PROLOG

38 5 0
                                    

Sebuah kamera berjenama Sony a7 II dialihkan dari matanya setelah mengambil gambar seseorang dari jauh. Pandangannya kini tertumpu ke arah kejadian di hadapannya. Dia tidak beranjak dari situ untuk membantu mangsa yang berada di tengah-tengah kumpulan manusia bersenjata. Dirinya hanya menjadi saksi kejadian tersebut dan menyorok dengan berhati-hati.

"Mustahil aku boleh tolong dia dalam keadaan macam ini. Mungkin aku pula yang akan mati di sana. Lebih baik aku simpan bukti untuk cari keadilan untuk dia nanti," bicara hatinya tanpa mengalihkan pandangannya dari situasi itu.

"Kau dah tak boleh lari daripada kami. Serahkan semua bukti yang kau ada atau kau pilih untuk mati?" gertak lelaki bertubuh sasa sambil mengacukan pistol ke arah sasarannya.

Manusia bertopi itu tersengih lalu berkata dengan lagaknya. "Kau rasa hebat sebab kau ada senjata? Kau fikir, mudah-mudah saja aku nak serahkan semua tu selepas penat mencari kebenaran? Aku buat semua ini demi rakyat. Bukan untuk diri aku saja."

"Demi rakyat? Kau siapa nak kata macam tu? Polis? Tentera? Jangan buat lawak. Kau seorang bukan mampu tewaskan kami." Lelaki itu ketawa.

Manusia itu turut ketawa seperti orang gila. "Kau bekerja untuk orang kaya. Duit gaji hasil penindasan tu, kau fikir halal? Ini Tanah Melayu. Hak orang Melayu. Kau? Asal-usul entah dari mana. Suka hati makan harta kami."

Wajah lelaki itu berubah marah. "Kami pun ada hak sebab kami penduduk sini. Kau jangan fikir kau boleh selamat lepas maki kami."

Satu das tembakan dilepaskan ke arah manusia bertopi tetapi peluru tidak mengenainya kerana hancur secara tiba-tiba. Mereka terkejut melihat kejadian itu termasuklah wartawan tadi. Wartawan itu tercari-cari kelibat seseorang berhampiran mereka kerana dia dapat rasakan bahawa ada orang lain yang membuat tembakan pada masa yang sama.

"Apa dah berlaku?" tanya salah seorang ahli kumpulan lelaki bertubuh sasa itu.

"Pertunjukkan baru sahaja bermula," kata manusia itu sambil mendepakan kedua-dua tangannya dengan senyuman sinis.

"Ini perangkap," laung seorang ahli pasukan lelaki itu dari jauh.

Masing-masing segera menjaga jarak dan ada yang melarikan diri dari situ. Kemungkinan besar musuh mereka tidak bersendirian. Mata mereka ligat memerhati suasana sekeliling untuk mencari si penembak jitu itu.

"Tak ada guna untuk kau orang cari orang lain di sini. Yang ada, hanya aku," katanya sambil memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar.

10 buah drone muncul di langit dan mengelilingi mereka. Setiap drone dilengkapi dengan lapan butir peluru dan berkemampuan untuk menembak sasaran dengan tepat. Satu per satu musuh ditembak pada bahagian kepala. Tiada seorang pun dapat melarikan diri dari situ dengan selamat.

Ketika ini, si wartawan sempat membuat rakaman di tempat kejadian untuk dijadikan bahan bukti dan berita hangat. Namun, kameranya yang mahal itu ditembak tepat oleh drone yang berada jauh dari situ. Tembakan tersebut membuatkan wartawan itu terkejut dan rebah ke atas tanah kerana peluru yang dilepaskan tadi berjaya menembusi kepalanya. Lansa kamera turut pecah dan berlubang.

"Ah, ada lalat rupanya! Nasib baik aku perasan. Kalau kerja tak bersih nanti marah pula," oleh manusia misteri itu.

Kemudian, dia menatap ke arah seorang lelaki yang tersisa. Lelaki itu kehabisan peluru untuk menembak beberapa drone di hadapannya. Manusia tersebut melangkah menghampiri lelaki itu sambil mengeluarkan sepucuk pistol mini dari dalam poket seluarnya. Pistol diacukan ke hadapan.

"Ingat baik-baik. Jangan ganggu hak dan perpaduan negara ini kalau tak nak berdepan dengan kami. Kami, NERACA. Pembela keadilan rakyat. Kami bergerak dengan cara kami. Kami dianggap penjahat. Bukan masalah kami," dia memberi peringatan kepada lelaki itu sebelum tembakan dilepaskan olehnya sendiri.

NERACAWhere stories live. Discover now