Bibik High Class - Bab 1

186 2 1
                                    

"GUYS! Guys! Guys! Five o'clock. Five o'clock!" Mahira bersuara teruja.

"Five o'clock? Five o'clock siapa?" Lily melihat cermin di dinding. Bulat matanya melihat sekumpulan lelaki masuk ke dalam restoran. Dia menepuk lengan sahabatnya berkali-kali dengan rasa teruja. "Cyn... Cyn... Tengku Es Batu!"

Cynthia angkat kepala dan pusingkan ke kiri dan ke kanan. "Mana? Mana?"

"Tunduklah! Jangan tunjuk sangat muka perak tu." Mahira ketap bibir sambil berkata. Takkan nak cakap kuat-kuat.

Mata Cynthia mengekori langkah sekumpulan lelaki itu. Tidak berkelip mata gadis itu melihat jejaka-jejaka tadi. "Wow! Heaven. I see my bidadara syurga."

"Mulut tu jangan meloponglah. Buat malu saja." Mahira menegur sahabatnya. Prinsip mereka boleh memuji tapi jangan sampai memuja. Melalui cermin dia melihat lelaki yang mereka semua sebut-sebutkan. Nampak kacak walaupun melalui biasan cermin. "Handsomenya. I think heaven lost one of its angels."

"Korang cakap pasal siapa ni?" Katrina baru perasan yang kawan-kawannya sedang lari dari topik perbicaraan mereka. Dia goyang-goyangkan tapak tangannya di hadapan muka Cynthia. Kelihatan gadis itu sedang memerhatikan seseorang dengan mata tak berkelip. Dia tolehkan mukanya mencari siapa yang dilihat oleh sahabatnya.

"Baju biru," beritahu Lily.

Katrina pakukan matanya ke arah jejaka yang memakai baju kemeja berwarna biru. Kenapa matanya nampak lelaki itu biasa sahaja? "Tak handsome pun."

"Babe! You cakap tak handsome? Dia tu diundi sebagai lelaki bujang paling kacak kat website Teh Tarik Buih Banyak. Beratur awek nak jadi makwe dia," beritahu Mahira dengan mata sesekali menjeling cermin. Ah! Kenapa dia duduk di sebelah sini? Kan terpaksa lihat lelaki itu melalui cermin.

"Tapi dia beku sama perempuan. Kerana itu kami panggil dia Tengku Es Batu," terang Lily pula.

"Es batu tu apa?"

"Ni es batu. Orang Malaysia panggil air batu. You tahulah kan Lily ni nama saja duduk Malaysia sepuluh tahun. Slanga Indonesia dia pekat lagi." Cynthia pula berkata. Dia tak salahkan Katrina kalau tak kenal lelaki itu. Sahabatnya jarang ambil tahu tentang dunia luar. Apatah lagi dunia lelaki-lelaki kacak.

"Dia tak ada nama ke? Kenapa panggil Tengku Es Batu?" Tak ada rasa atau keinginan untuk kenal dengan lelaki yang kawan-kawannya maksudkan. Mungkin kerana dia lebih suka lelaki-lelaki bermata sepet dan berkulit cerah berbanding lelaki berkulit sawo matang dan sedikit berjambang seperti lelaki itu.

"Nama dia Tengku Harraz Sulaiman. Dah empat tahun dia jadi CEO Teraju Megah. Dia memang beku dengan perempuan. Tak ada awek dan PA dia lelaki. Pejabat dia pun ramai pekerja lelaki. Kat rumah pun pembantu rumah lelaki saja." Cynthia menceritakan tentang lelaki pujaan mereka serba ringkas.

Kalau Tengku Harraz seorang yang beku dengan perempuan, sahabat mereka Katrina pula beku dengan lelaki. Gadis itu memang tidak suka bercakap tentang lelaki apatah lagi mahu berkenalan dengan lelaki. Malah Katrina selamba sahaja menolak lamaran Syed Faiz, lelaki kedua paling kacak di KL.

"Dia gay kot."

"Choi! Simpang malaikat maut..." Cynthia cepat-cepat menafikan.

"Mulut you ni cabul betul." Lily selamba sahaja mengutuk Katrina.

"Takkanlah dia gay. Janganlah cakap dia gay. Patah hati we all."

Katrina tergelak. Dia hanya menebak. Mungkin dia salah dan tuduhan itu cuma fitnah. Memang aneh kalau seorang lelaki sanggup mengupah lelaki untuk menjadi pembantu rumah.

Bibik High Class - Aein DhiyauddinWhere stories live. Discover now