𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 74

Start from the beginning
                                    

"Tidur. I love you."

×××××

Ariana memandang Danish yang sedang mengusap lembut tubuh haiwan panjang peliharan lelaki itu. Ariana dengan perlahan menapak menghampiri suaminya yang tidak memakai baju dan hanya memakai seluar slack putih.

"Abang." Danish mengangkat wajahnya memandang Ariana. Senyuman manis terlakar indah pada wajah kacak itu apabila melihat wajah jelita isterinya. Ular hitam peliharaannya diletakkan kembali ke dalam sangkar sebelum dia mengamit memanggil Ariana.

"Come here, sayang." Ariana menapak mendekati Danish. Sesampai sahaja di sebelah lelaki itu, pinggang rampingnya dipaut kemas oleh lengan kekar Danish.

"Pening lagi?" Danish menyoal lembut, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi batu dan tubuh isterinya juga turut ditarik dan didudukkan bersebelahannya. Kepala Ariana diusap  sebelum dahi wanita itu dikucup lembut. Ariana menggelengkan kepalanya bagi menjawab persoalan Danish.

"Kalau pening lagi, kita pergi hospital. Buat check up. Abang risau."

TING TONG

"Siapa pula?" Danish mengerutkan dahinya. Ariana menjungkitkan kedua belah bahunya menandakan yang dia juga tidak tahu.

"Sayang duduk sini. Abang pergi tengok jap." Ariana hanya mengangguk dan tersenyum manis apabila Danish mengucup bibirnya sekilas. Danish mengambil t-shirt yang berada di atas meja batu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu utama dibuka oleh Danish, terpana lelaki itu apabila melihat seorang lelaki dan perempuan yang sudah berumur berdiri di hadapannya.

"Abang, siapa tu?" Danish memalingkan wajahnya kebelakang apabila mendengar suara Ariana. Wanita itu sudah pun lengkap bertudung dan berjalan mendekatinya. Bebola mata Ariana bergerak memandang belakang Danish. Terhenti langkahnya ketika itu apabila sistem penglihatannya dihiasi dengan wajah lelaki dan perempuan yang sangat dikenalinya.

"Daddy?" Dato' Ahmad Azender dan Datin Arranda Wong yang berada di hadapan pintu melakarkan senyuman manis memandang Ariana. Danish tersenyum nipis dan menarik lengan isterinya supaya mendekati pasangan tersebut.

"Go. Hug your mummy and daddy, sayang." Selepas sahaja Danish berbisik lembut ditelinganya, Ariana terus berlari kecil sebelum memeluk tubuh Datin Arranda Wong. Danish mendekati Dato' Ahmad Azender dan menyalami tangan bapa mentuanya itu. Pelukan antara Ariana dan Datin Arranda Wong dileraikan, Ariana berpusing menghadap Dato' Ahmad Azender, namun kepalanya menunduk. Tidak mampu untuk bertentang mata dengan bapa kandungnya itu.

"Ari tak rindu daddy? Daddy rindu dekat anak perempuan bongsu daddy ni sangat-sangat—"

"Daddy, ampunkan Ari." Belum sempat Dato' Ahmad Azender hendak menghabiskan ayatnya, Ariana terlebih dahulu memeluk tubuh tua lelaki itu. Danish hanya tersenyum nipis melihat isterinya yang sedang menangis di dalam pelukan bapa mentuanya.

"Daddy dah lama maafkan Ari." Semakin kuat esakan tangisan Ariana apabila Dato' Ahmad Azender membalas pelukkan. Ya Tuhan, dia terlalu rindu akan sentuhan seorang ayah. Datin Arranda Wong mengusap lembut belakang tubuh Ariana.

"Maafkan daddy ya?" Ariana menggelengkan kepalanya. Pelukan dileraikan sebelum tangan kanan Dato' Ahmad Azender digenggam lembut dengan tangan kecilnya.

"Daddy tak da salah dengan Ari." Dato' Ahmad Azender mengusap lembut kepala Ariana apabila wanita itu mengucup telapak tangannya. Lembut.

"Dah jangan nangis. Daddy tak nak anak daddy terluka lagi." Mutiara jernih yang mengalir pada pipi gadis itu diusap lembut oleh ibu jari Dato' Ahmad Azender. Ariana tersenyum nipis.

"Jom masuk. Daddy, mummy silakan masuk." Ariana memalingkan wajahnya memandang Danish yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Mummy, Daddy masuklah." Ariana mengenggam lembut lengan Dato' Ahmad Azender dan Datin Arranda Wong sebelum menarik masuk ke dalam rumah agam Danish. Pasangan itu hanya menurut bersama senyuman bahagia. Suaminya itu hanya tersenyum manis sebelum turut masuk ke dalam rumah.

If you want to enjoy the rainbow, be prepared to endure the storm.

If you want to enjoy the rainbow, be prepared to endure the storm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

Sara ngantuk, tak boleh nak habiskan malam ni. Esok lah eh hihi, lagipun rasa sayang nak habiskan cepat 🥹

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now