𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 69

Comenzar desde el principio
                                    

"Bahasakan diri sendiri sebagai sayang." Ariana mengerlipkan kelopak matanya buat beberapa kali. Danish hanya merenung jauh melihat alunan tenang air sungai.

"No."

"I mean, tak selesa." Laju Ariana menyusun kata tatkala Danish memandangnya. Sengihan ditayangkan. Danish mengucup lembut dahi Ariana.

"Selesakan. Kita suami isteri. Aku kau tu kurang manis bila orang lain dengar." Ariana terdiam. Danish seperti berubah. Lebih matang dan tidak baran seperti dulu. Sudah macam orang lain pula.

"Okey. Erm, jadi selama ni Dylan tahu yang abang masih hidup? Sa-sayang je lah yang tak tahu?" Danish menghamburkan tawa tatkala Ariana habis menyoalnya. Ariana mengecilkan mata sebelum menampar lembut dada bidang Danish.

"Ketawa kenapa?" Danish masih dengan sisa tawanya sebelum menggelengkan kepala dengan perlahan. Ariana hanya melihat lama wajah Danish. Rindunya.

"Macam kelakar sikit tapi abang suka." Ariana menjeling manja wajah Danish menyebabkan lelaki itu tersengih lebar.

"Ya. Dylan tahu. Sebab selepas sebulan abang menghilang, abang pergi jumpa dia. Minta dia rahsiakan semua pasal abang dekat semua orang termasuk sayang. Ingat nak biarkan je macam tu sampai setahun tapi tiba-tiba Dylan kata Aidan culik sayang pula. Tak jadi nak berdrama lama sikit." Danish menerangkannya menyebabkan Ariana menampar kuat dada bidang Danish. Mata sudah berkaca.

"Abang tipu selama ni?" Ariana merenung tajam wajah Danish yang sedang tersengih lebar tidak bersalah itu. Danish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mama pun tahu. Bukan abang je yang tipu, diorang semua tipu juga." Ariana tidak mampu menahan air matanya menyebabkan ianya tumpah namun laju Danish menyekanya.

"Jangan nangis. Nanti basah balik kain ni." Danish mengesat air mata Ariana dengan tapak tangannya. Ariana kembali memeluk tubuh Danish erat.

"Janganlah buat macam tu lagi. Sakit tau tak?" Danish mengelus lembut belakang tubuh Ariana sambil tersenyum nipis.

"Sorry." Ariana merungkaikan pelukan.

"Macam mana abang boleh sampai ke sini? Ayah dengan mak tu siapa?" Danish menarik Ariana supaya duduk bersandar pada dadanya.

"Masa rumah banglo tu meletup, abang memang dah dekat luar masa tu. Yang ada dekat dalam cuma Alex, Airil dengan konco-konco dia je. Tapi abang kena juga lah tempias bila rumah tu terbakar lepas meletup. Sebenarnya rumah tu memang dah terbakar sebelum meletup. Cuma tak marak. Abang kena tempias api, ni parut dia. Airil dengan Alex memang dah rancang nak hapuskan rumah tu. Abang lari ke hutan belakang tu. Jauh. Sampai lah jumpa perkampungan dekat situ. Jumpa ayah, ayah yang selamatkan abang. Ayah yang rawat abang apa semua. Lagipun ayah tu pandai bab perubatan. Ni luka sayang ni, ayah yang tengokkan. Sebabtu tak ke hospital." Ariana terkelip-kelip mendengar keterangan panjang lebar suaminya. Danish mengusap lembut tangan Ariana yang berada di dalam genggamannya.

"Alex dengan Airil buat apa masa 2 bulan sayang dengan diorang?" Ariana mendongak memandang Danish tatkala soalan itu dilemparkan kepadanya.

"Rancang untuk jatuhkan Red Dragon dengan Black Dragon. Alex dengan Airil nak hancurkan syarikat abang dekat sini. Syarikat Dylan pun. Diorang marah sebab syarikat abang dekat Russia naik semula. Diorang ada bersubahat dengan Roberto Adreo untuk tumbangkan syarikat abang dekat sana." Danish mengerutkan dahi sebelum tersenyum sinis.

"Diorang rancang macam tu?" Ariana mengangguk laju.

"Sayang dah bagitahu Dylan semuanya." Ariana mengenggam tangan Danish.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Donde viven las historias. Descúbrelo ahora