𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 78

Start from the beginning
                                    

"Hanya bayi lelaki Encik yang kami sempat selamatkan manakala bayi perempuan Encik mati di dalam perut." Nafas Danish yang tidak teratur itu ditenangkan dengan perlahan. Bahagia dan duka yang bercampur aduk. Gembira kerana tidak menyangka yang isterinya itu mengandungkan zuriatnya kembar sepasang, lelaki dan perempuan. Duka, hanya seorang sahaja bayinya yang terselamat.

"Danish, azankan anak kamu." Suara Dato' Ahmad Azender menghentam sistem pendengarannya menyebabkan kelopak mata lelaki itu kembali terbuka luas. Kepalanya dianggukkan dengan perlahan sebelum kaki panjangnya melangkah untuk mendapatkan bayi lelakinya.

His junior

Danish Uqael junior.

×××××

Ariana mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan. Bebola matanya bergerak memandang syiling putih yang berada di atasnya. Tangannya bergerak menyentuh perutnya, rata. Ariana menunduk memandang perut, kempis, telapak tangan halusnya mengusap lembut perut itu bersama air mata yang sudah memenuhi pelupuk mata.

"Ari." Suara gemersik seorang perempuan menyebabkan wanita itu memalingkan wajahnya ke tepi, sistem penglihatannya dihiasi dengan wajah Datin Arranda Wong dan Datin Diana yang sedang tersenyum nipis. Laju sahaja kaki Datin Arranda Wong bergerak mendekati anak tiri perempuannya itu, tubuh tuanya dibongkokkan sedikit sebelum tubuh kecil Ariana dipeluk kemas.

"Congratulations sayang. Ari hadiahkan kami handsome prince, sayang." Kenyataan daripada Datin Arranda Wong menyebabkan Ariana tersenyum nipis. Datin Diana menghampiri menantunya bersama senyuman manis, tangan halus Ariana digenggam kemas.

"Mana abang?" Perlahan sahaja Ariana menyoal, bebola matanya bergerak melihat kedua wanita itu, dari tadi lagi tidak nampak kelibat suaminya itu. Senyuman Datin Diana pudar apabila menerima soalan itu daripada Ariana. Bebola matanya bergerak memandang wajah Datin Arranda Wong yang turut berubah muram.

"Uqael—"

Pintu ward peribadi yang menempatkan Ariana ditolak perlahan dari luar menyebabkan ketiga-tiga wanita itu mengalihkan pandangan. Wajah sungul Danish menyapa sistem penglihatan mereka. Bebola mata Danish bergerak memandang wajah isterinya, senyuman kelat diukirkan kepada Ariana. Kaki panjangnya melangkah mendekati Ariana yang sedang tersenyum manis.

"Abang." Datin Diana menepuk perlahan belakang bahu tegap anak lelakinya sebelum menarik lembut lengan Datin Arranda Wong untuk terus keluar meninggalkan pasangan ini. Danish mendekati katil isterinya, pipi Ariana diusap sayang bersama senyuman nipis. Air mata yang sudah kian lama ditahan akhirnya jatuh di atas pipi kemerahan Ariana, berkerut wajah wanita itu.

"Abang, kenapa ni?" Kedua belah tangan Ariana naik menekup pipi suaminya, Danish menyembamkan wajahnya pada bahu Ariana. Wanita itu hanya mengelus lembut rambut Danish. Kenapa lelaki itu menangis? Sakitkah? Sedih? Bukankah lelaki itu sepatutnya bahagia kerana bayi mereka sudah selamat dilahirkan?

"Sayang." Ariana mengumam lembut menyahut seruan suaminya, Danish mengangkat wajahnya sebelum bergerak mendekati telinga Ariana. Dahinya disandarkan pada pipi isterinya.

"Kita hilang baby girl kita, sayang." Berkerut dahi Ariana apabile mendengar kenyataan suaminya itu. Suara serak Danish menghentam gegendang telinganya dengan perlahan, seperti berbisik halus. Bahu tegap Danish ditolak kuat menyebabkan lelaki itu memandang wajahnya.

"What do you mean, abang? Our baby lelaki lah." Ariana tersenyum manis sambil mengusap lembut pipi suaminya. Mata merah Danish ditenung redup. Danish melekapkan dahinya pada dahi Ariana, hidung mancung isterinya itu dikucup lembut.

"Anak kita kembar sayang. Babygirl kita meninggal, baby boy je yang selamat, sayang." Terkedu Ariana apabila menerima jawapan daripada Danish. Matanya yang masih ditenung oleh Danish sudah memanas dan pelupuk matanya sudah dipenuhi dengan air mata.

"Abang tipu Aisy kan?" Pecah tangisan Ariana apabila Danish menggeleng perlahan menjawab soalannya. Leher Danish dipeluk kemas sebelum wajahnya disembamkan pada leher lelaki itu. Danish memejamkan rapat kelopak matanya, kepala Ariana diusap sayang.

Masih teringat akan tubuh kecil bayi perempuannya yang sudah tidak bernyawa tadi. Wajah putih mulus dan seiras dengannya itu hanya kaku di dalam dukungannya menyebabkan air matanya mengalir tidak tertahan. Bayi perempuannya itu tidak sempat hendak mengenali dunia.

Tunggu papa dengan mama di syurga ya, sayang?

We love you.

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now