahu ada dekat mana? Jadi tak perlulah nak bersihkan. Kita kemaskan bilik yang lain terlebih dahulu." Katanya.

Aku mengerut kening. Pelik. Habis takkanlah nak biarkan selamanya bilik ini terkunci? Jika bukan haiwan perosak yang bertakhta di dalam sana, jembalang pula yang ambil alih! Ish, seram aku dibuatnya. Janganlah pisang berbuah dua kali. Perangai Aryan pun dah cukup hantu bagi aku.

"Mana boleh macam tu. Entah-entah bilik ni lagi teruk daripada bilik yang sebelumnya? Takkan tak ada lebihan kunci? Atau... takkan awak tak pernah cuba untuk buka?"

"Bukannya ada apa yang menarik pun di dalam sana. Dalam tu tak ada katil pun. Cuma bilik kosong. Tak mengapa, lain kali aku cuba pergi kedai suruh buatkan kunci baru untuk bilik ni."

"Dah lama bilik ni terkunci baru sekarang awak terfikir nak buat kunci baru? Awak macam sorokkan sesuatu aje..." Aku mula curiga. Mata mengecil sedikit merenung Brayan mencari kejujuran. Entah mengapa dia nampak sedikit resah apabila aku memandangnya begitu. Seolah-olah sedang menyusun ayat dikepala agar dapat dijadikan alasan.

"Man... Mana ada. Memang bilik ni tak ada apa-apa yang menarik. Sebab itu aku tak pernah terfikir nak buka pun."

"Yake? Habis kenapa muka awak nampak pucat?" Soalku lagi. Kini menegur pula riak mukanya yang pucat. Berpeluh-peluh.

Brayan buat-buat tersengih. Kekok.

"Aku buat kerjakan tadi? Mestilah muka pucat sebab penat. Kenapa? Kau tak nak percayakan aku ke?" Ujarnya. Kini dia pula yang menyoal. Mataku ditenung. Manalah tahu dia ingat aku hendak mengulangi perbuatan seperti dahulu. Iaitu hilangkan kepercayaan dari dia sehingga timbul masalah besar. Dengan pantas aku menggeleng kepala menafikannya.

Melihat riak wajahnya yang berubah secara tiba-tiba terus buatkan aku terpinga-pinga. Lantas aku terus bertindak menarik sebelah tangannya. Digenggam ingin dipujuk semula.

"Mana ada. Saya tak cakap pun saya tak percayakan awak." Aduku. Manja dan lembut. Tidak mahu dia terasa dengan kata-kataku yang berbaur curiga tadi.

Bibir lelaki itu tersenyum kelat.

"Kalau ya pun bilik ni ada sesuatu. Ia dah tak bermakna apa-apa pun." Kata Brayan. Anak matanya kini menoleh memandang pintu kayu yang terkunci itu.

THE SPLIT : BRAHMSWhere stories live. Discover now