𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 68

Start from the beginning
                                    

"Maafkan aku. Aku tak pernah berniat nak khianat kau Danish. Aku buat semua tu sebab nak bantu kau hancurkan Alex. Aku tak pernah pun nak jatuhkan kau Danish. Aku sayang kau." Ariana meluahkan segala-galanya pada Danish. Basah lecun baju Danish pada bahagian dada. Ariana mengeratkan pelukan pada pinggang Danish seperti tidak mahu berpisah dengan suaminya itu lagi. Danish menghela nafas perlahan. Dia sudah tahu semua itu kerana Dylan beritahunya dahulu namun sengaja merajuk dengan Ariana yang sampai hati menembaknya. Tahu tak sakit?

"Danish. Kau dah tak sayangkan aku ke?" Ariana mengangkat wajahnya memandang Danish yang masih diam itu. Danish menjungkitkan kedua belah bahunya sebelum menolak perlahan kedua belah bahu Ariana untuk merungkaikan pelukan pada pinggangnya.

"Tak dah kot. Aku nak cari Aqilah pula." Danish selamba sahaja mengatakan hal itu menyebabkan Ariana terkaku dan memandang tidak percaya wajah Danish. Air mata makin mengalir galak pada wajahnya. Danish mencedokkan mihun goreng ke dalam pinggan untuk Ariana dan dirinya tanpa memandang Ariana yang sedang menangis tanpa suara.

"Kau benci aku sangat-sangat ke?" Ariana menyoal bersama hati yang sudah tercarik-carik. Sakitnya bukan main-main. Pedih pada pipinya seperti sebati dengan sakit dihati. Danish hanya memberikan 'hmm' sebagai jawapan sudah mampu menyebabkan Ariana tersenyum tawar.

"Aku minta maaf sebab hadir dalam hidup kau." Ariana terus melangkah meninggalkan Danish. Air mata diusap lembut. Tidak betah berlama berada di sini. Dia tahu dia salah tetapi mengapa tiada peluang kedua kah untuk Ariana? Bukan dia sengaja mahu melakukan hal itu semua. Dia sayangkan Danish. Mengapa semua jadi seperti ini? Tak tahu kah yang Ariana pun hancur selama ini? Ariana ke bilik awal-awal dia tersedar tadi. Mencari pakaiannya namun hampa kerana tidak jumpa.

"Cari apa?" Danish yang baru sahaja sampai di hadapan bilik hanya memerhati Ariana yang seperti mencari sesuatu. Ariana tidak menjawab. Danish menghela nafas buat kali keberapa sebelum menghampiri Ariana. Danish mahu menyentuh lengan Ariana namun laju saja isterinya itu menepis tangan Danish.

"Tak payah sentuh aku. Kau mesti jijik dengan aku selama ni." Ariana teresak kecil sebelum memandang Danish yang merenungnya. Kerana terlalu hampa dengan renungan Danish terus Ariana mahu keluar dari bilik dan wanita itu seperti tiada arah tuju. Danish yang melihat Ariana mahu keluar terus menarik lengan isterinya sebelum tubuh Ariana dipeluk erat.

"Abang minta maaf." Danish mengusap lembut belakang tubuh Ariana dan kepala isterinya itu dikucup buat beberapa kali. Ariana hanya kaku bersama air mata yang mengalir tidak henti. Ariana menolak kuat tubuh Danish melepaskan pelukan.

"Aku nak balik. Kau boleh ceraikan aku nanti—" Danish menekup kemas mulut Ariana sambil merenung tajam wajah wanita itu. Ariana menepis tangan Danish dan mahu melangkah keluar dari bilik namun Danish terlebih dahulu menarik tubuh Ariana ke dalam dakapan.

"Abang kata abang minta maaf kan?" Danish melepaskan tubuh Ariana sebelum mengelap air mata yang comot pada wajah isterinya. Habis basah kain yang menutup luka Ariana.

"Kau dah tak sayang aku." Ariana menangis lagi. Baju pada dada Danish dicengkam erat. Enam bulan menangung rindu.

"Abang sayang." Danish menarik Ariana supaya duduk di atas katil. Ariana menatap lama pipi Danish sebelum tangan naik mengusap tempat parut kebakaran itu.

"I'm sorry."

×××××

"Sayang, ni mak and this beautiful girl is Amaya. Anak perempuan sulung mak. Mak, ayah, ini permaisuri hati Uqael, Aisya Ariana." Ariana hanya tersenyum manis apabila Danish memperkenalkan dirinya pada anak beranak itu, Ariana duduk bersebelahan dengan Danish tatkala pinggangnya ditarik lembut oleh lelaki itu.

"Cantik. Patutlah abang tak layan langsung budak budak perempuan dekat kampung ni, termasuk Amaya." Bebola mata Ariana bergerak memandang remaja perempuan bernama Amaya yang berada di sebelah mak. Gadis itu memandang Ariana sekilas sebelum kembali memandang Danish. Okey, I can see something on her eyes. Something!

"Aisya, kamu dah makan? Uqael dah bagi Aisya makan? Mihun yang mak buat tadi dah bagi Aisya?" Mak yang berada sedikit jauh dari Ariana mengesot perlahan mendekati gadis itu, tangan Ariana yang berada di atas riba Danish diambil sebelum diusap lembut. Ariana hanya mengangguk perlahan menjawab soalan mak menyebabkan wanita berusia itu tersenyum manis.

"Mak tak sangka yang mak akan jumpa dengan bidadari yang Uqael selalu ceritakan ni. Terlalu cantik dan menawan. Patutlah nama tak pernah lekang meniti di bibir Uqael." Ariana mengangkat sedikit wajahnya bagi memandang wajah Danish yang berada di sebelahnya. Lelaki itu hanya menjungkitkan kening bersama sengihan. Lelaki ini selalu menyebut namanya di hadapan keluarga tersebut? Ah, Danish Uqael! Tadi berdrama sangat!

"Ayah pun tak sangka, tapi itulah, lihat pada Uqael juga, elok, kacak memang dengan gadis gadis yang cantik dan elok juga la. Sudah jadi takdir dapat isteri secantik si Aisya ni." Kepala Ariana berpaling menghadap lelaki yang agak berusia yang baru sahaja duduk di sebelah Amaya. Danish menarik pinggang ramping Ariana bagi merapatkan tubuh isterinya itu pada tubuh sasanya.

"Ayah! Lia suka tengok mata kak Syasya! Cantik! Nak sama macam mata abang Uqael!" Aulia yang berada di sebelah Danish melompat sambil menepuk tangan berkali-kali, Ariana hanya tersenyum melihat telatah anak gadis itu. Comel!

"Jangan melompat. Kalau roboh ni tak ke naya belaka kalau jatuh!" Ayah yang sudah berdiri itu menggelengkan kepalanya melihat Aulia yang baru sahaja duduk dan tersengih di sebelah Danish.

"Ayah, mak, Uqael nak bawa Aisya ke sungai belakang sana sekajap." Ariana memandang wajah Danish bersama dahi yang berkerut. Mak yang berada di hadapan itu hanya mengangguk perlahan bersama senyuman manis.

"Pergilah Uqael, bawa si Aisya ni berjalan-jalan. Kamu dengan dia pun dah lama kan berpisahnya. Mesti rindu." Ayah menyampuk menyebabkan Danish makin tersengih lebar.

" Ayah menyampuk menyebabkan Danish makin tersengih lebar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now