𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 67

Start from the beginning
                                    

"Kau sentuh hak aku, Aidan Darian?" Aidan mengetap bibir manakala Ariana terkaku melihat lelaki itu. Danish? Tetapi mengapa lelaki itu lebih sasa berbanding sebelum ini? Mengapa mata kiri lelaki itu berkedut-kedut kulitnya?

"Kau masih hidup Danish Uqael?" Aidan mengeluarkan revolver miliknya sebelum diacukan pada lelaki yang disyaki sebagai Danish itu.

"Mati. Aku dah lama mati." Ariana melihat lelaki itu mengeryitkan mata sebelum berjalan laju menuju ke arah Aidan.

BANG

BANG

BANG

Namun tubuh Aidan terlebih dahulu tumbang di atas lantai tatkala ada seseorang melepaskan tembakan padanya. Lelaki yang memakai hoodie itu masih tegak berdiri di hadapan Aidan sebelum berpaling memandang ke arah Ariana.

"Danish?" Ariana menyeru perlahan nama suaminya bersama mata yang semakin kuyu. Tenaganya sudah hampir ke angka sifar. Lelaki itu diam dan berjalan mendekati Ariana yang hanya bersandar lemah di dinding.

"Suami kau dah lama mati." Ariana hanya sempat mendengar hal itu sebelum matanya terus terpejam rapat.

××××

Ariana mencelikkan kelopak mata dengan perlahan. Angin sejuk yang menampar lembut wajahnya menyebabkan Ariana memejamkan kembali kelopak mata. Ariana mencelikkan kelopak mata sebelum meliarkan bebola mata melihat ruangan yang dia ditempatkan itu. Ariana mengerutkan dahi melihat bilik yang berdinding kayu ini. Ariana menyentuh pipinya yang sudah ditampal dengan kain.

"Danish." Ariana bangkit dengan perlahan sambil mengerutkan dahinya tatkala terasa sakit pada seluruh tubuhnya. Ariana memandang tubuhnya yang hanya memakai kain batik bersama baju t-shirt putih bercorak batik. Ariana berjalan penuh berhati-hati memijak lantai kayu menuju ke pintu bilik.

"Danish?" Ariana masih memanggil suaminya. Ariana menapak keluar dari bilik dan berjalan menuju ke ruang tamu rumah kayu itu. Ariana meliarkan bebola mata mencari penghuni rumah namun hampa kerana hanya dia seorang di sini.

"Kakak?" Ariana memalingkan kepala memandang seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin dalam usia 7 tahun sedang berlari menghampirinya. Ariana hanya melihat anak perempuan itu berdiri di hadapannya bersama sengihan lebar.

"Kakak cari abang Uqael ke?" Ariana mengangguk tatkala disoal anak perempuan itu. Teragak-agak namun kerana nama suaminya disebut dia hanya angguk sahaja.

"Abang Uqael ada dekat belakang dengan ayah mak. Jom!" Ariana terkejut tatkala tangannya ditarik oleh anak perempuan itu menuju ke ruang dapur dan terus melalui pintu dapur rumah kayu ini.

"Ayah! Mak! Abang Uqael!" Ariana melihat beberapa orang yang mungkin keluarga anak perempuan itu sedang memandang ke arahnya.. Bebola mata Ariana melihat sepasang suami isteri yang tampak agak berusia bersama seorang remaja perempuan yang sedang memandang ke arahmya. Ariana menelan air liurnya kelat. Mata meliar mencari kelibat Danish namun tidak dijumpainya.

"Kak Syasya dan bangun! Akak Amaya, tengok isteri abang Uqael ni! Cantik sangat!" Apabila sampai sahaja di hadapan tempat duduk kayu panjang yang terletak di bawah pokok rambutan yang sedikit rendang, anak perempuan itu segera melepaskan penganggannya pada tangan Ariana dan terus naik dan duduk di atas tempat duduk kayu tersebut. Ariana melihat seorang wanita yang agak berumur sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Aisya dah bangun." Ariana tersenyum kekok apabila wanita itu menegurnya bersama suara yang sangat lunak. Ariana mengalihkan pandangannya pada seorang gadis yang agak muda sedang merenungnya lama tanpa senyuman. Amaya agaknya nama gadis itu.

"Uqael ada di belakang sana kalau Aisya cari dia. Aisya sakit lagi? Mari duduk sini dekat mak. Mak nak tengok luka pada wajah Aisya." Wanita yang menggelarkan dirinya mak itu menarik lembut lengan Ariana. Ariana terpaksa menurut sahaja dan berlabuh punggung di hadapan mak itu.

"Tak apa ayah pergi panggilkan Uqael—itu dah sampai. Panjang betul umurnya." Ariana terus berpaling memandang ke arah mata lelaki yang digelar ayah itu melihat. Dari jauh Ariana memerhati seorang lelaki bertubuh sangat sasa berkulit sawo matang sedang berjalan menghampiri mereka bersama kayu yang seperti pintu kecil. Ariana terkaku tatkala Danish yang sudah hampir dengan mereka. Wajah lelaki itu.

"Uqael letak je dekat situ pintu reban ayam tu. Terima kasih tolong buatkan." Ariana masih memandang Danish yang langsung tidak memandang ke arahnya. Ariana memerhati lama wajah Danish. Separuh wajah Danish seperti terbakar di bahagian atas. Dahi sehinggalah pipi kiri wajah Danish berkedut kerana terbakar. Ariana terkelu sendiri bersama mata yang sudah berkaca menatap suaminya itu.

"Abang Uqael! Tengok kakak syasya dah bangun!" Ariana melihat Danish memandangnya sekilas sebelum kembali berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan Ariana bersama keluarga itu.

"Pergi tengok Uqael. Aisya belum makan lagi kan? Pergi makan sekali dengan Uqael. Dia belum makan lagi tu."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now