20

10.4K 1.1K 101
                                    

                    GULP!
AKU menelan air liur tatkala tubuh yang menghadang dihadapanku itu menoleh ke belakang.  Mata membulat tatkala menyedari lelaki itu mengenakan topeng berwarna putih. Dengan hanya menampakkan sepasang mata berwarna hijau tua. Sedang merenungku dengan mata yang mengecil. Seakan-akan ada aura yang tersendiri, aku dapat merasakan seperti lama sudah mengenalinya.

Dia turut membalas renungan aku dengan pandangan penuh tajam. Sedikit demi sedikit anak mata itu bergerak mencerun ke bawah. Tepat melihat ke arah darah yang mengalir disiku aku akibat ditolak tadi. Bahunya juga bergerak-gerak turun dan naik, seolah-olah marah apabila melihat apa yang lelaki itu telah lakukan kepadaku.

BUK!

Tak semena-mena satu tumbukan dilayang ke muka lelaki yang berdiri di hadapannya itu.

"Arghh!" Aku menjerit akibat terkejut. Kedua-dua belah tangan spontan naik menutup mulut yang terlopong.

"Kau tak sepatutnya sentuh dia!!!" Suara garau disebalik topeng itu menjerkah dengan kuat. Penuh amarah dan dendam. Bergema ke seluruh lorong yang sunyi itu. Sehingga menggigil tubuhku ketika mendengar suaranya.

Sedang lelaki bertopeng memukul si perogol itu, aku bertindak berlari mendapatkan Elly. Tubuh wanita itu ditarik rapat. Ditepuk-tepuk sedikit pipinya agar tersedar daripada pengsan.

"Elly, bangun Elly..." panggilku perlahan. Digoncang-goncang sedikit tubuh Elly.  Namun, dia masih lagi memejamkan mata. Hati semakin risau. Jantung semakin berdegup laju. Apa perlu aku buat ni?

Aku menoleh memandang sekeliling. Tiada orang lain disini yang boleh aku meminta bantuan. Sekejap kepala tertoleh ke arah lelaki yang dibelasah teruk itu. Sedar-sedar sahaja dia sudah terbaring di tanah dengan muka penuh berlumuran dengan darah. Pucat.

Tatkala lelaki bertopeng itu masih gagah berdiri dengan nafas yang kedengaran begitu kasar. Darah yang melekat, menitis-nitis dari celahan buku limanya. Anak mata hijau itu merenung dengan tajam, seakan-akan belum puas melihat lelaki itu dikerjakan. Biarpun dia sudah tampak lemah dan tidak berdaya untuk melawan semula.

Aku lihat kepala lelaki bertopeng itu mula bergerak-gerak ke sekeliling kawasan. Seolah-olah mencari sesuatu.

Apa lagi yang dia hendak lakukan? Aku tertanya-tanya. Jantung berdegup kencang. Berderau darahku tatkala melihat dia menuju ke arah botol-botol kaca yang dibuang ditepi tong sampah. Salah satu botol kaca dicapai.

PEAAACHH!!

Aku tersentak apabila hujung botol kaca itu dihentak kuat ke dinding. Sengaja meninggalkan separuh lagi bahagian berbucu tajam sebelum dibawa ke arah lelaki yang terbaring lemah di atas tanah.

Oh, tidak!

Jangan kata dia hendak membunuh lelaki itu dengan menggunakan botol kaca yang tajam itu. Kepalaku sudah menggeleng laju.

"Jangan..." bibirku mengucap perlahan. Tubuh menggigil.

Jantung berdegup semakin laju tatkala melihat lelaki bertopeng itu sudah berada diatas tubuhnya, rambut lelaki yang terbaring itu dicengkam dan ditarik agar mendongak ke atas. Genggaman pada botol kaca diperkemaskan. Kemudian diangkat kaca itu
setinggi-tingginya hingga melepasi kepala.

"Kau patut mati..." desisnya dengan nada menggeletar amarah. Tanpa menunggu lama, terus botol kaca itu dihayun ke arah muka yang berlumuran dengan darah itu.

"JANGAN!!!" aku menjerit, kuat.

Semerta menghentikan tindakannya. Sipi-sipi sahaja hujung kaca yang berkilat itu hendak menusuk ke kulit perogol tadi. Hampir luruh jantung aku dibuatnya.

THE SPLIT : BRAHMSWhere stories live. Discover now